Pages

Sunday, October 20, 2013

Suku Kaum di Sarawak....Mesra

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita lain sikit, berkenaan kaum di Sarawak.

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang mana komposisi kaum yang terbesar adalah Iban, dikuti Cina, Melayu dan lain-lain. Ya, dulu kita selalu belajar berkaitan suku kaum peribumi di Sarawak dan Sabah namun bagaimana rupa mereka, tubuh dan budaya. Kalau dulu-dulu sering kita dimomokkan dengan budaya masyarakat peribumi ini hanya tinggal di rumah panjang dan berada di pedalaman. Mereka pula bertatu dan nampak garang.

Betul ker?

Salah Tu...Sebab realitinya kaum peribumi di Sarawak sama maju dengan kaum lain. Malah saya selalu dengar cerita penanam lada hitam berbangsa Iban boleh beli Toyota Hilux 'CASH' walaupun mereka duduk jauh di pedalaman. Haaaa...korang yang duduk kerja dalam 'aircond' kat pejabat bertingket-tingket kat KL tu boleh buat gitu. Ini kerana depa tak nak berhutang, sekali jual lada hitam boleh dapat 5 angka tau. Bukan semua yang kaya macam tu, segelintir sahaja namun memang ramai yang mempunyai pendapatan 5-6 angka setahun. Itu belum hasil lain seperti sawit dan getah. Mereka ni memang terkenal sebab menpunyai tanah yang luas dan rajin. Saya pernah melakukan perjalanan pukul 3 pagi di Sarawak dan mengejutkan...ada dah orang berjalan sambil bawa bakul untuk ke kebun.

Ini senarai kaum di Sarawak:

1- Iban
2- Cina
3- Melayu
4- Melanau
5- Bidayuh
6- Murut
7- Kayan
8- Kenyah
9- Penan
10- Punan
11- Kelabit
12- Kajang
13- Kejaman
14- Ukit
15- Lun Bawang
16- Lun Dayeh
17- Berawan
18- Bisaya
19- Kedayan
20- Memaloh
21- Longkiput 
22- Baketan 
23- Tidal 
24- Saban 
25- Miriek

Sumber: Wikipedia

Mungkin ada beberapa kaum yang saya tertinggal. Ini cuma perkongsian maklumat untuk sesiapa yang tak pernah sampai Sarawak. Banyak perkara yang perlu anda rasai sendiri berkaitan Sarawak, terlalu banyak perbezaan budaya, makanan dan cara pertuturan yang perlu anda tahu.

Jika berkesempatan boleh melancong ke Sarawak...tiket pun dah murah. Saya cadangkan anda boleh ke Kuching, ini kerana lebih banyak tempat pelancongan untuk diterokai. Jika nak ke kawasan pedalaman sikit boleh sewa kereta dan pandu ke Sri Aman. Perjalanan kira-kira 3 jam sahaja. Sri Aman adalah sebuah bandar kecil namun lengkap dengan semua kemudahan. Sepanjang perjalanan dari Kuching ke Sri Aman anda akan lebih memahami sosio budaya masyarakat luar bandar. Kat Sri Aman bakal ada Hotel baru yang bertaraf 3 bintang, 3 OK.

Nanti saya akan cerita pelancongan di Sarawak...selalunya Blog akan cerita berkenaan Kuching sahaja. Namun saya akan kupas tempat pelancongan meliputi semua daerah dalam Sarawak. Ya, maklumat yang lebih detail berkenaan Sarawak.
Satu perkara yang perlu anda tahu...Orang Sarawak lebih bertoleransi sesama kaum dan sangat mesra. Anda pernah dengar pergaduhan antara kaum ke kat Sarawak...TAKDEKAN.
Mereka mudah senyum dan sangat mesra bila kita bertanya sesuatu...Kalo tak caya bila anda 'drive' kereta dan tanya arah jalan...lihat bagaimana cara mereka jawab.

OK...itulah sikit maklumat berkenaan Sarawak. Nanti tulis lagi.




p/s:Saya adalah orang Semenanjung yang telah beberapa tahun bekerja Sarawak. Pengalaman saya telah meneroka semua negeri di Malaysia...dari Kangar, Perlis hingga ke Tawau, Sabah.



Kamera Yang Sesuai Untuk Melancong

Assalamualaikum

Ada kawan memberikan soalan.
Apakah jenis kamera yang paling sesuai semasa melancong?

Jawapannya...
Kamera paling kecil dan gambar paling cantik. Ini kerana kamera kecil senang dibawa dalam kocek atau handbag. Lagipun ianya tidak menarik perhatian orang tempatan.
Orang tempatan ni ada yang baik...namun ada yang akan ambil kesempatan, jadi eloklah bersederhana sahaja. 
Aspek kualiti gambar juga penting, kalo gambar kelabu nanti malu plak nak upload...heeemmmm.

Nak bawa DSLR pun boleh jika anda mengunakan di tempat yang kurang sesak. Jika group melancong anda ramai, kamera besar tong pun boleh guna.

Situasi kamera kecil jika anda melancong bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Ini sebagai langkah keselamatan sebab kamera besar akan menarik perhatian ramai orang. Namun bagi fotoghrapher tegar ianya tidak menjadi masalah.

Bawalah kamera apapun...namun sentiasa berhati2 dalam perjalanan.
p/s: Petua saya bawa 2 kamera. Kecil untuk dalam kawasan bandar atau sesak. Besar untuk tangkap gambar pemandangan....

