Assalamualaikum...
Bermula episod pertama perjalanan suci...penulisan aku macam biasa cuma lebih sopan gitew.
Aku pergi umrah dengan mengikuti pakej RAYHAR TRAVEL. Syarikat ni aku boleh rekemen ler sebab servis dia memang memuaskan dan bertangungjawab. Kalau ada masalah skit bila berurusan dengan syarikat ni kira anggap duggan untuk menunaikan umrah...adalah skit kekeliruan masa proses perundingan tapi takpe sebab aku penyabar orangnya. Kepada rakan semua, pilihlah syarikat ni sebab masa kat Mekah nanti boleh dapat Hotel dekat sikit dengan Masjidil Haram, kalau syarikat yang menawarkan harga lebih murah takut hotel jauh skit. Sape dah pergi UMRAH tau ler maksud aku nih....(aku tak dibayar untuk puji syarikat ni).
Ok, cerita bermula. Sapa yang tak biasa naik penerbangan antarabangsa kat KLIA sila baca betul2. Bila korang sampai ke KLIA sila cari agen umrah anda dan hantar beg besar dulu. Kemudian tunggu arahan, bila diaorang dah panggil bolehlah pergi ke bahagian pelepasan. Mula lalu polis kemudian Imigresen dan seterusnya cari komuter(keretapi) dia dan naik. Aku mula dulu keliru juga sebab tak tahu kena naik komuter untuk sampai ke kawasan pelepasan. Bila dah sampai ke kawasan pelepasan, sila cari 'gate' yang tertera pada tiket. Kat situ ada surau dan tandas jadi takde masalah.
Satu aku nak ingatkan, sila tanda beg 'Luggage' anda samaada jahit nama dengan kain lain, ikat reben warna, buat tag nama dan ikat atau sebagainya. Sebab bila masa ambil beg kat Jeddah nanti memang sesak dan amat sukar nak cari beg kita. Ini kerana setiap Agen Umrah akan membekalkan kita beg yang sama, jadi kalau nak senang kenalpasti maka perlu dibuat 'tanda'. KLIA mudah sebab teratur, kat sana kena SABAR. Memang berebut nak cepat..hihihi.
Kami menaiki Saudi Airlines, kira oklah. Tapi makanan dia ala arab dan agak kurang sesuai dengan citarasa Malaysia. Aku suka nasi arab SABA kat Cyberjaya tuh, tapi yang dalam flight ni agak kurang skit.
Sebenarnya tak boleh ambill gambar, tak macam Air Asia. Tapi aku tak tahu, lepas ada orang duduk depan kena tegur. OFF ler kamera.
Perjalanan sekitar 9 jam...paling lama aku duduk dalam flight, sebelum ni paling lama pun 3 jam jer. Bila sampai bermulalah episod anda perlu banyak bersabar. Turun flight jer kena bersabar dah...hahahaha.
UJIAN
Turun jer flight ada orang menjerit "Malaysia, hajj hajj hajj naik bas" orang yang menjerit tu adalah Pak Arab. Intonasi agak kasar dan ada beberapa orang Malaysia duk sok sek sok sek..Aku dalam hati "sabar". Bila sampai anda kena tunggu dulu kat bilik menunggu sebelum pergi ke kaunter Imigresen. Bila dah 'check' pasport beratur lagi dan melalui Imigeren lagi dan pada masa tuh sila pegang pasport anda untuk 'check' lagi.
Banyak 'lagi' sebab proses agak cerewet dan muka depa memang tak senyum...korang senyum jer. 'Malaysian People' kat berkhemah tinggi.
Setel Imigresen sila ambil beg...bila dah ambil beg lalu Polis plak, tapi sekadar lalu jer.
Lepas tu tunggu arahan Agen Umrah, wakil depa dah tunggu kat King Aziz Airport...ikut setiap arahan takut tertinggal. Kami berehatlah kejap, kemudian kena berjalan kaki mencari bas yang terletak agak jauh...sebabnya kat sini basnya banyak dari Puduraya lagi. Dari pangkal sampai ke hujung memang tak nampak orang dah...bas beratur sangat panjang. Cuaca memang dah terasa...panas kering.
Bila jumpa bas, naik terus cari port yang sesuai dengan anda. Masa kami naik bas adalah Mutawif memperkenalkan diri dan mengedarkan makanan. Masa tu tak silap aku pukul 3 pagi di Jeddah. Kami terus bertolak ke Madinah. Perjalanan sekitar 6 jam kalau tak silap...(kalau aku silap tolong betulkan sebab dah lupa). Tapi dari Jeddah ke Mekah cuma 1 jam.
Kami berhenti untuk sembahyang subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
Ini saja kisah sebelum sampai ke Madinah. Jadi aku akan sambung cerita kat Madinah plak nanti. Tapi mungkin tulis lepas rayalah sebab lusa sudah mahu balik Kampung. Jadi tak boleh menulis untuk tempoh seminggu.
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya
Aku kerja kat Sarawak.....kampung di Pahang.
Naik flight lagi ler...kitew
Moga tulisan ini memberi manfaat kepada semua...
Akhir kata....Minta Maaf Andai tulisan saya menguris hati sesiapa.
Assalamualaikum dan selamat beramal...

Makanan dalam Flight |

Bilik menunggu |
Cari bas |
Bila jumpa bas, naik terus cari port yang sesuai dengan anda. Masa kami naik bas adalah Mutawif memperkenalkan diri dan mengedarkan makanan. Masa tu tak silap aku pukul 3 pagi di Jeddah. Kami terus bertolak ke Madinah. Perjalanan sekitar 6 jam kalau tak silap...(kalau aku silap tolong betulkan sebab dah lupa). Tapi dari Jeddah ke Mekah cuma 1 jam.
Kami berhenti untuk sembahyang subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
Masjid masa sembahyang subuh...masa ni dah rasa air dia suam. |
Bas kami naik |
Stesyen minyak |
Makan roti arab cicah dhal dan kambing |
Padang pasir jer |