Monday, May 12, 2014

Pelancongan Bukit Tinggi...Warisan Minang Kabau

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Wesak Day...lama dah tak menulis disebabkan terpaksa memberikan fokus kepada perniagaan....huhuhu.

OK...hari nak tulis berkenaan Bukit Tinggi, Indonesia. Satu kawasan banjaran yang dingin dan tenang. Bukit Tinggi dikatakan tempat asal usul orang Minang. Seperti yang kita tahu Adat Pepatih berasal dari kawasan Sumatera Barat. Nak cerita sejarah panjang pun tak pandai sangat, jadi kita 'story' berkaitan tempat ni je. Kita mula dengan pemandangan bandar Bukit Tinggi dulu, sebuah bandar kecil namun padat. Kawasan ni memang agak tenang sebenarnya...malah saya sempat Solat Jumaat di kota ini. Syukur saya faham khutbah yang disampaikan sebab bahasa mereka mudah difahami. Ingat Indonesia sangat luas dan mempunyai berbagai bahasa.

Rileks jer bandar ni

Ni tengah bandar

Kami menginap di Hotel Karisma. Hotel yang terletak ditengah bandar, dekat dengan masjid, kedai makan, kedai membeli-belah dan stesyen minyak. Sebenarnya takde benda nak cerita sangat sebab tarikannya bukan di bandar tapi sekitarnya...ok kita masuk bab makan dulu.

Ni antara hidangan yang kami makan, kos makan untuk 4 orang sekitar RM40-RM80. Tahap makannya DAHSYAT SANGAT. Ini kerana kami bedal tahap kritikal sebab jika anda datang ke Indonesia dan merancang untuk diet...mungkin silap tempat. Indonesia boleh dikatakan pusat makanan Melayu yang sangat enak sekali.


Ini Perut lembu

Otak lembu...lupa plak


Rasa mcm kuih Beko kelate


Rojak dia...selera
Habis cerita bab makan...

Nanti sambung lagi untuk entry tempat menarik di Bukit Tinggi dan tempat membeli dan terus belah. Bagi saya Bukit Tinggi ni pergi sekali seumur hidup pun dah cukup sebab tiada sebab yang betul2 kuat untuk pergi kesana semula. Selain perjalanan yang memakan masa berjam2 dari Airport ke Bukit Tinggi. Letih disamping naik bukit yang tinggi juga...huhuhu.

Rasa ingin berehat...buat masa ni kami syorkan Kota Malang, Agro Wisata Resort. Kenangan manis disana.

Goodbye....

Hari ni Terengganu dapat Menteri Besar Baru....Tahniah.

Sunday, February 16, 2014

HARGA PAKEJ UMRAH BERBEZA

Assalamualaikum...

Mengapa Pakej Umrah berbeza mengikut Syarikat?

1- Hotel
Pakej umrah sangat bergantung pada Hotel yang akan kita duduki. Ini kerana kebanyakan daripada kita suka berada dekat dengan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Maka semakin dekat hotel tersebut maka semakin mahal pakej yang disediakan. Hotel yang terdekat sudah tentu menara jam itu. Kalau jauh boleh sehingga 500 meter dari masjid. 

2- Makan
Makanan juga sering menjadi rungutan rakyat Malaysia ketika disana. ini kerana makanan disana tidak mengikut lidah rajyat Malaysia. Maka pakej yang mahal akan ada tukang masak khas bagi menyediakan hidangan ala Malaysia. Namun selalunya tukang masak ini berasal dari Indonesia. Kembali kepada niat kita untuk kesana...untuk makan atau beribadat...SABOR jelah. Anda juga ada pilihan untuk membeli sendiri makanan seperti nasi arab, rendang, nasi lemak,roti canai dan sebagainya. Ada restoran FELDA dalam menara SAFWAH. Depan Masjid...masakan ala Malaysia.

3- Perkhidmatan
Pakej mahal selalunya menyediakan khidmat sehabis baik untuk peserta Umrah. Dari naik di KLIA hingga jemput di Jeddah dan kemudian balik semula ke Malaysia. Semasa sampai di Malaysia sekalipun ada wakil agensi umrah tunggu untuk memantau pengambilan barang. Layanan juga amat berbeza mengikut syarikat yang digunakan. Jika nak selesa ambillah yang terbaik.

4- Penerbangan
Jika penerbangan anda secara terus maka harganya lebih mahal. Jika anda mengambil transit ke Sri Langka atau pakistan kos penerbangan lebih murah. Jika pakej murah selalunya akan ada transit antara negara dengan kata lain anda perlu bermalam di negara tersebut. Perjalanan secara terus sekitar 8-9 jam. Kebiasaan penerbangan secara terus adalah MAS dan Saudi Airlines.

