Pages

Tuesday, January 22, 2013

Kad Kredit...0 % Interest

Assalamualaikum...



Setelah lama tak menulis berkenaan kewangan...hari ni saya nak terangkan sikit berkenaan 0 % Interest. Yang mana mungkin kurang diketahui oleh seseorang walaupun dah 10 tahun pakai kad kredit. Perkhidmatan ini disediakan oleh semua bank yang menawarkan kad kredit cuma...haaaaa. Disinilah anda kena nilai kad kredit mana yang terbaik menawarkan perkhidmatan ini.

Syarat utama adalah Bank mana yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara meluas. Maksudnya kad bank tu tawarkan sistem ni di banyak tempat. Kalau kedai kecil, mereka hanya menawarkan 0% beberapa jenis kad sahaja, contohnya hanya kad Bank A,B dan C sahaja yang diorang terima bagi perkhidmatan ini. Manakala Bank X,Y dan Z tidak tersenarai. Jadi jika anda mengunakan kad kredit bank Z maka tak berpeluang nak mengunakan kad tersebut. Kalau nak beli juga, kena % yang tinggi macam along tulah....15% keatas.

Bank apa yang best bab 0% nih....Tiada jawapan yang tepat sebab tak sama setiap kedai. Tapi ini pendapat peribadi aku..

1. MAYBANK
2. CITIBANK
3. AMBANK

Selalunya 3 bank ni senang dijumpai dimana2 kedai yang menawarkan 0%, Tapi tidak semestinya semua kedai ada...kadang tu 3 bank diatas takde, bank lain ada plak. Bank lain pun best juga sebab ada beberapa kelebihan yang tiada pada bank diatas...cuma kena kaji sendiri. Kalau aku 'promote' mana yang terbaik pun bukan BANK nak beri komisyen...huuummmm.

Cuma jika anda pembeli barang elektrik di Seng Heng atau Sen Q, masalah nih takde sangat. Sebabnya kedai besar macam ni terima hampir semua jenis bank yang buat 0%...Hampir semua. Malahan jika anda penguna RHB, ada lebih kemudahan bila membeli belah di Sen Q/Seng Heng, contohnya 'istalment' yang lebih lama, kalau tak silap sesetengah barang sampai 36 bulan...hohoho. Lama weeehh.

Jika anda membeli Pasaraya besar macam Aeon dan Giant pun takde masalah...semua benda boleh 'swipe'. 'Swipe' ni kaedah lama, orang lama tahulah...yang baru pakai 4,5 tahun kad kredit mungkin tak pernah dengar....hahahahaha.

CAJ
Setiap bank dan kedai mengenakan caj yang berbeza mengikut tempoh dan jumlah pembelian...itu kena tanya kedai. Setahu aku sekitar RM40 -RM90. Kalau sampai RM100++ tu dah kira mengarut, kedai nak ambil untung ler tuuuuuu...
Bincang baik2...dengan pihak penjual. Gunakan keseksian atau kejantanan korang supaya boleh dapat murah caj dia...hahahaha. Selamat Berjaya. Jangan buat OK...ada orang muntah kat kedai nanti.

Kredit saya RM5000, saya dah guna kad tu RM4500.
Boleh lagi tak nak guna 0% isntalment untuk barang harga RM400...kan berbaki lagi tuh...
JAWAPANNYA: Selalunya tak boleh Beb...sebab korang kena ada baki yang lebih untuk cukup syarat 0%. Setahu aku dulu. kalau limit kad RM3000, kena ada kosong RM1000. Baru boleh buat 0%, sebab untuk mengelakkan risiko kewangan. Kalu tak boleh 0%, tapi nak juga beli barang tu macam mana. Gunalah cara biasa...tapi caj macam biasa jugalah...mahalllll....looooor.
Itu dulu....kalau nak maklumat terbaru sila 'call' customer service untuk maklumat lebih tepat.

