Assalamualaikum...
Nama Blog ni Guru...tapi tak pernah cerita pasal pendidikan.
Artikel pertama pasal Cikgu dan Kanak-kanak riang.
Nama Blog ni Guru...tapi tak pernah cerita pasal pendidikan.
Artikel pertama pasal Cikgu dan Kanak-kanak riang.
ANAK LAMBAT MEMBACA? 5 TEKNIK HEBAT UNTUK IBUBAPA
Anak lemah dalam pembacaan?
Ajar berulang kali, 5 minit lupa?
Tak fokus semasa pembelajaran?
Asyik main jer, bila nak pandai?
Keluhan ibu bapa berkenaan anak-anak yang gagal
menguasai abjad pada umur 4 tahun. Kalau dilihat pada beberapa dekad yang lalu
anak-anak yang biasa dapat menguasai abjad pada umur 7 dan 8 tahun. Namun kini
4 tahun pun dah menjerit maknya jika anak masih belum mengenal abjad. Mulalah
resah tak tentu pasal sampai beli bermacam alat bantu mengajar yang baik namun
kurang berkesan sebab tak pandai nak guna. Lepas tu hantar anak kat tadika
mahal-mahal agar cikgu boleh tolong ajar, semua itu melibatkan WANG. Apa jalan
penyelesaiannya, di sini saya nak kongsi teknik HEBAT kepada anda semua
bagaimana nak ajar anak membaca seawal 4 tahun. Sangat hebat sehingga anda pun
rasa nak jadi cikgu kat sekolah tu.
1. Mulakan dengan abjad kecil
Kalau nak ajar anak, jangan terus
perkataan atau sukukata. ‘blank’ terus otak budak tu sebab mereka perlu diajar
secara berperingkat. Satu lagi abjad kecil selalu digunakan dalam pembacaan dan
cara penulisan pun lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak
anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah.
Cuba anda baca suratkhabar, banyak huruf kecilkan. Bila asyik ulang tengok
bentuk yang sama ini akan menajamkan dan mengekalkan ingatan anak anda.
2.
Mulakan dengan hurul vokal dahulu. Sebab huruf vokal
mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Ada banyak
cara sebenarnya cuma yang paling popular nyanyikan huruf vokal tu. Mak pun kena
‘sporting’, nyanyi sama-sama dan kalau boleh biar jiran sebelah rumah dengar
sambil nyanyi sama. Gabungan huruf konsonan juga lebih mudah jika dah menguasai
huruf vokal. Bentuk huruf vokal juga lebih mudah dari sudut visual anak anda,
jadi lepas mereka mengenal huruf itu, terus ajar mereka tulis.
3.
Gunakan huruf berwarna. Budak kecil asyik tengok
hitam putih pun jemu juga. Mereka sukakan sesuatu yang menarik dan boleh
dibezakan. Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam
dan mudah mengigati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang
berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning.
Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang
berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna akan menarik minat anak. Cuba anda
beli aiskrim yang ada warna hitam putih dan warna pelanggi. Yang mana satu
pilihan anak anda. Pelikkan? Tapi itulah realiti seorang budak kecil.
4.
Ulang bacaan. Banyakkan ulangan bila mula
membaca, ini kerana anak kecil sukar untuk mengigatkan sesuatu yang baru dengan
cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi
kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Masalah utama, ibubapa adalah
sikap mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak. Jadi jika nak anak
pandai, teruskan berusaha sampai dah berbuih mulut asyik ulang benda yang sama.
5.
Gunakan kaedah nyanyian. Dalam internet banyak
lagu yang berkaitan ejaan dan bacaan. Anda muat turun dan nyanyi bersama
anak-anak. Apa nak dimalukan jika hanya menyanyi dalam rumah. Zaman kita dulu
lagu ‘GABAN’ dalam bahasa Jepun pun boleh ingat, begitu juga anak kita boleh
hafal ayat UPIN DAN IPIN “betul betul
betul”. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil.