Itu jer...nanti tulis lagi.

UMRAH KETIKA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum...

Umrah ketika musim cuti sekolah...

5 perkara yang perlu anda ketahui.

1- Harga pakej lebih mahal daripada biasa kerana ramai orang Malaysia yang turut sama pergi. Ini kerana sudah menjadi trend umrah secara berkeluarga(rakyat Malaysia semakin kaya). Sama juga halnya dengan hotel di Malaysia, mereka akan naikkan harga kerana permintaan tinggi...tarif air dan elektrik tak naik pun masa cuti tapi harga hotel berbeza.

2- Negara Arab pun cuti sekolah masa ni, jadi jemaah umrah sangat ramai. Ya, pada waktu cuti sekolah terutama bulan 5 jemaah umrah sangat ramai hingga hampir sama dengan musim haji. Maka anda kena bersiap sedia dengan kesesakan. Jika haji, memang kena lebih banyak bersabar.

3- Jika anda telefon hari ini untuk pakej umrah bagi bulan 5...huhu
Anda mungkin dalam senarai menunggu dahhh. Ya, jangan tak percaya sebab dapat maklumat sebuah agensi umrah terkenal dah penuh kuota dan jika anda telefon mereka. Nama anda hanya diletakkan dalam senarai menunggu. Satu lagi sebab Mekah sedang dibanggunkan dengan hotel baru. kerajaan Arab Saudi menghadkan kemasukan jumlah jemaah.

4- Peka dan sabar. Jika anda mengerjakan umrah ketika sesak, kesesatan mungkin akan berlaku jika anda terpisah daripada kumpulan. Situasi ini mungkin berlaku jika kali pertama anda masuk ke Masjidil Haram dan tawaf. Nasihat saya, sila ikut rapat-rapat mutawwif anda. Masjid agak besar dan anda boleh tersesat dengan tiba-tiba. Saya pernah mengalaminya masa kali pertama tawaf, terpisah dengan kumpulan besar...maka acara lari-lari anak terpaksa dilakukan untuk ke tempat Saie...Syukur selamat. 

5- Senyum...kerana ianya satu sedekah. Apa yang saya nampak jemaah Malaysia agak 'kedekut' dengan senyuman. Malahan dengan sesama Malaysia pun payah nak senyum. Kenapa hal ini berlaku, hanya tuan/puan empunya diri yang ketahui. Ibadat disana agak mencabar dengan pelbagai ujian, sikap tolong menolong dan bertegur sapa amat diperlukan semasa disana. Senyuman anda adalah ubat yang sangat mujarab.

TQ

Solat Di Negara Asing

Assalamualaikum...

SOLAT KAT NEGARA ASING, Tips Hebat dari Admin...hahahaha 

Perkara wajib sebagai umat islam adalah solat, tak kira dimana sahaja anda berada. Jika di Malaysia atau negara islam mungkin mudah sebab Airport ada surau namun di negara bukan islam tempat solat adalah perkara menjadi isu utama. Masa ni jangan fikir malu dah...janji SOLAT.
Wajib tau.

Bagaimana yekkkk...

Saya ceritakan langkah demi langkah yer...

1- Ambil Wuduk
Sediakan botol air minuman, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Air hanya boleh diambil kat singki sahaja sebab negara asing tak basuh air besar dengan air. Depa sapu dengan tisu atau tak basuh terus kot...Mula2 ambil air kat singki dan kemudian masuk tandas sebab kalo ambil kat singki konferm kena marah dengan cleaner situ. Masuk tandas dan berwuduklah dengan redha. Jimatkanlah air tu, buat sekali ambil jer. Takkan nak keluar masuk tandas berulang kali.

2- Tempat solat
Tempat solat paling sesuai adalah ruang kosong kat mana2 pun dalam Airport tu. Masa ke China hari tu tingkat atas Airport kosong jadi memang selesa nak solat. Waktu malam masa tu. Kalau takde ruang anda solatlah menghadap dinding. Carilah dinding mana yang kurang orang lalu dan solat dengan bahagia.

3- Kiblat
Kalo ada kompas boleh guna untuk menentukan arah kiblat. Jika takde, iktikad dalam hati bahawa tempat arah kita hadap tu adalah kiblat. Solatlah, jangan berhujah sah ke tidak janji solat. Memang sah pun...ustaz saya cakaplah.

