Assalamualaikum...
Hari ni kongsi tips pelancongan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Jika anda ingin melancong ke Vietnam tanpa mengunakan agensi pelancongan, maka pengunaan teksi tidak dapat dielakkan. Teksi di Ho Chi Minh senang didapati, malah lebih mudah daripada Kuala Lumpur. Ho Chi Minh adalah bandar yang sesak dan mempunyai lanskap yang agak sama antara satu-satu jalan.
Tips mengunakan teksi di Ho Chi Minh:
1. Pilih jenama 'Vinasun' sahaja, kalau nak guna jenama 'Minh' pun boleh. Cuma pengalaman aku memang guna Vinasun sahaja. Banyak blog yag menulis berkenaan teksi yang menipu di Ho Chi Minh, termasuklah dikenakan caj US50 untuk perjalanan 5 minit. Jadi tambah sikit ilmu anda untuk mengelakkan ditipu. Teksi disini mengunakan meter, tapi biasalah minta lebih...kita pula pelancong, takut ler.
2. Sediakan duit kecil semasa hendak membayar. Selalunya mereka tidak mempunyai duit kecil atau belakon takde duit kecil. Kami memang tak pernah dapat semula duit baki semasa di Ho Chi Minh, jadi kalau naik teksi memang bersedia. Baki sikit-sikit tu halal jelah. Kalau anda hanya ada 100k Dong camne nak bayar. Haaa....pandai-pandailah.
3. Bahasa memang masalah besar kepada pemandu teksi di Ho Chi Minh. Jadi untuk mengatasinya anda perlu meminta bantuan orang hotel untuk menulis alamat tempat yang korang nak pergi. Selalunya orang hotel boleh cakap inggeris sikit-sikit, macam aku jugalah. Anda hanya perlu tunjuk alamat dan akan dibawa ke tempat yang dituju.
4. Jika anda tak pandai cakap inggeris dengan baik dan orang hotel pun ting-tong bab bahasa. Maka anda digalakkan donload gambar tempat yang hendak dituju. Tunjukkan pada orang hotel dan minta mereka tulis alamat tempat tu. Kadang dalam hotel ada internet jadi tunjukkan jer tempat tu, aku guna teknik ni masa nak pergi masjid di jalan Dong Du', Ho Chi Minh. Senang je sampai...
5. Cuba elakkan melancong pada lewat malam sebab kita tak tahu negara orang. Ho Chi Minh boleh dikatakan bandar yang selamat cuma kita sebagai pelancong kena berhati-hati. Malam ni banyak sikit setan jadi cuba berada sekitar hotel sahaja dan elakkan mengunakan teksi....kalau ketagih sangat nak shopping, sambung esok jer. Malam-malam gi tido.
6. Walaupun anda kaki berborak dan sangat mesra rakyat. Kalau anda cuba berborak dengan pemandu teksi, anda akan kecewa sebab mereka tak faham apa yang anda bebelkan. Malahan mereka agak kurang mesra dengan pelancong yang dibawa. Saya pernah cuba berkomunikasi dengan pemandu teksi namun mereka hanya angguk jer...Last aku pun diam.
7. Sila simpan namecard hotel tempat anda menginap sebab bila nak balik nanti susah plak. Ini sangat penting sebab jika anda sebut nama hotel, ianya berbeza bunyi sebutan dengan bahasa vietnam. Pening anda nanti, nak balik jalan kaki lagi masak...Jika anda tinggal di sekitar Ben Thanh Market senang sikit sebab guna jer nama Ben Thanh Market, teksi boleh hantar ke situ. Cuma jika anda duduk jauh daripada Ben Thanh Market...susah sikit.
Ok...sikit tips teksi di Ho Chi Minh, Vietnam.

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...
ReplyDeleteMr Hanif,kain cotton murah kat mana?Mr Hanif tauke cotton ke?Saya berminat nak cari kain untuk Raya..TQ
ReplyDeleteBoleh...
ReplyDeleteJika berminat nak berniaga cotton sila email saya di sebemban@yahoo.com
Sekian terima kasih.
Saya ingin bertanya tambang teksi dari airport ke Ben Thanh market berapa ye.....
ReplyDeleteSekitar 160000-200000 DONG...
ReplyDeleteKalau ambil kat kaunter 200K, kalau keluar sikit ambil kat luar 160K.
Ambil teksi jenis VINASUN sahaja, Dia parking hujung sekali sebelah kiri pintu keluar. Jangan terpedaya dengan 'gadis teksi' yang promote teksi lain...takut kena tipu, ada 'hidden charge'.
Sekian...