Tuesday, June 11, 2013

5 SEBAB PAKEJ MELANCONG BERBEZA

Assalamualaikum...


Bila jalan2 kat luar negara, antara soalan yang akan ditanyakan adalah...

Berapa pakej yang awak bayar?
Lepas tu buat perbandingan dengan pakej kita pula. Kalau kita lebih murah...banggalah. Tapi kalau kita lebih mahal mula mengeluh.
(situasi ni segelintir orang jer)
 Jadi mulalah bercerita kat rakan serombongan kita dah kena 'charge' lebih...hihihi.

Relaks...brader.
Semua ni ada sebab tersendiri...apa yang penting kita enjoy.

Ok ini jawapannya...

1- Sebab utama adalah kos penerbangan...sebab setiap syarikat berbeza. Kalau naik MAS sudah tentu berbeza dengan AIRASIA. Makluman semua...kalau duduk di Johor boleh guna Tiger Airways jika hendak ke Ho Chi Minh. Malah mungkin lebih jimat daripada AIRASIA. Tapi jika saya pakai AIRASIA dia pun sama tapi kenapa saya punya mahal....Alaaaaa...sebab dia dapat tiket murah, anda mahal sikit. Kira rezeki dia murah Bangggggg...

2- Kelas hotel tempat anda tidur. Jika pihak agensi guna hotel mahal, maka kos akan meningkat.  Selalunya kami tidur di SaigonPink 2 Hotel yang mana boleh dikatakan sederhana harganya. Jika anda duduk di Hotel sekitarnya yang lebih 'class' mungkin lebih mahal pakej anda nanti. Banyak hotel yang murah sekitar tu...tengok je kat internet. Saya mesti pilih.

3- Pakej makanan yang disediakan. Kalau nak makan sedap kena bayar mahal sikit. Untuk makluman makanan halal di Vietnam agak mahal. Nasi Goreng biasa mencecah RM10. Ada satu kedai tu, nasi goreng ayam RM21....rasa sedap Malaysia punye lagi. Jadi kalau nak murah...boleh minta kat pakej tu makan bihun goreng sepanjang pakej anda disana.

4- Pakej ronda sekitar Ho Chi Minh, itu bergantung jenis kenderaan dan berapa tempat anda nak pergi. Biasanya tempat lawatan paling jauh sudah tentu Sungai Mekong. Selalunya pakej lawatan lebih kurang sama jer, kalau setakat Ho Chi Minh, tempat lawatan tak banyak. Shopping jer lebih...

5- Jumlah rombongan anda, jika semakin besar rombongan anda maka kos dapat dikurangkan. Ini kerana kos kenderaan dapat dikongsi beramai-ramai. 


Rasanya itu sahaja perkongsian daripada saya... Moga bermanafaat. Jadi jika pakej anda lebih mahal daripada orang lain...redha ajelah.

Sebenarnya ada cara untuk anda melancong secara PERCUMA. Cuma kena usaha sikit, mana ada benda percuma yang dapat senang-senangkan.

Bye Bye Bai...

Tuesday, April 16, 2013

7 Tips Teksi Di Ho Chi Minh, Vietnam

Assalamualaikum...


Hari ni kongsi tips pelancongan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Jika anda ingin melancong ke Vietnam tanpa mengunakan agensi pelancongan, maka pengunaan teksi tidak dapat dielakkan. Teksi di Ho Chi Minh senang didapati, malah lebih mudah daripada Kuala Lumpur. Ho Chi Minh adalah bandar yang sesak dan mempunyai lanskap yang agak sama antara  satu-satu jalan.

Tips mengunakan teksi di Ho Chi Minh:

1. Pilih jenama 'Vinasun' sahaja, kalau  nak guna jenama 'Minh' pun boleh. Cuma pengalaman aku memang guna Vinasun sahaja. Banyak blog yag menulis berkenaan teksi yang menipu di Ho Chi Minh, termasuklah dikenakan caj US50 untuk perjalanan 5 minit. Jadi tambah sikit ilmu anda untuk mengelakkan ditipu. Teksi disini mengunakan meter, tapi biasalah minta lebih...kita pula pelancong, takut ler.

2. Sediakan duit kecil semasa hendak membayar. Selalunya mereka tidak mempunyai duit kecil atau belakon takde duit kecil. Kami memang tak pernah dapat semula duit baki semasa di Ho Chi Minh, jadi kalau naik teksi memang bersedia. Baki sikit-sikit tu halal jelah. Kalau anda hanya ada 100k Dong camne nak bayar. Haaa....pandai-pandailah.

3. Bahasa memang masalah besar kepada pemandu teksi di Ho Chi Minh. Jadi untuk mengatasinya anda perlu meminta bantuan orang hotel untuk menulis alamat tempat yang korang nak pergi. Selalunya orang hotel boleh cakap inggeris sikit-sikit, macam aku jugalah. Anda hanya perlu tunjuk alamat dan akan dibawa ke tempat yang dituju.

4. Jika anda tak pandai cakap inggeris dengan baik dan orang hotel pun ting-tong bab bahasa. Maka anda digalakkan donload gambar tempat yang hendak dituju. Tunjukkan pada orang hotel dan minta mereka tulis alamat tempat tu. Kadang dalam hotel ada internet jadi tunjukkan jer tempat tu, aku guna teknik ni masa nak pergi masjid di jalan Dong Du', Ho Chi Minh. Senang je sampai...

