Pages

Tuesday, October 21, 2014

KUCHING, SARAWAK....EPISOD 3

Assalamualaikum...

Selamat Pagi....Anda dah boleh bangun pagi ahad ini untuk pergi ke

KAMPUNG BUDAYA SANTUBONG

Bangun awal dan sarapan...sekitar pukul 8 boleh bertolak ketrana perjalanan sekitar 1 jam. Anda akan masuk Petrajaya dan melalui beberapa bulatan. Ingat perjalanan anda mungkin agak mengelirukan kerana ada signboard yang kurang jelas.

Seeloknya ada GPS supaya anda tak terbabas. Kampung ini dibuka sekitar pukul 900 pagi hingga 5 petang.
TIKET:

Dewasa                               RM60
Kanak2 dan warga Emas    RM30
Budak Sekolah                   RM15

Mahal jugakan...kalo datang satu Family...bengkak juga belanja. Tapiramai jer masuk LEGOLAND tu...Bapak mahal. Tapi saya akan sampai juga satu hari nanti.
Bab kata pepatah
                                                                      "Once in a Lifetime"


OK kalau boleh anda masuk awal skit sebab ada persembahan kebudayaan pukul 11 tu...2 kali sehari sahaja. Namun pada cuti sekolah mereka akan tambah slot persembahan. Hari tu kami pergi sampai 7 kali persembahan sehari. Aku bajet muntah hijau depa ni menari...huhuhuhu.
Letih beb.

Semasa masuk tu adalah seeloknya anda pergi terus melawat rumah yang sangat unik....Semenanjung takde yekkk. Terutama bila masuk rumah Iban, sebab ada jurucakap khas. Jadi banyak yang kita boleh tanya pasal kaum kat SARAWAK ni.

Satu aku kompius...hanya Rumah Iban dan Cina yang ada jurucakap khas bab kebudayaan. Rumah lain cuma ada penari atau tukang buat kuih jer. Setiap rumah memiliki reka bentuk yang berlainan. Ada yang macam rumah 4 tingkat dan dibina mengunakan kayu dan ada yang macam pondok sahaja. Kira berbeza sangat dan ternyata teknologi pembinaan mereka agak maju pada masa dulu...(Baik punya kipas)

Semasa anda masuk belajarlah...dan terus belajar. Sebab banyak ilmu yang boleh dapat kat dalam ni. Satu lagi tempat ni boleh dikatakan luas juga. Jika anda jenis suka sejarah dan kebudayaan mungkin mengambil masa 4-5 jam dalam kawasan ini. Jika jenis window shopping ala KLCC, kejap jelah.

Lepas habis tangkap gambar dan melawat...boleh keluar. Bila keluar ke Parking singgah sebentar di pantai berdekatan sebab ada Monumen Burung Kenyalang...macam Langkawi tu. Tapi unik skitlah. Sebab diperbuat dari besi.

Bila dah habis lawat.....drive masuk ke Kuching semula dan pergi lunch. Lepas lunch terus ke PASAR SATOK kat Kubah Ria atau Petrajaya. Dekat jer. Masa kat sana boleh beli IKAN TERUBUK dan buah tempatan....terutama bila musim DABAI. Dabai ni macam mana, sila google. Tak jumpa plak gambarnya.

Habis shopping kat Satok...buatlah aktiviti bebas sebelum naik flight pulang semula ke KL. Tapi kami rekomen anda pergi ke Waterfront untuk cari lagi cenderahati untuk sedara dan behfriend. Kek Lapis pun ada yerrrr...


OK,,,habis dah episod 3 hari 2 malam ke KUCHING.

Jika ada soalan boleh tanya. Satu jer nak beritahu, Bila datang ke Kuching banyakkan senyum sebab orang kat sini mesra-mesra.

OK....bye

Friday, October 10, 2014

KUCHING, SARAWAK....EPISOD 2

Assalamualaikum...

OK...Kita sambung episod 2.

Lepas solat zohor anda boleh terus ke kawasan Waterfront. Ini kerana masa ini amat sesuai untuk anda rileks sikit dan mengelakkan perjalanan jauh. Seberang jalan Waterefront tu ada sederet kedai yang agak oldschool...