Aku pernah kene tipu 7juta 500,00 dong. Sebab pegi massage kt saigon. Masakk! Terpaksa bayar guna kad kredit
ReplyDeleteHahaha...
DeleteMassage dan Samseng, tak boleh dipisahkan di Saigon.
Pergi Saigon buat Shopping2 jer.
Nak Massage kat Malaysia lebih baik...Pak Man, Pak Akob, Pak Leh urut, semua urutan boleh. Lagipun kalau urut kat Malaysia senang nak marah2 kalau harga tinggi gile.
terbaekkk haha
DeleteNi pengalaman ke HCM city, kami naik bus je dari airport ke ben thant sbb hotel sblh ben thant market. Tambang dlm 5ribu dong satu org bsamaan dgn 75sen.mmg jimat. Org malaysia yg naik teksi/van semua pandang2 kami dlm bus. Masa gi bolehla naik bus sbb beg x banyak. So, siapa2 yg nak ke HCM kene rajin2 baca blog n dptkan info supaya x tertipu..
ReplyDeleteYa...boleh pilih naik bas.
DeleteJimat, cuma saya tiada pengalaman tentang itu.
Kalau boleh saudara kongsikan cara nak naik bas untuk bacaan semua. Saya akan update dalam blog tips saudara itu.
Terima Kasih
salam. tuan. terima kasih atas perkongsian maklumat. terima kasih.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteTerima Kasih kerana membaca.
Salam cik ada tak contact no pemandu pelancong melayu di sana. saya tengah cari kalau ok nak permanent contract dgn syarikat perlancongan saya untuk trip disana
DeleteTerima Kasih
W'salam...
DeleteIni no contact kat Ho Chi Minh, Vietnam
Boleh Whatsapps dia
+84909542641
JASMANI
Dia orang Vietnam dan boleh berbahasa melayu. Semua benda boleh bincang dengan dia. Jika nak bertanya soalan boleh reply semula kat blog ini, cuma jawapan tak dapat beri segera.
Tips banyak dikongsikan di FB...lengkap untuk pergi dan balik ke Vietnam.
Boleh juga like FanPage kami...boleh msg kat situ,saya aktif kat FB
TQ
Boleh share x cara pbayaran kt tour guide ni...?nk elak d tipu... 1lg..saya duk d ava saigon3 hotel...jauh x ngn ben thant market...?cmne nk g ke psr tu n psr mlmyer...mknn halal spjg duk hotel tu...
DeleteBayar secara cash...jangan takut. Dia tak pernah tipu saya.
DeleteKalau jalan kaki 1 kilometer jugalah...tak pasti jauh ke tidak tu. Kalo rajin dekatlah. kalo malas naik jer teksi, berlambak.
Nak gi Ben Thanh boleh jalan kaki dan naik teksi..saya cadangkan naik teksi dari Ava Saigon tu.
Makanan halal banyak di sekitar Ben Thanh Market...cuma perlu bayar pada harga yang agak mahal jer. Mungkin lebih mahal daripada Secret Resepi.
OK
saya cuba cari digital map pdf. masih x jumpa yg ok. klu ada tolong gtau. cdg nk g nov13 ni.
ReplyDeleteOk, kalau jumpa saya akan beri 'link'.
DeleteKali pertama kami pergi memang takde map, cuma google serba sedikit kedudukan bandar tersebut. Sampai Airport, terus ambil teksi. Terus sampai hotel.
Jika nak ronda2 sendiri kat dalam bandar mengunakan teksi, cuma print gambar tempat tu dan tulisan nama tempat tu dalam bahasa Vietnam, juga boleh google.
TQ
saya d jangka sampai 8 malam. teksi vinasun. kaunter dia dlm airport ke atau terus ke teksi sebelah kiri tu
ReplyDeleteSampai malam...Wajib ambil teksi Vinasun sebab di Vietnam banyak penipuan Teksi dengan caj melampau.
DeleteBulan 6 hari tu ada kaunter dalam Airport, tapi bila kami pergi minggu lepas kaunter tu dah tiada.
Jadi encik keluar Airport, terus ke kiri....jalan ke hujung sekali. Ada orang Vinasun pakai kemeja hijau yang jaga teksi dia kat situ. Dia akan urus teksi encik, lepas dapat teksi dia akan beri kopun maklumat teksi tu takut driver dia menipu.
Tapi buat masa ni Vinasun masih OK...kos perjalanan sekitar 150-180k dong. Jika lebih mesti dis dia dah bawa encik jalan2.
Sila LIKE fanpage kami di FaceBook, saya ada ceritakan mengenai penipuan teksi di Vietnam.