5. Cuba elakkan melancong pada lewat malam sebab kita tak tahu negara orang. Ho Chi Minh boleh dikatakan bandar yang selamat cuma kita sebagai pelancong kena berhati-hati. Malam ni banyak sikit setan jadi cuba berada sekitar hotel sahaja dan elakkan mengunakan teksi....kalau ketagih sangat nak shopping, sambung esok jer. Malam-malam gi tido.

6. Walaupun anda kaki berborak dan sangat mesra rakyat. Kalau anda cuba berborak dengan pemandu teksi, anda akan kecewa sebab mereka tak faham apa yang anda bebelkan. Malahan mereka agak kurang mesra dengan pelancong yang dibawa. Saya pernah cuba berkomunikasi dengan pemandu teksi namun mereka hanya angguk jer...Last aku pun diam.

7. Sila simpan namecard hotel tempat anda menginap sebab bila nak balik nanti susah plak. Ini sangat penting sebab jika anda sebut nama hotel, ianya berbeza bunyi sebutan dengan bahasa vietnam. Pening anda nanti, nak balik jalan kaki lagi masak...Jika anda tinggal di sekitar Ben Thanh Market senang sikit sebab guna jer nama Ben Thanh Market, teksi boleh hantar ke situ. Cuma jika anda duduk jauh daripada Ben Thanh Market...susah sikit.

Ok...sikit tips teksi di Ho Chi Minh, Vietnam.

Tuesday, April 9, 2013

7 Petua Jimat Kos Melancong

Assalamualaikum...


Siapa nak pergi Melancong?
Mahal tak kos kalau pergi berdua aje?
Dimanakah tempat menarik nak pergi...saya tak pandei?
Makanan halal macam mana pulak? Sesat nanti nangis berlagulah kami.
Kalau kena negara tak faham cakap omputih..masak aku.

Macam mana nak selesai masalah ni?

Jawapan:
Guna Travel Agent...Sonang skit.
Tapi mahal sikitkan...

Nak pergi melancong dengan kos yang rendah?
Ini caranya: 7 cara Nak Jimat Kos Melancong.

1-Kaji dulu kos nak pergi melancong, cuba rajinkan 'search' kat AIRASIA bila tiket murah.
2- Pastikan anda dapat cuti pada tarikh tu...kami sendiri dah beberapa kali 'burn' tiket sebab beli awal dan pada tarikh tu tak boleh guna.
3- Cari maklumat kat website lonelyplanet.com atau tripadvisor.com untuk mendapat maklumat dan petua.
4- Tengok juga peraturan negara kena ada VISA lawatan atau cuma guna pasport sahaja.
5- Baca blog orang kita yang tulis dalam bahasa melayu, sebabnya kebanyakan tempat menarik telah dilawati oleh pengembara moden nih.
6- Komen dalam blog tersebut untuk mendapat maklumat lanjut.

7- ini yang HEBAT skali...tanya jer dalam nih...kami sedia membantu anda dengan jawapan yang terbaik.
Cuma tertakluk kepada negara berikut sahaja:

1- Semenanjung Malaysia.
2- Sabah dan Sarawak.
3. Brunei
4. Ho Chi Minh, Vietnam
5- Surabaya, Indonesia
6- Padang, Indonesia
7- Mekah dan madinah, kepada sesiapa yang nak menunaikan umrah.
8- Korea( tak pernah pergi lagi....hihihi)

Kat dalam tu ada pelbagai maklumat yang sangat baik...inilah cara kami 'explore' vietnam sendiri. Itulah sikit petua untuk kemudahan anda. Kalau kami tak dapat jawab...anda 'google ajelah.

Ok bai bai

Monday, April 8, 2013

RM17.00.......Mahalnya Pakcik

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita sikit bab pengangkutan awam.
Selama ni aku duk dengar orang komplen pasal penggangkutan awam yang mahal dan kurang efisyen. Memang dan biasa dengan benda ni dari kecil lagi cuma hari ni jer yang sentap sikit.

Kronologi caj teksi:

Aku tanya seorang pakcik tu berapa harga teksi daripada Kuching Airport ke Kuching Sentral.

Pakcik Teksi: RM 17.00.
Aku: Boleh bagi diskaun tak, RM 10.00 sebab jarak dia dekat jer...pun.
Pakcik Teksi: Tak dapat lorrr...memang itu harga dia, OKlah...RM15.
Aku: Alaaaa....dekat jer...bolehlah RM10.
Pakcik Teksi: U  cuba tanya kaunter dalam memang RM17.00...

Aku pun pergi masuk semula kat kaunter teksi.

Aku: Kak, berapa harga ke Kuching Sentral.
Kakak Cantik: RM17.00 dik.
Aku: Alaaa...dekat jer kan.
Kakak Cantik: Tak dapat sebab ikut ZON.
Aku: OK ...terima kasih kak( berjalan dengan muka kecewa)

Aku pun berjalan longlai melalui Mc Don menuju ke tandas untuk membasuh muka yang tak mandi pagi lagi. Lepas tu...tekad dah...jalan kaki.
Berjalanlah dengan penuh wibawa ke Kuching Sentral menyusuri tepian jalan raya...masa tu aku sorang jer yang berjalan. Memang selama ni laluan tu takde orang lalu walaupun jalan besar.

dan

dan

dan

Kira-kira 15 jer dah sampai...taklah jauh sangat aku jalan nih. Kalau bayar teksi nak RM17.00.