4- Alas dan pakaian
Alaslah dengan apa benda sekalipun. Masa kat Beijing kami guna jaket jer. Sempoi:)
Pakaian lelaki menutup aurat, manakala pakaian wanita menutup aurat juga. Ketika situasi ini adalah senang jika wanita pakai baju T Shirt lengan panjang berbanding pendek sebab anda dah menutup aurat. Senangkan... Jangan dijadikan alasan sebab takde telekung. Kalo kat Mekah tu macam2 fesyen ada. Pernah kami solat kat pasaraya, pakai jaket jer perempuannya....hahaha. Orang duk lalu lalang, buat muka kayu jer.

5- Niat dan solat
Lengkap semua perkara...anda solat jer.

6- Selepas solat
Baca doa.......SEKIAN TERIMA KASIH

Best Tak Tips Ni...

Sunday, October 20, 2013

Suku Kaum di Sarawak....Mesra

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita lain sikit, berkenaan kaum di Sarawak.

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang mana komposisi kaum yang terbesar adalah Iban, dikuti Cina, Melayu dan lain-lain. Ya, dulu kita selalu belajar berkaitan suku kaum peribumi di Sarawak dan Sabah namun bagaimana rupa mereka, tubuh dan budaya. Kalau dulu-dulu sering kita dimomokkan dengan budaya masyarakat peribumi ini hanya tinggal di rumah panjang dan berada di pedalaman. Mereka pula bertatu dan nampak garang.

Betul ker?

Salah Tu...Sebab realitinya kaum peribumi di Sarawak sama maju dengan kaum lain. Malah saya selalu dengar cerita penanam lada hitam berbangsa Iban boleh beli Toyota Hilux 'CASH' walaupun mereka duduk jauh di pedalaman. Haaaa...korang yang duduk kerja dalam 'aircond' kat pejabat bertingket-tingket kat KL tu boleh buat gitu. Ini kerana depa tak nak berhutang, sekali jual lada hitam boleh dapat 5 angka tau. Bukan semua yang kaya macam tu, segelintir sahaja namun memang ramai yang mempunyai pendapatan 5-6 angka setahun. Itu belum hasil lain seperti sawit dan getah. Mereka ni memang terkenal sebab menpunyai tanah yang luas dan rajin. Saya pernah melakukan perjalanan pukul 3 pagi di Sarawak dan mengejutkan...ada dah orang berjalan sambil bawa bakul untuk ke kebun.

Ini senarai kaum di Sarawak:

1- Iban
2- Cina
3- Melayu
4- Melanau
5- Bidayuh
6- Murut
7- Kayan
8- Kenyah
9- Penan
10- Punan
11- Kelabit
12- Kajang
13- Kejaman
14- Ukit
15- Lun Bawang
16- Lun Dayeh
17- Berawan
18- Bisaya
19- Kedayan

Sumber: Wikipedia

Mungkin ada beberapa kaum yang saya tertinggal. Ini cuma perkongsian maklumat untuk sesiapa yang tak pernah sampai Sarawak. Banyak perkara yang perlu anda rasai sendiri berkaitan Sarawak, terlalu banyak perbezaan budaya, makanan dan cara pertuturan yang perlu anda tahu.

Jika berkesempatan boleh melancong ke Sarawak...tiket pun dah murah. Saya cadangkan anda boleh ke Kuching, ini kerana lebih banyak tempat pelancongan untuk diterokai. Jika nak ke kawasan pedalaman sikit boleh sewa kereta dan pandu ke Sri Aman. Perjalanan kira-kira 3 jam sahaja. Sri Aman adalah sebuah bandar kecil namun lengkap dengan semua kemudahan. Sepanjang perjalanan dari Kuching ke Sri Aman anda akan lebih memahami sosio budaya masyarakat luar bandar. Kat Sri Aman bakal ada Hotel baru yang bertaraf 3 bintang, 3 OK.

Nanti saya akan cerita pelancongan di Sarawak...selalunya Blog akan cerita berkenaan Kuching sahaja. Namun saya akan kupas tempat pelancongan meliputi semua daerah dalam Sarawak. Ya, maklumat yang lebih detail berkenaan Sarawak.
Satu perkara yang perlu anda tahu...Orang Sarawak lebih bertoleransi sesama kaum dan sangat mesra. Anda pernah dengar pergaduhan antara kaum ke kat Sarawak...TAKDEKAN.
Mereka mudah senyum dan sangat mesra bila kita bertanya sesuatu...Kalo tak caya bila anda 'drive' kereta dan tanya arah jalan...lihat bagaimana cara mereka jawab.