OK...sila membeli belah cenderahati kat kedai tu...banyak sangat barang yang boleh dibeli. Saya yang dah bertahun duduk kat Sarawak pun selalu beli terutama T-Shirt. Sebabnya corak berubah dah sangat menarik, kepada peminat corak moden tu mungkin anggap biasa jer. Bagi saya peminat corak etnik, gaya olahan yang digunakan agak menarik...Waaahhhh banyak aku memuji nih. Komisyen pleaseeeeeee.

Sepetang pasti tak cukup untuk anda meronda semua kedai...

Jika anda nak beli kek Lapis untuk makan malam-malam atau bawa pulang. Kawasan tu ada kek Lapis jenama 'LIZA'....secara peribadi.

REKOMEN

Untuk anda beli sebab rasanya sedap dan HALAL. Sebenarnya hampir semua penjual mengunakan bahan mentah yang sama....huhuhu. Cuma kadang kala penjual kek tu muslim atau tidak jer. Jika anda jenis tak kisah beli dengan sesiapa pun>>>>silakan. Kebanyakan yang jual halal. Bab beli kek sibuk nak halal...masa makan kat kopitiam rileks jer. Huhuhuhu.

Selesai membeli belah.

Jika anda kaki lepak waktu senja...tunggu jer dekat waterfront tu. Duduk menghadap Dewan Undangan Negeri depa, malas plak saya nak tepek gambar pagi buta ni. Nanti FREE saya tepek yer. Cantik siot...bangunan ala Bidayuh. Mungkin bangunan DUN paling cantik dalam Malaysia. Pandai tak Taib MAHMUD, Antara negeri terkaya di Malaysia ni.

Sila balik hotel bila dah masuk maghrib...solat dulu.

Namun keluar cepat-cepat yer. Pergi waterfront semula dan naik bot ke Kampung Gersik, seberang tu jer. Malam-malam memang happening-pening. Boleh makan-makan kat situ untuk dinner dan ada satu restoran yang unik kat situ....Barrok namanya. Tapi dari sudut rasa>>>Biasa jer cuma suasana dia agak unik. Jika anda nak belajar tentang budaya boleh makan kat situ. Jika sekadar nak makan, bazar kat situ tempat lepak paling happening...luas dan banyak pilihan makanan. Bagi saya area tu sedap lepak jer...bab makan tu biasa-biasa jer.
'
Kalo nak sedap lebih baik anda cari Kedai makan Raja ayam penyet, Rumah Hijau, Kedai makan dekat Arif Hotel@Masjid, Hot Spot dan beberapa lagi. Nak tulis semua kang...bukan korang nak pergi semua pun.

Lepas makan kat Kampung Gersik tu...sila jalan kaki sikit kat kampung tu juga. Haaaaa, ini suasana sebenar untuk beli kek lapis. Ada dua kedai yang saya nak REKOMEN.
Rumah kek lapis MIRA dan Dayang Salhah.
Anda pilihkan berpuluh jenis perisa kek...huhuhuhu. Macam mana nak pilih ni.

BERES....,mereka ada sample untuk anda rasa. Best giler kalau anda peminat kek sebab boleh kenyang dengan sample dia jer. Makan dan beli
Pilihan memang banyak sangat...Rabun kek jadinya.

OK...lepas lepak kedai kek. Sila balik ke sebarang waterfront. Anda boleh pilih nak lepak kat cafe waterfront sambil mengumpat serba sedikit atau balik hotel untuk tido. Ini kerana anda perlu bangun awal pagi ahad tu sebab nak drive sejam lagi ke Kampung Budaya Santubong.

OK...nanti sambung kisah hari ahad plak.

Sampai sini jer.

Salam Budget

Jemput komen yer...nanti saya belanja pakej jalan-jalan kat Kuching.

Monday, September 29, 2014

KUCHING, SARAWAK...TEMPAT MELANCONG YANG WAJIB DI LAWATI 1

Assalamualaikum...

Kuching, Sarawak

OK, hari ni nak cerita sikit pasal Kuching, Sarawak. Post ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pelancong yang nak datang kesini terutamanya yang datang jangka waktu singkat sangat... Contoh cuti hujung minggu jer yang boleh datang sebab Bos tak beri cuti lama. Budak ada cuti sekolah kira OKLAH, tapi mak bapak kenalah hadap BOS dulu....huhuhuhu kesian.