Jarak cuma 1.3 KILOMETER.
Kalau berjalan dengan semangat membara memang tak terasa...cuma jangan bawa beg besar.

Ok...itulah pengalaman kali pertama jalan kaki keluar dari Airport. Tak pernah buat dek orang, tapi sebab nak jimatkan duit buat jugalah.

Dahlah malam tadi tidur kat surau Airport...tido atas simen plak tu. Sakit badan sampai sekarang nih.
Ini semua MALINDOAIR punya pasal.

Nanti aku cerita bab pengalaman pertama kali naik Malindoair....Best ada, nak gigit telinga kambing pun ada.

Selamat Solat Asar...

Bye

Saturday, April 6, 2013

5 kaedah HEBAT ajar membaca

Assalamualaikum...

Nama Blog ni Guru...tapi tak pernah cerita pasal pendidikan.
Artikel pertama pasal Cikgu dan Kanak-kanak riang.



                 ANAK LAMBAT MEMBACA? 5 TEKNIK HEBAT UNTUK IBUBAPA

Anak lemah dalam pembacaan?
Ajar berulang kali, 5 minit lupa?
Tak fokus semasa pembelajaran?
Asyik main jer, bila nak pandai?

Keluhan ibu bapa berkenaan anak-anak yang gagal menguasai abjad pada umur 4 tahun. Kalau dilihat pada beberapa dekad yang lalu anak-anak yang biasa dapat menguasai abjad pada umur 7 dan 8 tahun. Namun kini 4 tahun pun dah menjerit maknya jika anak masih belum mengenal abjad. Mulalah resah tak tentu pasal sampai beli bermacam alat bantu mengajar yang baik namun kurang berkesan sebab tak pandai nak guna. Lepas tu hantar anak kat tadika mahal-mahal agar cikgu boleh tolong ajar, semua itu melibatkan WANG. Apa jalan penyelesaiannya, di sini saya nak kongsi teknik HEBAT kepada anda semua bagaimana nak ajar anak membaca seawal 4 tahun. Sangat hebat sehingga anda pun rasa nak jadi cikgu kat sekolah tu.

1.                              Mulakan dengan abjad kecil
Kalau nak ajar anak, jangan terus perkataan atau sukukata. ‘blank’ terus otak budak tu sebab mereka perlu diajar secara berperingkat. Satu lagi abjad kecil selalu digunakan dalam pembacaan dan cara penulisan pun lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Cuba anda baca suratkhabar, banyak huruf kecilkan. Bila asyik ulang tengok bentuk yang sama ini akan menajamkan dan mengekalkan ingatan anak anda.

2.       Mulakan dengan hurul vokal dahulu. Sebab huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Ada banyak cara sebenarnya cuma yang paling popular nyanyikan huruf vokal tu. Mak pun kena ‘sporting’, nyanyi sama-sama dan kalau boleh biar jiran sebelah rumah dengar sambil nyanyi sama. Gabungan huruf konsonan juga lebih mudah jika dah menguasai huruf vokal. Bentuk huruf vokal juga lebih mudah dari sudut visual anak anda, jadi lepas mereka mengenal huruf itu, terus ajar mereka tulis.

3.       Gunakan huruf berwarna. Budak kecil asyik tengok hitam putih pun jemu juga. Mereka sukakan sesuatu yang menarik dan boleh dibezakan. Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengigati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna akan menarik minat anak. Cuba anda beli aiskrim yang ada warna hitam putih dan warna pelanggi. Yang mana satu pilihan anak anda. Pelikkan? Tapi itulah realiti seorang budak kecil.

4.       Ulang bacaan. Banyakkan ulangan bila mula membaca, ini kerana anak kecil sukar untuk mengigatkan sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Masalah utama, ibubapa adalah sikap mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak. Jadi jika nak anak pandai, teruskan berusaha sampai dah berbuih mulut asyik ulang benda yang sama.

5.       Gunakan kaedah nyanyian. Dalam internet banyak lagu yang berkaitan ejaan dan bacaan. Anda muat turun dan nyanyi bersama anak-anak. Apa nak dimalukan jika hanya menyanyi dalam rumah. Zaman kita dulu lagu ‘GABAN’ dalam bahasa Jepun pun boleh ingat, begitu juga anak kita boleh hafal ayat UPIN DAN IPIN  “betul betul betul”. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan kalau ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata anda untuk menarik minat mereka.

Itu sahaja serba sedikit petua untuk para ibubapa mengetahui teknik HEBAT mengajar anak kecil membaca. Biarpun Nampak mudah namun sering tidak diendahkan oleh masyarakat dan menyebabkan anak kecil terus ‘stress’ bila sesi belajar. Jadikan pembelajaran tersebut seronok dan cuba menarik minat mereka agar meminati bidang bacaan. Sedikit perkongsian info. 

Tuesday, January 22, 2013

Kad Kredit...0 % Interest

Assalamualaikum...



Setelah lama tak menulis berkenaan kewangan...hari ni saya nak terangkan sikit berkenaan 0 % Interest. Yang mana mungkin kurang diketahui oleh seseorang walaupun dah 10 tahun pakai kad kredit. Perkhidmatan ini disediakan oleh semua bank yang menawarkan kad kredit cuma...haaaaa. Disinilah anda kena nilai kad kredit mana yang terbaik menawarkan perkhidmatan ini.