OK...itulah sikit maklumat berkenaan Sarawak. Nanti tulis lagi.




p/s:Saya adalah orang Semenanjung yang telah beberapa tahun bekerja Sarawak. Pengalaman saya telah meneroka semua negeri di Malaysia...dari Kangar, Perlis hingga ke Tawau, Sabah.



Kamera Yang Sesuai Untuk Melancong

Assalamualaikum

Ada kawan memberikan soalan.
Apakah jenis kamera yang paling sesuai semasa melancong?

Jawapannya...
Kamera paling kecil dan gambar paling cantik. Ini kerana kamera kecil senang dibawa dalam kocek atau handbag. Lagipun ianya tidak menarik perhatian orang tempatan.
Orang tempatan ni ada yang baik...namun ada yang akan ambil kesempatan, jadi eloklah bersederhana sahaja. 
Aspek kualiti gambar juga penting, kalo gambar kelabu nanti malu plak nak upload...heeemmmm.

Nak bawa DSLR pun boleh jika anda mengunakan di tempat yang kurang sesak. Jika group melancong anda ramai, kamera besar tong pun boleh guna.

Situasi kamera kecil jika anda melancong bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Ini sebagai langkah keselamatan sebab kamera besar akan menarik perhatian ramai orang. Namun bagi fotoghrapher tegar ianya tidak menjadi masalah.

Bawalah kamera apapun...namun sentiasa berhati2 dalam perjalanan.
p/s: Petua saya bawa 2 kamera. Kecil untuk dalam kawasan bandar atau sesak. Besar untuk tangkap gambar pemandangan....

Tuesday, June 11, 2013

5 SEBAB PAKEJ MELANCONG BERBEZA

Assalamualaikum...


Bila jalan2 kat luar negara, antara soalan yang akan ditanyakan adalah...

Berapa pakej yang awak bayar?
Lepas tu buat perbandingan dengan pakej kita pula. Kalau kita lebih murah...banggalah. Tapi kalau kita lebih mahal mula mengeluh.
(situasi ni segelintir orang jer)
 Jadi mulalah bercerita kat rakan serombongan kita dah kena 'charge' lebih...hihihi.

Relaks...brader.
Semua ni ada sebab tersendiri...apa yang penting kita enjoy.

Ok ini jawapannya...

1- Sebab utama adalah kos penerbangan...sebab setiap syarikat berbeza. Kalau naik MAS sudah tentu berbeza dengan AIRASIA. Makluman semua...kalau duduk di Johor boleh guna Tiger Airways jika hendak ke Ho Chi Minh. Malah mungkin lebih jimat daripada AIRASIA. Tapi jika saya pakai AIRASIA dia pun sama tapi kenapa saya punya mahal....Alaaaaa...sebab dia dapat tiket murah, anda mahal sikit. Kira rezeki dia murah Bangggggg...

2- Kelas hotel tempat anda tidur. Jika pihak agensi guna hotel mahal, maka kos akan meningkat.  Selalunya kami tidur di SaigonPink 2 Hotel yang mana boleh dikatakan sederhana harganya. Jika anda duduk di Hotel sekitarnya yang lebih 'class' mungkin lebih mahal pakej anda nanti. Banyak hotel yang murah sekitar tu...tengok je kat internet. Saya mesti pilih.

3- Pakej makanan yang disediakan. Kalau nak makan sedap kena bayar mahal sikit. Untuk makluman makanan halal di Vietnam agak mahal. Nasi Goreng biasa mencecah RM10. Ada satu kedai tu, nasi goreng ayam RM21....rasa sedap Malaysia punye lagi. Jadi kalau nak murah...boleh minta kat pakej tu makan bihun goreng sepanjang pakej anda disana.

4- Pakej ronda sekitar Ho Chi Minh, itu bergantung jenis kenderaan dan berapa tempat anda nak pergi. Biasanya tempat lawatan paling jauh sudah tentu Sungai Mekong. Selalunya pakej lawatan lebih kurang sama jer, kalau setakat Ho Chi Minh, tempat lawatan tak banyak. Shopping jer lebih...

5- Jumlah rombongan anda, jika semakin besar rombongan anda maka kos dapat dikurangkan. Ini kerana kos kenderaan dapat dikongsi beramai-ramai. 


Rasanya itu sahaja perkongsian daripada saya... Moga bermanafaat. Jadi jika pakej anda lebih mahal daripada orang lain...redha ajelah.

Sebenarnya ada cara untuk anda melancong secara PERCUMA. Cuma kena usaha sikit, mana ada benda percuma yang dapat senang-senangkan.

Bye Bye Bai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...