Syarat lain...harga barang tersebut.
Sebagai contoh bank hanya membenarkan isntalment untuk pembelian barang sekurang2 RM1000.
Kalau beli barang RM999, masih belum cukup syarat. Maka tak boleh beli guna 0%...
Sangat jarang bank tawarkan RM500 untuk buat 0%, selalunya RM1000 keatas, ada bank tu sampai RM1500 baru boleh buat 0%. Jadi pandai2 pilih kad yang berkenan dihati.

0% kadang-kala ada promosi juga...itu kena cakna dengan perkembangan semasa. Aku sendiri lama dah tak guna 0%. Kad ni asyik guna beli tiket 'flight' dan Hotel jer...semua tu takde 0%.
Last aku guna pun masa beli kat Seng Heng...itupun 2 tahun lepas.

Itu jelah maklumat yang aku nak kongsi...seperti biasa, mungkin maklumat aku kurang tepat dan tidak mengikut peredaran semasa. Kalau korang nak maklumat tepat gileeerrr...sila hubungi Bank yang berdekatan. Ini cuma perkongsian dan pendapat peribadi, malah 3 bank yang aku cadang tupun takde kaitan dengan kehidupan semasa aku...
Skang aku cuma pakai sekeping kad RHB sebagai kredit...malas nak banyak2. Sakit kepala nanti kalau hutang keliling pinggang.
Kepada orang muda...selamatkan diri anda daripada hutang, bangkrap - lambatlah kawin korang nanti.

Nasihat aku....kalau korang baru kerja dan gaji best gilerrr. Pakailah kereta yang instalment bawah RM700, sebab apa2 terjadi pada karier korang nanti. Sempat lagi minta tolong keluarga atau kerja buruh. Kalau instalment kereta sampai RM1400, dahlah baru kerja....masaklah korang nati.

Ok...Gudbai.

Salam Perjuangan....Peace Yoep.


7 comments:

  1. ambe blum pakai lagi kereto.... jadi ambe nak minta pandangan YB utk suggest kereta yang sesuai dengan keje ambe sebagai cikgu yang baru masuk tahun ke 2 berkhidmat... hidup goodland community...hahaha

    ReplyDelete
  2. Ini siapa...mengetahui peribadi ambe sebegitu ruper.
    Kalau nak penjimatan tahap SERIUS sangat....Beli
    KERETA SORONG
    Faktor utama LOW MAINTENANCE dan tidak tertakluk harga minyak.

    Ok...Serius.

    Kereta yang terbaik untuk seorang Cikgu adalah kategori SEDAN atau kereta buntut panjang tu.
    Sebab:
    1- Ruang barang yang luas
    2- Barang dapat masuk banyak dalam bonet.
    3- Senang bawa murid pergi 'camping' sebab boleh banyak isi barang.
    4- Senang untuk perjalanan jauh...huhuhu.

    Itu jer sebabnya....RUANG.

    Kalo pakai Myvi...alamat susah skitlah nak isi barang terutama kepada sesiapa yang selalu 'travel'.

    Kalo duduk GOODLAND...Apakah kereta yang sesuai?
    1- Lokasi: Betong jauh dari pusat servis utama kereta...yang paling dekat adalah Sri Aman dan Sarikei.
    Maka pilihan yang ada cuma Toyota, Proton dan Produa.
    Kereta zaman sekarang terlalu banyak elektronik jadi memerlukan pemeriksaan pakar.

    2- Harga: Jika gaji dan elaun anda sekitar RM3000.00. Belilah kereta yang rendah harganya dan berkualiti...Pilihan PROTON dan Perodua. Sebab utama
    i: Bayar Toyota Vios RM1000 sebulan, Proton Preve RM700 sebulan dan Perodua Ezi RM600 sebulan..ini cuma jangkaan mungkin lebih, mungkin kurang.
    ii: Duit lebih boleh beri kat makbapak atau simpan jer dalam Public Mutual, Tabung haji atau beli emas.....terbaik kalo sedekah banyak2 kat murid miskin. Bayangkan U beli Proton yang mana jimat RM300 sebulan berbanding Vios. RM300 tu buat simpan dalam Tabung Haji selama setahun...simpanan anda dah jadi RM3600 setahun. Katakan Tabung Haji beri 5% untung pelaburan..iaitu RM180.
    Tambah RM3600+180= rm3780....Cuba kira dalam 9 tahun U bayar loan kereta...berapa dah tuh....hahahahaha. Untung menyimpan nih.