Syarat utama adalah Bank mana yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara meluas. Maksudnya kad bank tu tawarkan sistem ni di banyak tempat. Kalau kedai kecil, mereka hanya menawarkan 0% beberapa jenis kad sahaja, contohnya hanya kad Bank A,B dan C sahaja yang diorang terima bagi perkhidmatan ini. Manakala Bank X,Y dan Z tidak tersenarai. Jadi jika anda mengunakan kad kredit bank Z maka tak berpeluang nak mengunakan kad tersebut. Kalau nak beli juga, kena % yang tinggi macam along tulah....15% keatas.

Bank apa yang best bab 0% nih....Tiada jawapan yang tepat sebab tak sama setiap kedai. Tapi ini pendapat peribadi aku..

1. MAYBANK
2. CITIBANK
3. AMBANK

Selalunya 3 bank ni senang dijumpai dimana2 kedai yang menawarkan 0%, Tapi tidak semestinya semua kedai ada...kadang tu 3 bank diatas takde, bank lain ada plak. Bank lain pun best juga sebab ada beberapa kelebihan yang tiada pada bank diatas...cuma kena kaji sendiri. Kalau aku 'promote' mana yang terbaik pun bukan BANK nak beri komisyen...huuummmm.

Cuma jika anda pembeli barang elektrik di Seng Heng atau Sen Q, masalah nih takde sangat. Sebabnya kedai besar macam ni terima hampir semua jenis bank yang buat 0%...Hampir semua. Malahan jika anda penguna RHB, ada lebih kemudahan bila membeli belah di Sen Q/Seng Heng, contohnya 'istalment' yang lebih lama, kalau tak silap sesetengah barang sampai 36 bulan...hohoho. Lama weeehh.

Jika anda membeli Pasaraya besar macam Aeon dan Giant pun takde masalah...semua benda boleh 'swipe'. 'Swipe' ni kaedah lama, orang lama tahulah...yang baru pakai 4,5 tahun kad kredit mungkin tak pernah dengar....hahahahaha.

CAJ
Setiap bank dan kedai mengenakan caj yang berbeza mengikut tempoh dan jumlah pembelian...itu kena tanya kedai. Setahu aku sekitar RM40 -RM90. Kalau sampai RM100++ tu dah kira mengarut, kedai nak ambil untung ler tuuuuuu...
Bincang baik2...dengan pihak penjual. Gunakan keseksian atau kejantanan korang supaya boleh dapat murah caj dia...hahahaha. Selamat Berjaya. Jangan buat OK...ada orang muntah kat kedai nanti.

Kredit saya RM5000, saya dah guna kad tu RM4500.
Boleh lagi tak nak guna 0% isntalment untuk barang harga RM400...kan berbaki lagi tuh...
JAWAPANNYA: Selalunya tak boleh Beb...sebab korang kena ada baki yang lebih untuk cukup syarat 0%. Setahu aku dulu. kalau limit kad RM3000, kena ada kosong RM1000. Baru boleh buat 0%, sebab untuk mengelakkan risiko kewangan. Kalu tak boleh 0%, tapi nak juga beli barang tu macam mana. Gunalah cara biasa...tapi caj macam biasa jugalah...mahalllll....looooor.
Itu dulu....kalau nak maklumat terbaru sila 'call' customer service untuk maklumat lebih tepat.

Syarat lain...harga barang tersebut.
Sebagai contoh bank hanya membenarkan isntalment untuk pembelian barang sekurang2 RM1000.
Kalau beli barang RM999, masih belum cukup syarat. Maka tak boleh beli guna 0%...
Sangat jarang bank tawarkan RM500 untuk buat 0%, selalunya RM1000 keatas, ada bank tu sampai RM1500 baru boleh buat 0%. Jadi pandai2 pilih kad yang berkenan dihati.

0% kadang-kala ada promosi juga...itu kena cakna dengan perkembangan semasa. Aku sendiri lama dah tak guna 0%. Kad ni asyik guna beli tiket 'flight' dan Hotel jer...semua tu takde 0%.
Last aku guna pun masa beli kat Seng Heng...itupun 2 tahun lepas.

Itu jelah maklumat yang aku nak kongsi...seperti biasa, mungkin maklumat aku kurang tepat dan tidak mengikut peredaran semasa. Kalau korang nak maklumat tepat gileeerrr...sila hubungi Bank yang berdekatan. Ini cuma perkongsian dan pendapat peribadi, malah 3 bank yang aku cadang tupun takde kaitan dengan kehidupan semasa aku...
Skang aku cuma pakai sekeping kad RHB sebagai kredit...malas nak banyak2. Sakit kepala nanti kalau hutang keliling pinggang.
Kepada orang muda...selamatkan diri anda daripada hutang, bangkrap - lambatlah kawin korang nanti.

Nasihat aku....kalau korang baru kerja dan gaji best gilerrr. Pakailah kereta yang instalment bawah RM700, sebab apa2 terjadi pada karier korang nanti. Sempat lagi minta tolong keluarga atau kerja buruh. Kalau instalment kereta sampai RM1400, dahlah baru kerja....masaklah korang nati.

Ok...Gudbai.

Salam Perjuangan....Peace Yoep.


Wednesday, January 16, 2013

Pakej Penuh vs Pakej 'Ground Price'

Assalamualaikum...

Pening nak memilih jenis pakej yang harus diambil...
Sedikit panduan untuk anda.