TQ
Salam saya nak ke HCM pd 30 okt
ReplyDeleteTak ikut package jd saya nak Tanya kat sana senang ke nak dpt Muslim restaurant ? Saya dok kt hotel Asian ruby
W'salam
DeleteUtk hotel yang encik guna ni agak jauh dari tempat pelancongan. Iaitu Ben Thanh market. Kena naik teksi untuk kesana.
Namun begitu untuk makan encik/cik masih bertuah sebab hotel berdekatan dengan Masjid Besar ho Chi Mihn, boleh jalan kaki. Sepanjang hotel tu ada makanan halal. Paling terkenal Hala@Saigon.
Kalo nak tanya orang hotel 'direction', cakap nak pergi Sheraton Hotel atau Muslim Church@Mosque. Kadang dia orang tak faham maksud mosque.
Jika duduk hotel berdekatan Ben Thanh Market, tempat shopping dekat dan makanan halal pun banyak. Jarak taklah jauh sangat, cuma 10-15 minit naik teksi. Bila check in hotel, tolong simpan name card hotel sebab kat sana teksi tak reti bahasa inggeris. Bila encik/cik nak balik ke Hotel semula dari Ben Thanh tunjuk name card tu.
Ok... harap membantu.
Jika ada soalan, boleh tanya dalam FB saya sahaja lebih cepat saya respon.
Sila like 'cuti-cuti budget'
Jika nak tanya disini pun boleh...OK...selamat melancong.
Sekian
silap taip... Halal@Saigon
DeleteSalam saya akn ke ho chi ming 30 okt ni. Saya nk ke chu chi tunnel blhkh saya dan keluarga pergi sendiri tanpa tourist guide
ReplyDeleteChu chi tunnel kena mengunakan tourist guide sebab terletak kawasan kampung. Begitu juga Sungai Mekong.
DeleteJika nak meronda sekitar bandar tak perlu guna tourist guide, teksi pun boleh. Cuma encik kena banyak study skit...kat blog dan facebook saya pun banyak maklumat yang boleh dikongsikan.
Kat sana selamat cuma kena hati2 dengan penipuan jer.
OK...
Terima Kasih
Salam saya akn ke ho chi ming 30 okt ni. Saya nk ke chu chi tunnel blhkh saya dan keluarga pergi sendiri tanpa tourist guide
ReplyDeleteBoleh....email saya nanti. sebemban@yahoo.com
DeleteContact orang sana terus,..dia boleh 'adjust' untuk pakej encik nanti.
Orangnya fasih berbahasa melayu dan boleh dipercayai, nanti encik berurusan terus dengan dia...
Selamat melancong.
salam encik..saya akan ke hcmc 4 nov ni..ada no ctct utk tourist guide kat sana tak..plzz need help
ReplyDeleteCik dah email sayakan...Sila check email.
DeleteJika ada soalan lagi nanti saya jawab semula.
Salam tolong bg sy tourist guide punye contact kt ho chi minh boleh x?sbb sy akan ke sana nanti..dan kalau boleh whatsup kt no saya ni.ada nk tanye lg nanti ni..hehe..01116587308 tq
ReplyDeleteSila ke FB cuti-cuti budget
DeleteSaya selalu update disana...link ada kat atas tu.
saya nak kesana pada 7/12 ni flight malam nak dapat teksi senang tak sampai lebih kurang pukul 9.50 mlm vietnam
ReplyDeleteBaru baca komen...terlepas sudah.
DeleteMaaf yer, kurang aktif blog sikit
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya akan ke HCMC pada April 2014.. dr KL 1750..Smpi sana 1945 (local time).. Senang x utk dpt Taxi Vinasun..
Satu lg.. tau x tempat utk borong baju kurung siap..selain dr Karim Kamariyah berdekatan Ben Thanh Market tu..
tq
Waalaikumsalam...
DeleteJika ikut pengalaman bulan 12 baru ni agak sukar sebab dah takde tempat khas untuk Vinasun lagi. Semua jenis teksi akan beratur untuk mendapat pelanggan seperti LCCT.
Jika encik nak guna Vinasun juga kena tunggu teksi tu sampai, kita boleh potong que teksi, namun mungkin terpaksa berebut dengan orang lain yang turut nak naik Vinasun.
Pilihan lain, ambil jer teksi jenis lain seperti Minh Min. Kalo Saigon Air selalu minta tips lebih...antara 2000-5000 Dong. Bagi saya kalau depa minta tips tu bayar jer. Malas ada masaalah kat negara orang.
TQ
Salam, saya akan ke HCMC bulan 5 nanti, boleh suggest package (hotel dan tour) di sana, lebih mudah sebab kali pertama ke sana dan semua perempuan. Terima kasih.
ReplyDeleteW'salam...