Malaysia terpisah antara Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak atau dikenali sebagai BORNEO. Manakala Malaysia Barat dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Walaupun satu negara namun jaran antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat boleh dikatakan agak jauh...

Tapi....taklah jauh sangat. Kalo naik kapal terbang sekitar 1 Jam 45 Minit sahaja. Kalo duk kat China lagi jauh...kan kan kan. Jadi bersyukurlah MALAYSIA masih aman damai. Malah kat Sarawak ni lagi aman damai....TAK PERCAYA.

Datang sendiri dan nilai

Saya tulis terus jadual senang anda nak rancang...SEMPOI.

<>
Flight petang.....Sampai Kuching malam. Masa ni anda terus pergi ke Hotel sebab mesti penatkan. Takkan jejak jer kaki nak terus ronda-ronda, kena rehat dulu.

Tips: Sila sewa kereta dan ada GPS atau WAVE atau apa2 jerlah. Ini kerana anda bebas untuk berjalan kemana-mana.

Kat Kuching Teksi agak sukar nak dapat sebab tempat tumpuan pemamdu hanya tempat membeli belah dan Hotel besar sahaja. Kalo hotel kecil ni kena call baru ada. Jadi saya nasihatkan sewa kereta sahaja, Tempat tarikan daerah ini agak besar jadi pemanduan dan 'timimng' masa sendiri adalah lebih menyeronokkan.

<>
Bangun pagi-pagi....SANGAT PENTING. Jika anda terlewat maka jadual anda akan terganggu. Solat dulu kemudian cuba turun ke kereta sekitar pukul 6.30 pagi. Cari kedai makan yang berhampiran, kalo tak jumpa makan jer kat kedai makanan segera. Kalo boleh sebelum pukul 7 dah bertolak ke Serikin. Awalnya....Ikutlah nasihat saya kalau taknak sengsara...Hahahaha
Ini kerana jadual pertama anda adalah ke

Kampung Serikin

Kenapa bertolak awal
1- Takut JEM---jangan makcik, walaupun kampung tapi masa cuti sekolah jem berkilo-kilo meter tau.
2- Cuaca kat kampung tu panas...serius. Anda duduk sekitar 9 pagi, terasa dah bahangnya. Sebabnya kawasan tu dekatdah dengan garisan Khatulistiwa. Apa benda tu?
Masa kelas sains jangan tido ...OK.
3-Parking agak terhad, walaupun luas namun kereta terlalu banyak.

Sempadan dengan Indonesia, banyak barang murah kat sana. Namun jika anda biasa ke Bandung, tempat ni biasa-biasa jerlah. Kira tempat shoppinglah ni, Selepas shopping boleh singgah Gua Angin kejap....Apa yang istimewa.
Situ adalah gua...jadi yang special anda boleh masuk gua...OK faham tak. ITU adalah GUA jadi tak perlu nak jangka ada shopping plak.

Lepas tu, anda pulang semula ke Kuching. Singgah kejap kat kedai pasu batu 3. Kedai mana yang best. Cari kedai yang ada semut besar kat depan laman dia atau kedai yanbg ramai orang. Maaf lupa dah nama dia. Makcik Cina yang jadi tokey tu dah kenal saya...sebab Puan Sri suka kumpul pasu. Rumah ni pun dah boleh buka kedai pasu....Errmmm (harap dia tak baca blog ni)

Tengahari pergi makan dulu....Cuba google serapi Corner. Kat situ sedap sikit cuma harga dia sikitlah mahal tapi masih murah berbanding KFC.

Balik hotel semula dan Solat Zohor...Jangan tidur dulu sebab masa anda agak padat.



OK...sampai sini dululah. Saya nak pergi makan nasi.

Jika ada nak tanya boleh komen kat bawah atau like jer Fan Page Facebook tu. Saya aktif kat FB.
Jika nak email pun boleh cuma jawapan lambat sikit sebab jarang buka email.

Nak sambung lagi...

Nantikan kronologi seterusnya.

Akan bersambung...

Salam sejahtera.


Thursday, September 25, 2014

Tips Menempah Hotel Di Ho Chi Minh

Assalamualaikum...

Tips menempah hotel di Ho Chi Minh
Jika anda seorang pelancong biasa...(maksudnya bukan bisnes besar2 atau backpacker)
Maksud yang lain anda datang ke Vietnam untuk berwisata dan shopping. Kiranya datang untuk membeli dan terus belah. Sila ikut panduan ini sebelum menempah hotel...