PAKEJ PENUH vs PAKEJ GROUND PRICE

Saya akan ambil contoh perjalanan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Pakej Penuh
Naik flght kat LCCT/KLIA...Selalunya travel agent akan urus anda semua kat sini. Cuma tetap kena beratur untuk masuk barang dan sebagainya. Cuma ada orang boleh membantu dan dijadikan rujukan. Kepada yang 'first time' naik flight, pilihan ini perlu dibuat.

Turun flight kat Ho Chi Minh, ada Travel Agent yang jemput dan membawa anda ke hotel.
Anda akan ditunjukkan tempat menarik sekitar hotel.
Pakej meronda telah disediakan mengikut jadual.
Bila pulang Travel Agent akan uruskan sehingga naik flight semula. Mudahkan semua orang uruskan.

Kelebihannya...
Boleh tempah pakej 'last minit'....
Sangat sesuai bagi orang yang 'fist time' naik flght.

Kelemahan
Pakej mahal sebab tiket flight dibeli 'last minit'.



Ground Pakej
Anda kena 'check in' sendiri kat LCCT/KLIA.(situasi ini sangat mencabar kepada yang kali pertama naik 'flight'.
Naik flight dan turun kat Ho Chi Minh

Turun flight kat Ho Chi Minh, ada Travel Agent yang jemput dan membawa anda ke hotel.
Anda akan ditunjukkan tempat menarik sekitar hotel.
Pakej meronda telah disediakan mengikut jadual.
Bila pulang Travel Agent akan uruskan sehingga naik flight semula. Mudahkan semua orang uruskan juga....cuma kat LCCT jer kena urus sendiri.

Kelebihan
Harga murah.
hampir sama dengan pakej penuh...kalau anda jenis ringan mulut boleh jer 'survive' kat LCCT/KLIA. Ini utk sesiapa yang 'first time'.

kelemahan
Kena beli tiket awal, jika saudara anda ada kenduri...'burn' tiket ler jawabnya.
Pakej Ground boleh dibeli 'last minute', apa yang penting beli tiket flight masa murah.
Perancangan awal sangat diperlukan untuk mengelakkan kerugian.

Ok tu jer...seba sedikit maklumat.
Ada soalan sila komen atau pm jer..

Sunday, January 13, 2013

Umrah...Perjalanan Pulang

Assalamualaikum...

Tambahan Maklumat...

Kami bertolak pulang pada hari terakhir...memang sebak beb. Walaupun masa ni teringat kat Malaysia namun pengalaman masa kat Mekah tetap melekat nian di hati...haaaaa.

Tak ingat pukul berapa tapi malam dah...kami makan malam dulu, masa ni Rayhar buat taklimat macam mana nak buat Tawaf Wida'...kira tawaf perpisahanlah. Aku buat dengan bini dan saudara yang lain, kira kami mula selepas sembahyang Insyak. Lepas siap semua naik bilik jap untuk ambil beg. Lepas tawaf wida' tak boleh baring2 lagi tau, kalau tak kena 'dam' nanti sebab dah siap tawaf. Lepas naik bas tunggu sambil selawat. Dipendekkan cerita selepas tunggu lama pasal tunggu jemaah lain maka naiklah drebar bas, mutawif dan wakil Rayhar memberikan kata akhir.

Tiba-tiba...bas pun jalan. Cerita menarik bermula pada ketika itu.

Wakil Rayhar tu nak turun kat hotel sebenarnya, sebab dia sekadar beri talimat jer. Tapi driver tu tutup pintu  dan terus jalan. Kelam-kabut beb masa tu, mutawif dok suruh driver berenti bas pasal Ustaz tu nak turun, maka sesi pertelingkahan mulut pun berlangsung....selepas lebih sekilometer. Bas berenti, muka Ustaz tu dah cuak gile. Inilah sikap sesetengah orang Arab yang anda kena bersabar, memang keras kepala. Memang banyak cabaran lain sebenarnya tapi biarlah kami simpan dalam hati. Turunlah ustaz tu dalam jarak yang agak jauh untuk dia jalan kaki balik ke Hotel, kalau kita yang kena macam mana. Dahlah bahasa arab tak tahu...huhuhu.
Kami pun dah rasa semacam...macam perjalanan pulang ni ada banyak cabaran lagi...
Telahan aku betulll...

Lepas ustaz tu turun, perjalanan diteruskan. Mutawif plak nak turun di pertengahan jalan, selepas dapat call dari sape2 tah. Dia berkeras nak turun, lawan mulut lagi dengan driver...kali ni lebih dramatik, siap main tolak2 lagi. Huuuu...nak gaduh ker nih, aku plak duduk baris kedua. Memang jelas kejadian tu depan mata. Bini aku memang dah cuak, apa nak jadilah. Bila keadaan tegang, driver berhenti kat satu hentian. Mutawif turun.....dan.....kami meneruskan perjalanan ke Airport tanpa mutawif. Sangat berisiko sebenarnya, sebab masalah komunikasi dengan driver. Jem...otak aku. Serah pada Allah jer.

Perjalanan mengambil masa 1 jam...bila dekat nak sampai. Bas berenti lagi, ada wakil Rayhar naik dan minta dokumen senarai nama jemaah untuk masuk ke Airport, sini Airport sangat tegas. Orang yang nak naik Kapal terbang jer boleh masuk...jangan memain. Senarai tu takde kat driver pak arab, kecoh lagi. Mungkin ada pada mutawif  yang turun tadi. Lepas kecoh untuk beberapa minit, seorang jemaah hulur kertas, rupanya mutawif tadi dah beri kat pakcik depan aku...Perrrgghhh. Selamat.

