Pages

Saturday, November 3, 2012

Umrah...Tenangnya Hidup di Madinah

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis, sebabnya tak lain dan tak bukan MALAS. Oleh kerana musim haji dah berakhir maka dapatlah saya sentuh sedikit berkenaan Madinah.

Selepas beberapa jam naik bas maka kami sampai ke Hotel Dallah Taibah, Madinah. Hotel yang sangat selesa dan sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Maaf lupa nak tangkap gambar Hotel, tapi kalau ikut Rayhar dapatlah duduk hotel ni. Cuma kalau anda pergi waktu tak sibuk dengar katanya boleh dapat hotel betul-betul depan pagar masjid. Ketika di Madinah memang cukup tenang, cuaca panas tetapi cukup menyenangkan. Masjid pun dekat, jadi untuk buat sesuatu ibadat cukup mudah,

Kalau nak tukar duit, buatlah kat Madinah sebab senang dan ada depan Hotel kami jer. Kelebihan depan hotel kami, adalah depan hotel semuanya ada Money Xchange, makan, aiskrim, kurma, farmasi dan sebagainya. Kira jika anda duduk di Madinah semuanya mudah dengan izin Allah.  Tempat shopping memang banyak, malah ada disekitar hotel jer. Cuma anda kena mahir untuk menawar harga, kalau bolehh bahasa Arab, boleh dapat murah lagi...Bini aku bolehlah kecek arab sikit-sikit, maka senang skit nak tawar-menawar. Satu perkara yang aku kurang best masa shopping nih, ada peniaga yang tak mahu beri duit balance, dengan selamba jer beri barang yang tidak kita minta. Kira dia malas nak beri baki.

Ini sedikit gambar semasa dalam Masjid Nabawi...

Kawasan luar masjid


Payung tutup...bila kembang mcm gambar atas
Salah satu hidangan di Hotel Taibah


Suasana waktu malam

Kipas untuk menyejukkan

Macam2 pilihan




Kemudiannya...
Nak cerita sikit pasal Masjid Qiblatain. Masjid ni tempat berlakunya pertukaran kiblat daripada Baitulmuqaddis ke Mekah. Rasullah S.A.W sendiri yang menukar arah kiblat selepas mendapat wahyu daripada Allah.
Ini adalah gambar Masjid Quba, Masjid yang pertama dibina dalam Islam oleh Nabi Muhamad.

Suasana depan masjid

Jualan sekitar masjid


Cerita perkuburan Baqi' plak. Perkuburan in tempat bersemadinya Isteri Nabi dan para sahabat. Ketika datang hari kiamat nanti, penghuni perkuburan ini  dibnagkitkan selepas Nabi Muhammad (pertama), Saidina Abu Bakar dan Saidnina Umar (kedua), kemudian perkuburan Baqi'. Kat sini dilarang tangkap gambar...aku kena tegur. Kaum wanita juga dilarang masuk, memang wanita tidak digalakkan pergi kubur, lagipun kawasan ni tak begitu besar. Apa yang menarik kat sini banyak burung berterbangan.

Cuma ada batu biasa sebagai penanda...takde batu nisan bernama

Papan kenyataan, bahasa arab. Aku setakat ana dan anta tahu ler.

Antara tempat yang kami lawati adalah Ladang Kurma dan Pasar Kurma. Ketika kami sampai ladang kurma, suasana memang sesak. Kalah Jalan TAR masa nak raya, tapi yang menyesakkannya adalah warganegara Malaysia. Entahlah, orang Malaysia ni banyak duit kot...semua tempat shopping ramai.

Pilih kak coklat dan manisan...Harga mahal juga bagi aku

Bahasa Melayu beb...punyalah hebat pengaruh belian orang Malaysia

Banyak jenis kurma

Ini ladang dia


Kami juga dibawa melihat Bukit Uhud, cuaca yang panas memerlukan anda minum air secukupnya. Kawasan tempat berlakunya peperagan Uhud telah dipagar, kami cuma boleh melihat dari luar sahaja. Sekitar bukit itu masih ada lagi bukit tempat pemanah islam meninggalkan posisi untuk mnegambil harta perang. Disebabkan engkar arahan Rasullah S.A.W, maka islam telah mengalami kekalahan dalam perang tersebut.

Jualan di Bukit Uhud, harga kat sini lebih murah berbanding bandar Madinah

Bukit tu tempat berdirinya pemanah


Hari yang ditungggu telah tiba, kami perlu pergi ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Maka episod memakai kain ihram bermula. Masa mula belajar pakai memang kekok, tapi dah latih beberapa kali maka jadi mudah ler. Kami bermiqat di Bir Ali, salah satu tempat miqat atau niat sebelum menuju ke Tanah Haram. Kat sinilah kami dapat pegang buah kurma yang masih atas pokok. Buat sembahyang sunat dan berniat. Masa ni ada satu drama baru, sorang makcik kena tinggal oleh bas yang satu lagi. Punya membebel dia sebab suami dan roomate tinggalkan. Kami adalah bas yang terakhir meninggalkan Bir Ali. Perjalanan cukup tenang dan menenangkan.

Buah kurma muda di Bir Ali

Masjid di Bir Ali


Masa perjalanan ni kami singgah untuk sembahyang zohor, kawasan nih memang pertengahan jalan. Masa nih pengalaman makan yang tidak akan kami lupakan. Nasi Arab dia TERBAIK. Cara masak pun masih tradisional. Kira semasa mengerjakan umrah, kat sinilah terbaik. Makanlah kami semahunya...tempat duduk pun bersila dan dihampari dengan karpet. Tradisional gitu.

Nasi ni terbaik sepanjang kami di Arab Saudi

Kami meneruskan perjalanan seterusnya...


Jap lagi nak tulis pasar MEKAH plak...

Selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...