Malahan kalau ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang
mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata anda untuk menarik minat
mereka.
Itu sahaja serba sedikit petua untuk para ibubapa mengetahui
teknik HEBAT mengajar anak kecil membaca. Biarpun Nampak mudah namun sering
tidak diendahkan oleh masyarakat dan menyebabkan anak kecil terus ‘stress’ bila
sesi belajar. Jadikan pembelajaran tersebut seronok dan cuba menarik minat
mereka agar meminati bidang bacaan. Sedikit perkongsian info.
ade ke aiskrim warne itam putih?ahahha lawak
ReplyDelete
ReplyDeleteAda...perisa kopi dan vanilla.
<>
Ada jer aiskrim vanilla n choc chip atas die ^_^
ReplyDeleteTerima kasih sudi share info berguna.. sy bru nk start ajar anak sy 3y mngenal huruf dengan harapan 4y nk anta tadika dah boleh membaca sikit2.. tq
ReplyDeleteSama-sama.
Delete3 tahun dah boleh mula
Moga bermanafaat..
Terima kasih atas info yang sangat berguna.
ReplyDeleteSama-sama...
Deleteterbaikkkkk.tq sudi berkongsi
ReplyDeleteSama-sama
DeleteTerima kasih kembali kerana membaca.
Saya selalu putus asa bila mengajar anak kenal huruf n membaca...anak selalu cepat hilang tumpuan..ada x cara atau tips untuk itu..
ReplyDeleteCara paling senang untuk tarik perhatian gunakan alat mainan berbentuk tulisan. Jangan gunakan buku dahulu. Cuba kad huruf atau huruf plastik untuk menarik perhatian.
DeleteContoh:
Permulaan: Ajar hanya 2 huruf vokal, tunjuk pada anak berulang kali. Sampai dia boleh hafal.
Ambil kedua huruf tersebut dan tunjukkan pada anak secara serentak.
Sebut salah satu huruf dan minta anak pilih...Dia akan memilih nanti.
Tip masa mengajar si kecil.
JANGAN MARAH atau mengeluh kerana emosi negatif kita akan tersalur pada anak.
Banyakkan memuji anak dengan perkataan positif...contoh: setelah anak memilih huruf yang betul, katakan "pandainya anak mak"
Jika anak menjawab salah..katakan "Bagus, tapi kurang tepat. Ini huruf yang betulnye, pandai anak mak"
Semasa mengajar elakkan diri anda dalam keadaan letih dan resah. Banyakkan jadikan pengajaran menarik dan gembira.
Sila cuba dulu...moga bermanafaat. Sebelum mengajar ajak anak selawat dulu.
Terima Kasih
Tips yang sangat menarik
DeleteTerima kasih kerana membaca
Deletetrima ksih dpt info ni..bru lega ckit.
ReplyDeleteank umur 5thn tp xknal huruf..
yg jd mslh sy nk mrh & ptus asa,cikgu sllu ngadu ank cpt lupa,ank mls kat sklh..sbb xpndai la sy nk ank bljr & pndai b'gaul. Nti x kekok sgt drjh 1.
5 tahun masih muda lagi....elakkan memaksa anak belajar. Ketika umur ini teknik kad huruf berwarna dan huruf yang berbentuk lebih berkesan.
DeleteJika hendak mengunakan buku, gunakan buku yang ada gambar...contoh:
Huruf 'b' untuk gambar buku. Ulang selalu...
Seeloknya mulakan pengajaran dengan huruf VOKAL iaitu>>> a,e,i,o,u
Mulakan dengan huruf kecil dulu.
Selepas mahir VOKAL baru masuk konsonan....juga huruf kecil.
Bila dah mahir dengan huruf baru KV+KV.
Ajar dalam keadaan tenang dan ceria, seperti yang saya tekankan anda akan menyalurkan AURA positif pada anak. Baru mudah dia nak baca, cuba elakkan mengajar dalam keadaan stress...
