Pages

Saturday, January 15, 2011

Taman Tamadun Islam - Terengganu

Salam Sejahtera

Kali ini saya akan ulas sedikit berkenaan Taman Tamadun Islam.
Taman ni terletak berhampiran Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Kedudukannya di tepi muara sungai dan pinggiran bandar Kuala Terengganu.

Maklumat Taman Tamadun Islam (TTI)

Harga tiket cuma rm15, rm2 baucher cenderahati, rm3 baucher makan. Jadi tiket harga cuma rm10 jer. Tempat ni boleh dikatakan menarik kerana mempunyai banyak monumen berkaitan masjid dan bangunan lain dari negara islam. Negara bukan islam pun mempunyai monumen seperti Masjid Kul Sharif yang terletak di Rusia dan Masjid Xian di China.
Masjid Xian yang terletak di China.

Masjid Kul Sharif

Tempat ini boleh dikatakan besar bagi yang cepat lengoh lutut namun bagi aku ok jer sebab kami tengah seronok tangkap gambar. Monumen lain juga amat menarik terutama bangunan yang boleh dikatakan unik dan belum pernah dilihat. Ada beberapa bangunan yang amat menarik perhatian terutamanya dari Afrika. Walaupun teknologi pembinaan mereka agak ketinggalan berbanding Timur Tengah, namun keunikannya menarik minat mata yang memandang.

Masjid besar Agadez, Nigeria

Kalyan Minaret

Kubu Aleppo Citadel


Inilah sebahagian dari Taman Tamadun Islam, Terengganu. Masih banyak monumen yang tidak diterbitkan, namun akan dikemaskini dari masa ke semasa. Kami baru pergi tempat ni pada bulan 12 yang lepas kira masih segar dalam ingatan. Dalam tempat ni ada disediakan tandas yang bersih, cafe, surau dan beberapa kemudahan lain.
Moga kami dapat lagi mengunjungi lagi tempat ini bagi mendapatkan maklumat lengkap berkenaan setiap monumen. Kami datang masa musim tengkujuh, jadi pada hari tu hujan renyai kadang-kadang. Maka berkejar-kejaran dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ini saja catatan untuk kali ni...
Ada beberapa lagi bangunan yang akan diterbitkan...tunggu.

Ok selamat beramal...sedekah jangan dilupa.


Thursday, January 13, 2011

Sedikit info Muzium Terengganu

Salam Sejahtera

 Sedikit info berkenaan Muzium Negeri Terengganu...

Muzium ni adalah terbesar di Asia Tenggara.
Saiznya boleh mengalahkan Midvalley Megamall.
Takde dah maklumat sebab tajuk pun sedikit info kan kan kan.

Takpelah, tambah sikit
Muzium ni kalau nak lawat dalam masa 3 jam kena jogging ler.
Memang besar...sebab gambar atas hanya bangunan utama.
Ada juga kapal kayu, bangunan kecil dan pondok yang sememangnya kecil.
Ada juga disediakan tram atau mcm keretapi untuk bersiar-siar. Cuma kalau boleh adakan sewa basikal.

Sedikit je info loorr...
Gambar sikit-sikit je sebab info pun sikit.
Tapi sape nak pegi Terengganu boleh tanya serba sedikit kat blog saya.
Saya bukan orang Terengganu tapi setahun paling kurang 3 kali lalu kat Terengganu.

Itu je untuk maklumat hari ni.
Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...