1- Sila google map dulu kedudukan Ben Thanh Market. Bila dah dapat perhatikan hotel di sekelilingnya.
2- Target hotel anda mestilah sekitar Ben Thanh kerana ianya memudahkan anda untuk membeli dan belah cam gitu jer.
3- Pilih hotel yang sesuai dengan budget anda, jika pergi ke Agoda atau Booking.com dan sebagainya. Lihat komen penguna sebelum tu. Jika berpuas hati maka.....jeng jeng jeng
4- Tempahlah mengikut selera anda. Ada hotel yang memerlukan kurang 10 saat untuk anda sampai ke Ben Thanh Market...dekatkan. Pasar malam pun boleh order dari dalam bilik hotel jer...OK saya tak pernah buat cam gitu. (Mungkin anda boleh jadi 1st)
Jadi buat kajian dahulu, ini kerana kedudukan hotel yang dekat sangat memudahkan anda...SERIUS ni. Makan pun mudah.

OK tak panduan ni...
Kalo nak share silakan...

p/s: Admin takde idea nak tulis pasal apa kat Ho Chi Minh ni. Jika ada soalan baru boleh komen....

Monday, May 12, 2014

Pelancongan Bukit Tinggi...Warisan Minang Kabau

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Wesak Day...lama dah tak menulis disebabkan terpaksa memberikan fokus kepada perniagaan....huhuhu.

OK...hari nak tulis berkenaan Bukit Tinggi, Indonesia. Satu kawasan banjaran yang dingin dan tenang. Bukit Tinggi dikatakan tempat asal usul orang Minang. Seperti yang kita tahu Adat Pepatih berasal dari kawasan Sumatera Barat. Nak cerita sejarah panjang pun tak pandai sangat, jadi kita 'story' berkaitan tempat ni je. Kita mula dengan pemandangan bandar Bukit Tinggi dulu, sebuah bandar kecil namun padat. Kawasan ni memang agak tenang sebenarnya...malah saya sempat Solat Jumaat di kota ini. Syukur saya faham khutbah yang disampaikan sebab bahasa mereka mudah difahami. Ingat Indonesia sangat luas dan mempunyai berbagai bahasa.

Rileks jer bandar ni

Ni tengah bandar

Kami menginap di Hotel Karisma. Hotel yang terletak ditengah bandar, dekat dengan masjid, kedai makan, kedai membeli-belah dan stesyen minyak. Sebenarnya takde benda nak cerita sangat sebab tarikannya bukan di bandar tapi sekitarnya...ok kita masuk bab makan dulu.

Ni antara hidangan yang kami makan, kos makan untuk 4 orang sekitar RM40-RM80. Tahap makannya DAHSYAT SANGAT. Ini kerana kami bedal tahap kritikal sebab jika anda datang ke Indonesia dan merancang untuk diet...mungkin silap tempat. Indonesia boleh dikatakan pusat makanan Melayu yang sangat enak sekali.


Ini Perut lembu

Otak lembu...lupa plak


Rasa mcm kuih Beko kelate


Rojak dia...selera
Habis cerita bab makan...

Nanti sambung lagi untuk entry tempat menarik di Bukit Tinggi dan tempat membeli dan terus belah. Bagi saya Bukit Tinggi ni pergi sekali seumur hidup pun dah cukup sebab tiada sebab yang betul2 kuat untuk pergi kesana semula. Selain perjalanan yang memakan masa berjam2 dari Airport ke Bukit Tinggi. Letih disamping naik bukit yang tinggi juga...huhuhu.

Rasa ingin berehat...buat masa ni kami syorkan Kota Malang, Agro Wisata Resort. Kenangan manis disana.

Goodbye....

Hari ni Terengganu dapat Menteri Besar Baru....Tahniah.

Sunday, February 16, 2014

HARGA PAKEJ UMRAH BERBEZA

Assalamualaikum...

Mengapa Pakej Umrah berbeza mengikut Syarikat?

1- Hotel
Pakej umrah sangat bergantung pada Hotel yang akan kita duduki. Ini kerana kebanyakan daripada kita suka berada dekat dengan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Maka semakin dekat hotel tersebut maka semakin mahal pakej yang disediakan. Hotel yang terdekat sudah tentu menara jam itu. Kalau jauh boleh sehingga 500 meter dari masjid. 