Terima Kasih
good info. Saya sedang mencari tool terbaik untuk mengajar anak yang berusia 4 dan 3 tahun... Setakat ini mereka dah hafal number. ALphabet masih belum sempurna.
ReplyDelete----------------------------------
Jemput datang ke blog saya. ;-)
www.cintahealth.com
Ok...gunakan kaedah yang saya tunjukkan itu. Moga anak puan mudah menerima pembelajaran.
Deleteaskum....saya dh beli macam2 peralatan untuk anak saya belajar....sekarang ni certain huruf die kenal dan certain lagi lupa2 ingat...jika kita bagi pembayang sebagai contoh a=ayam, baru die tahu bentuk a...tp bila cakap a saja die dh blur....saya risau kerna anak saya sekarang berumur 6 tahun.....paling yg x best nyer a die blh lupa p huruf susah die kenal.....blh x bagi tip untuk saya bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ni.....tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam puan,
DeletePertama...puan kena banyak bersabar sebab tahap intelektual kanak-kanak berbeza yang mana kaedah mengajar juga berbeza.
Puan dah banyak berusaha namun masih belum berhasil?
Gunakan langkah yang saya ajarkan ini.
1- Kenalkan hurif vokal dahulu iaitu " a e i o u"
Selagi belum kuasai, ulang sampai dapat.
2- Mulakan dengan bahan fizikal dahulu seperti huruf 'a' berbentuk blok.
kemudian gunakan bahan bercetak, seeloknya berwarna.
3- Contoh huruf 'a' ajarkan berulang mengunakan bahan yang berbeza. Lihat jika dia dapat mencari persamaan.
Lakukan dalam keadaan tenang kerana anak dapat melihat reaksi kita.
4- Selepas mereka boleh kenali huruf 'a', terus lakukan latihan. Paling mudah gunakan kertas A4 kosong. Suruh anak buat semula bentuk yang dia belajar tadi.Gunakan kertas kosong sebab pemikiran mereka bebas untuk melakar sesuatu. Seeloknya gunakan pencil warna.
5- Puan kena lihat juga teknik kesesuaian pembelajaran anak.
-Visual---Belajar dengan cara melihat
-Audio---Belajar secara mendengar
-Kinetik---Belajar secara bergerak atau bermain
Bagi kebanyakan ibu mengunakan kaedah visual dan audio. Teknik ini sesuai jika anak boleh duduk diam sambil melihat dan mendengar ketika kita sedang mengajar.
Namun jika anak puan aktif bergerak, galakkan dia bermain sambil belajar.
Contohnya menyanyi lagu huruf vokal atau mengunakan papan putih untuk dia melakar sesuatu.
6- Paling penting Puan sangat fokus semasa mengajar, tolong tutup TV dan benda ganguan lain. Sesi pengajaran cukup sekadar setengah jam.
Lepas tu rehat atau sambung masa lain
Penting untuk pendekkan masa mengajar dan lebih kerap
Elakkan masa belajar lama dan jarang-jarang kerana anak akan hilang fokus.
Moga membantu
Thanks for sharing
ReplyDeleteThanks for sharing this good info.. Saya tinggal di labuan kemudahan untuk buku2 Dan teknik2 mengajar Anak membaca ni kurang.. Terima kasih atas info
ReplyDeleteAsSalam,
ReplyDeleteAnak sy berumur 5tahun dan ini tahun pertama die bersekolah tadika. Semalam sy balik kerja die menangis cakap tolong ajar die sbb die tak ingat ABC.
Allah je tau betapa sebaknya sy ketika itu. Sy tau die cuba tp mmg xbole nak ingat.She felt behind among the classmate. In Sya Allah, sy akan cube kaedah yg cikgu bagi ni.
Doakan sy berjaya :)
Blog bermanfaat
ReplyDelete