Turun bas kena ambil troli sebab beg banyak...pergi ambil troli kat stor dia. Bukan ada merata macam kat Malaysia. Satu troli...3 Riyal. Kena bayar...Malaysia Free aje.
Tak tahulah duit tu pergi mana sebab takde resit....sesi menunggu pun bermula. Masa check in memang ramai orang...letih. Lepas selesai masuk beg dan lepas Imigresen...kami pun nak sembahyang Subuh. Apa yang menarik kat 'Boarding Area' tak jumpa plak surau, jadi Jemaah pun sembahyanglah merata2 jer. Ambil air sembahyang kat tandas. Selesai sembahyang kena beratur...Hanya satu kaunter keselamatan dibuka. jadi beratur panjanglah kami.

Selepas tu kami tunggu Kapal Terbang beramai2, Bila dipanggil masuk...kami antara terawal yang masuk flight dan pramugari tu kata 'free seat'. Satu benda yang amat menyeronokkan sebab takyah duduk ikut no tiket. Aku duduk sebelah Datin ler...boleh buat muhasabah diri skit. sebab masa kat Madinah dan Mekah duduk bilik lain. Masa nak balik ni kenalah kenang balik ibadah yang kami lakukan...masa ni berguguranlah air mata...
Apa yang aku perhatikan sikap manusia mula kembali ke asal. Malaslah nak cerita.
Sendiri akan alami nanti...

Itu jerlah.

Selamat Beramal

Sunday, January 6, 2013

Umrah...Mekah

Assalamualaikum...

Kita mulakan dengan menonton video lagi.


Ok...sambung kisah sebelum ni lagi.


Penipuan...
Aku telah didatangi sebanyak 2 kali oleh warganegara dari Asia Selatan. Mereka memberi salam dan menceritakan kesusahan untuk pulang kenegara asal. Isi utama drama ni adalah mereka takde duit nak pulang ke negara asal. Tindakan korang boleh tak layan jer atau buat tak faham bahasa inggeris. Kalau kesian sangat beri jer sikit duit, janji korang ikhlas...boleh juga dapat pahala. Dia betul ker tipu ker itu urusan dia dengan Allah. Cuma nasihat aku janganlah korang beria2 sangat nak tolong...berkadaranlah.
Penipuan lain aku tak tahu plak...tapi memang ada orang pesan berhati2 walaupun kita semua berada ditanah suci. Sebabnya, ada orang yang datang ke Mekah untuk beribadat, ada yang berniaga dan ada yang datang sekadar melancong...ada hadis yang menyentuh bab nih. Tanya ustaz korang deh, bab hadis ni ambe tak pandai.


Makan..
Rayhar punya servis makanan boleh dikira OK lah...kalau nak sedap lagi makan jer kat rumah. Ini tanah arab, jadi kalau kurang kena dengan selera tu adatlahkan. Masakan yang disediakan ala Malaysia cuma rasa macam kat Asrama masa sekolah skitlah. Aku meluat juga dengar orang komplen makan tak sedap macam Malaysia sebab kena faham kekangan yang mereka hadapi. Sape nak makan sedap sila meronda sekitar Safwah Complex atau sekitar hotel kot ada makanan arab yang kena dengan selera anda.
Cuma dalam Safwah tu ada kedai makan Felda....Haaaaa...Felda menuju Global. Adalah makanan ala Malaysia kat situ, rasa biasalah kurang skit berbanding Malaysia. Dalam Safwah ni ada pelbagai jenis gerai, korang pilih jer nak makan citarasa apa. Cuma nasi Arab sila cari kat tempat lain sebab kat atas tu kurang best.
Aku ada pergi satu kedai biasa kat belakang Farmasi, nasi arab situ oklah, tapi tokey dia ambil order macam Ganster...garang gila. Bini aku terkedu nak order minum apa pasal kena sergah. Bila lambat order dia naik suara plak...aku pun terkedu sama. Melopong kami berdua. Last, aku order jer teh utk 2 orang. Kali kedua aku datang, apa lagi keluarlah sikit hantu aku, sebelum sampai kedai aku dah ambil order daripada bini aku. Sampai kaunter jer, aku naik suara terus...hahaha. Baru dia low notes sikit. Memang layanan kurang baik, tapi kedai dia jer yang nasi arab sedap sekitar hotel kami menginap. Jadi redah jer.
Belakang Farmasi tu ada Nasi Arab Best
Tapi tokey dia...Garang gila.

Bayar dulu kemudian tunggu, mereka pantas bekerja.

Kaunter makanan

Nasi Arab...boleh makan untuk 3 orang.

Ini kambing plak

Air jus buahyang pekat...nasihat aku jangan order.
Takut korang mengumpat plak

Menarik susunan dia


Melancong
Kami dibawa melawat beberapa tempat yang menarik. Bab ni memang aku suka sebab boleh belajar sejarah, cuma aku tak tulis secara detail sejarah takut orang yang membaca bosan.
Mula pergi ke Jabal Nur dulu untuk melihat gua Hira', cuma kami tak panjat bukit nak masuk gua Hira' sebab takde masa. Kami cuma lihat bukit dia jer.