2- Makan
Makanan juga sering menjadi rungutan rakyat Malaysia ketika disana. ini kerana makanan disana tidak mengikut lidah rajyat Malaysia. Maka pakej yang mahal akan ada tukang masak khas bagi menyediakan hidangan ala Malaysia. Namun selalunya tukang masak ini berasal dari Indonesia. Kembali kepada niat kita untuk kesana...untuk makan atau beribadat...SABOR jelah. Anda juga ada pilihan untuk membeli sendiri makanan seperti nasi arab, rendang, nasi lemak,roti canai dan sebagainya. Ada restoran FELDA dalam menara SAFWAH. Depan Masjid...masakan ala Malaysia.

3- Perkhidmatan
Pakej mahal selalunya menyediakan khidmat sehabis baik untuk peserta Umrah. Dari naik di KLIA hingga jemput di Jeddah dan kemudian balik semula ke Malaysia. Semasa sampai di Malaysia sekalipun ada wakil agensi umrah tunggu untuk memantau pengambilan barang. Layanan juga amat berbeza mengikut syarikat yang digunakan. Jika nak selesa ambillah yang terbaik.

4- Penerbangan
Jika penerbangan anda secara terus maka harganya lebih mahal. Jika anda mengambil transit ke Sri Langka atau pakistan kos penerbangan lebih murah. Jika pakej murah selalunya akan ada transit antara negara dengan kata lain anda perlu bermalam di negara tersebut. Perjalanan secara terus sekitar 8-9 jam. Kebiasaan penerbangan secara terus adalah MAS dan Saudi Airlines.

Itu jer...nanti tulis lagi.

UMRAH KETIKA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum...

Umrah ketika musim cuti sekolah...

5 perkara yang perlu anda ketahui.

1- Harga pakej lebih mahal daripada biasa kerana ramai orang Malaysia yang turut sama pergi. Ini kerana sudah menjadi trend umrah secara berkeluarga(rakyat Malaysia semakin kaya). Sama juga halnya dengan hotel di Malaysia, mereka akan naikkan harga kerana permintaan tinggi...tarif air dan elektrik tak naik pun masa cuti tapi harga hotel berbeza.

2- Negara Arab pun cuti sekolah masa ni, jadi jemaah umrah sangat ramai. Ya, pada waktu cuti sekolah terutama bulan 5 jemaah umrah sangat ramai hingga hampir sama dengan musim haji. Maka anda kena bersiap sedia dengan kesesakan. Jika haji, memang kena lebih banyak bersabar.

3- Jika anda telefon hari ini untuk pakej umrah bagi bulan 5...huhu
Anda mungkin dalam senarai menunggu dahhh. Ya, jangan tak percaya sebab dapat maklumat sebuah agensi umrah terkenal dah penuh kuota dan jika anda telefon mereka. Nama anda hanya diletakkan dalam senarai menunggu. Satu lagi sebab Mekah sedang dibanggunkan dengan hotel baru. kerajaan Arab Saudi menghadkan kemasukan jumlah jemaah.

4- Peka dan sabar. Jika anda mengerjakan umrah ketika sesak, kesesatan mungkin akan berlaku jika anda terpisah daripada kumpulan. Situasi ini mungkin berlaku jika kali pertama anda masuk ke Masjidil Haram dan tawaf. Nasihat saya, sila ikut rapat-rapat mutawwif anda. Masjid agak besar dan anda boleh tersesat dengan tiba-tiba. Saya pernah mengalaminya masa kali pertama tawaf, terpisah dengan kumpulan besar...maka acara lari-lari anak terpaksa dilakukan untuk ke tempat Saie...Syukur selamat. 

5- Senyum...kerana ianya satu sedekah. Apa yang saya nampak jemaah Malaysia agak 'kedekut' dengan senyuman. Malahan dengan sesama Malaysia pun payah nak senyum. Kenapa hal ini berlaku, hanya tuan/puan empunya diri yang ketahui. Ibadat disana agak mencabar dengan pelbagai ujian, sikap tolong menolong dan bertegur sapa amat diperlukan semasa disana. Senyuman anda adalah ubat yang sangat mujarab.

TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...