    3- Kualiti: Inilah perbahasan yang paling hebat antara pakar2 perbahasan kereta. Sudah pasti Toyota is the Winner. Tapi Perodua dan Proton pun masih boleh dibanggakan. Jika anda peminat tegar kualiti..belilah TOYOTA tuh...Jika anda boleh bertolak ansur sedikit dengan kualiti beli jer PREVE atau Myvi.
    Bab kualiti ni aku nak cerita skit...aku pakai Proton Waja 1.6 tahun 2000. Kira dah usia 13 tahun. Kereta tu masih sihat tanpa memerlukan maintenance yang gila2. boleh dipandu sejuah mana pun sebab setiap tahun pasti ada perjalanan Pahang ke Kelantan...selama 7 jam. Jadi jangan nak 'sembang' bab maintenance kereta waja dengan aku...kata kereta tu ada macam2 masalah.

    4- Corak pemanduan: Kalo kamu jenis bawa ganas dan laju serta melipat setajam mungkin.
    VOTE FOR PREVE....Takde dah kereta murah yang boleh melayan selekoh sehebat PREVE. Kalo Vios...sendiri fahamlah, malas aku nak komen takut peminat tegar marah...sebab VIOS VOTE FOR QUALITY...Hohoho. Orang cakap...aku tak tahu apapun. Myvi...maaf. Kalo aku komen lebih bini aku marah...sebab kereta kami pergi sekolah untuk mencari rezeki yang halal.
    Kereta tu.......kalo layan selekoh. Ferrari pun terkejut.

    Ok...aku malas nak tulis dah...ada lagi beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Nanti kalo rajin aku tulis berkaitan perkara nih dalam 'post' terbaru. Aku bukan pakar kereta jadi kalau nak cerita lebih...sila 'google' kereta mana paling best...
    Tapi kalo menilai dari sudut kewangan dan kereta komen aku boleh dijadikan rujukan.

    P/S: Kalo nak jimat lagi PROTON SAGA dan VIVA wajib menjadi pilihan....

    ReplyDelete
  3. Bagus sungguh penulis blog ni ye..detail:)

    ReplyDelete
  4. salam nk tanya pasal 0% interest ni..
    kalu saya nk beli henpon harga 2400 kat sengheng, guna kredit card yg 0% interest punya. bayar dlm 24 bulan mcm tu..
    so mmg akan bayar 100 per month kan sbb 0%..
    tp soalannya, sya kan hutang bank RM2400, so kalu saya just bayar bulanan rm100 je, yg lebih tu, akan kene apa2 interest tak? huhu, harap beri penjelasan. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Pertama, saya mohon maaf jika jawapan saya kurang sesuai dengan situasi semasa sebab dah 7 tahun meninggalkan dunia perbankan. Artikel yang ditulis tu dah lama dan mungkin tak sesuai dengan situasi semasa 2014. Tulis berdasarkan pengalaman sahaja.

      Bila kita beli barang 2400 dalam tempoh 24 bulan maka jumlah yang kita bayar RM100 sahaja kerana 0% interest....tambah caj pengurusan. Ya, ada tambahan caj pengurusan. Ianya patut diterangkan oleh jurujual tu. Berapa jumlah caj pengurusan bergantung pada bank.

      Maka:
      RM100 + Caj Pengurusan = ?

      Maklumat terbaru saya tak tahu pula....dulu semurah RM60.

      Namun 0% hanya boleh dibuat jika baki anda ada lebihan yang banyak berbanding 'limit' kad. Maklumat lebih tepat kena hubungi bank kad kredit anda.

      Jika kurang jelas sila komen semula...

      TQ

      Delete
    2. ok thanks utk info.. akan check dgn bank pasni..thanks

      Delete
  5. salam..sy nak tnya..sy ad buat epp maybank 12bln ni masuk bln ke 5..disebabkan maslah ksihatan sy ambil mc y panjang dan pndapatan agak kurg..ape jadi kalau sy lewat bayar dr due date epp.. :( tks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...