Pages

Wednesday, May 11, 2011

Vietnam dalam kenangan

Salam Sejahtera

Hujung bulan 3 hari tu saya bersama keluarga telah melancong Ho Chi Minh, Vietnam. Pengalaman pengembaraan yang mengujakan kerana kali pertama melancong keluar negara. Kami bertolak pada 31.3.2011 dan pulang ke Malaysia 3.4.2011.
Ho Chi Minh merupakan bandar yang terbesar di Vietnam dimana ianya merupakan nadi perindustrian di negara bekas komunis tersebut. Biarpun Hanoi adalah ibu negara Vietnam namun terikan pelancongan masih dimenangi oleh Saigon(Ho Chi Minh).

Sedikit coretan berkenaan Vietnam untuk tatapan anda semua.

  1. Bahasa menjadi masalah ketika anda disini kerana kebanyakan mereka agak lemah berbahasa inggeris jadi anda kena bersedia dengan alamat yang ditulis semasa google internet.
  2. Anda juga digalakkan buat kajian sebelum datang, paling senang buat kajian masa nak naik flight sebab orang Malaysia memang belambak naik flight ke Vietnam.
  3. Matawang yang digunakan Dong, masa kami buat tukaran dulu RM1=6900 Dong. Jadi boleh buat tukaran disana. Cadangan saya agar anda menukar USD dulu di Malaysia sebab sekarang USD rendah berbanding RM. Kemudian tukar USD kepada Dong.
  4. Shopping!!!! terbaik hanya di  Cho Ben Thanh Market sebab memang itu kawasan untuk membeli belah.
  5. Kawasan sekitar Ben Thanh Market juga banyak kedai untuk shopping, namun apa yang penting anda kena pandai menawar. Menawar kat sini macam anda pergi Petaling Street kena kasar sikit dan agresif, namun anda wajib beli jika dah dapat harga. Sebab mereka juga agresif jika anda main2.
  6. Sikap mereka mungkin ada lagi tempias Komunis dulu. Namun orang mereka cukup mesra jika anda bertanya sesuatu.
  7. Cuba cari hotel sekitar Market supaya senang nak ulang alik beli barang. Kain memang murah terutama cotton. Bagi lelaki anda boleh beli jersey bola....hahaha, Murah bang..
  8. Bagi lawatan boleh pegi Mekong, Chu Chi Tunnel, Pejabat Pos, War Muzium dan sebagainya. Maklumat lebih kena Google beb...
  9. Cuma ada 1 kedai makanan halal berdekatan Ben Thanh market, boleh jalan kaki jer. Nama kedai tu VN Halal. Kedai kedua terdekat Kedai Shamsuddin tapi kena naik teksi. Namun kalau nak banyak pilihan kena pegi Jalan Dong Du. Kawasan Sheraton Hotel.
  10. Nak pegi Masjid boleh gi Jalan Dong Du juga...kat situ ada masjid dan restoran makanan halal.
  11. Harga teksi dari Ben Thanh ke Dong Du Street sekitar USD4-5.
  12. Itu je buat masa ni lain kali tulis lagi berkenaan Vietnam...

Demontrasi suasana Chu Chi Tunnel

Kereta Kebal di War Museum

Pejabat Pos Ho Chi Minh

Kedai makan Halal



Ben Thanh Market

Suasana Ben Thanh Market

Masjid Dong Du Street

  
Motosikal di Saigon
Itu saja penulisan untuk kali ini. Jumpa lagi lain masa...
Jika anda ada soalan sila utarakan dalam komen....

Salam

Saturday, January 15, 2011

Taman Tamadun Islam - Terengganu

Salam Sejahtera

Kali ini saya akan ulas sedikit berkenaan Taman Tamadun Islam.
Taman ni terletak berhampiran Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Kedudukannya di tepi muara sungai dan pinggiran bandar Kuala Terengganu.

Maklumat Taman Tamadun Islam (TTI)

Harga tiket cuma rm15, rm2 baucher cenderahati, rm3 baucher makan. Jadi tiket harga cuma rm10 jer. Tempat ni boleh dikatakan menarik kerana mempunyai banyak monumen berkaitan masjid dan bangunan lain dari negara islam. Negara bukan islam pun mempunyai monumen seperti Masjid Kul Sharif yang terletak di Rusia dan Masjid Xian di China.
Masjid Xian yang terletak di China.

Masjid Kul Sharif

Tempat ini boleh dikatakan besar bagi yang cepat lengoh lutut namun bagi aku ok jer sebab kami tengah seronok tangkap gambar. Monumen lain juga amat menarik terutama bangunan yang boleh dikatakan unik dan belum pernah dilihat. Ada beberapa bangunan yang amat menarik perhatian terutamanya dari Afrika. Walaupun teknologi pembinaan mereka agak ketinggalan berbanding Timur Tengah, namun keunikannya menarik minat mata yang memandang.

Masjid besar Agadez, Nigeria

Kalyan Minaret

Kubu Aleppo Citadel


Inilah sebahagian dari Taman Tamadun Islam, Terengganu. Masih banyak monumen yang tidak diterbitkan, namun akan dikemaskini dari masa ke semasa. Kami baru pergi tempat ni pada bulan 12 yang lepas kira masih segar dalam ingatan. Dalam tempat ni ada disediakan tandas yang bersih, cafe, surau dan beberapa kemudahan lain.
Moga kami dapat lagi mengunjungi lagi tempat ini bagi mendapatkan maklumat lengkap berkenaan setiap monumen. Kami datang masa musim tengkujuh, jadi pada hari tu hujan renyai kadang-kadang. Maka berkejar-kejaran dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ini saja catatan untuk kali ni...
Ada beberapa lagi bangunan yang akan diterbitkan...tunggu.

Ok selamat beramal...sedekah jangan dilupa.


Thursday, January 13, 2011

Sedikit info Muzium Terengganu

Salam Sejahtera

 Sedikit info berkenaan Muzium Negeri Terengganu...

Muzium ni adalah terbesar di Asia Tenggara.
Saiznya boleh mengalahkan Midvalley Megamall.
Takde dah maklumat sebab tajuk pun sedikit info kan kan kan.

Takpelah, tambah sikit
Muzium ni kalau nak lawat dalam masa 3 jam kena jogging ler.
Memang besar...sebab gambar atas hanya bangunan utama.
Ada juga kapal kayu, bangunan kecil dan pondok yang sememangnya kecil.
Ada juga disediakan tram atau mcm keretapi untuk bersiar-siar. Cuma kalau boleh adakan sewa basikal.

Sedikit je info loorr...
Gambar sikit-sikit je sebab info pun sikit.
Tapi sape nak pegi Terengganu boleh tanya serba sedikit kat blog saya.
Saya bukan orang Terengganu tapi setahun paling kurang 3 kali lalu kat Terengganu.

Itu je untuk maklumat hari ni.
Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...