Belakang unta tu Jabal Nur
Kemudian Jabal Rahmah plak. Tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa setelah 400 tahun terpisah selepas turun kebumi. Dikatakan Nabi adam diturunkan di India, manakala Hawa diturunkan di Riyard, Arab Saudi. Kat bukit inilah ramai orang buat perkara khurafat berkaitan cinta. Ada ke patut selit gambar 'couples' kat celah batu agar dirahmati tuhan...adoiii.

Pandangan bawah

Ramai orang lepak atas
Kami bawah jer
Mina dan Arafah
Masa ni pusing2 atas bas jer, tempat ni digunakan untuk melengkapkan rukun haji, untuk umrah takde. Punyalah banyak khemah, sayup mata memandang. Malahan kami boleh lihat dari jauh Jamrah untuk melontar batu. Memang tinggi dan kawasan khemahnya pula sangat luas, luas dan luas. Kalau penuh manusia masa musim haji, tak boleh dibayangkan kesesakan yang berlaku.

Dinding masih digulung, masa musim haji jer ianya dibuka.

Ini sebahagian kecil jer
Belakang bukit tu ada lagi


Tempat terakhir yang aku nak cerita...
Ladang unta
Korang minumlah air susu unta tu...enak dan berkrim. Isteri aku tak selera sebab ciri2 kebersihan diragui, aku plak memang hentam jer janji dapat minum susu segar...Susu ni memang belum disteril. Jadi memang berisiko skit nak minum. Kalau nak lebih selamat untuk diminum, sila beli di pasaraya. Bau unta tu korang boleh hilang selera makan...tapi aku tengok orang lain layan jer susu tu. Tukang perah susu pula memang terbaik...hehehe.

Tukang perah...guna tangan jer.
Emmm...enaknya.

Ini jer untanya, tapi baik peel.

Mak dan anak
Itu jer story untuk lawatan kami, ada beberapa tempat lagi cuma tak sempat ambil gambar + lupa. Kalau anda pergi sendiri bolehlah cuba susu tu...lemak berkrim.


Umrah Sunat
Ini adalah tempat bermiqat paling hampir dengan Masjidil Haram...Masjid Tana'im. Kalau sesapa nak buat umrah sunat kena berniat disini dulu. Selalunya agensi akan bawa kesini untuk berniat, jika anda nak buat umrah sunat sebanyak mungkin, paling senang naik teksi. Cuma mahal sikit, kalau nak van sapu murah cuma vannya agak daif disamping pemandu yang ganas. Nasihat aku kalau perempuan berhati-hati. Jangan buat Lone Ranger jer naik van nanti kena marah. Pernah beberapa kes dulu yang diceritakan oleh orang lama. Wanita Malaysia dibawa lari bila naik van. Jadi untuk keselamatan, suami naik van dulu, baru isteri atau warga pompuan. Bila turun, mesti pompuan dulu baru lelaki.
Anda boleh bermiqat di tiga masjid berhampiran:

1- Masjid Taneem - Paling hampir, kalau naik teksi atau van sapu. Mereka bawa anda kesini.
2- Masjid Jaranah - Dekat dengan Mina dan Arafah
3- Masjid hudubiah - Masjid paling old School

Lepas niat baru boleh tawaf dan anda telah terikat dengan pantang larang dia.

Taneem
Teksi yang boleh disewa

Hudaibiah
Maaf tak sempat ambil gambar Jaranah sebab tak turun bas, masa tu tumit kaki sakit jadi tak buat umrah sunat. Saya banyak buat umrah sunat guna van sapu jer...seelok jalan berkumpulan dan ramai lelaki. Tapi kalau anda datang suami isteri, peranan suami amat penting.


Membeli dan Terus Blah
Shopping adalah terapi yang baik terutama untuk kaum perempuan.
Kompleks shopping terdekat adalah SAFWAH. Kat sini semua benda ada, sampai PS3 pun dijual kat sini, malahan harga lebih murah beberapa ratus berbanding Malaysia. Brang memang mahal sikit berbanding kedai tepi jalan tapi kualiti boleh dipercayai. Kami sempat bile sejadah dan batu Akid kat sini. Bini aku plak borong minyak wangi, tu pasal dia wangi sampai hari ni sebab banyak sangat beli. Kalau nak beli batu kat sini Akid, Zamrud atau batu apapun, semuanya dikira dalam gram, harganya pun...pergghh mahal juga terutama Zamrud. Ada zamrud gred 1 tu harga dia 1 ribu riyal untuk segram rasanya. Mak'ai, mahal dari emas lagi.
Kedai emas dia takde armguard, selamat sebab undang2 Hudud. Tapi kualiti emas yang dijual kurang berbanding Malaysia.
Safwah Complex
Depan Masjidil Haram
Sape yang nak beli barang murah skit, boleh beli di bazar sekitar hotel. Harga boleh bincang.
Ok, untuk selingan itu sahaj yang nak aku tulis. Aku pun dah banyak benda lupa.
Kalau ada penambahan atau pembetulan, sila komen.


Sekian Terima Kasih.
Selamat beramal.


Saturday, January 5, 2013

Tips Ronda

Assalamualaikum...

Mulai tahun baru nih saya nak buat Post pendek berkenaan Tips ketika melancong.
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dengan budaya sesuatu tempat dan apa yang dilarang.

Sebagai permulaan:

Seeloknya jika memakai barang kemas, kurangkan ketika melancong walaupun ke Mekah.
Ini kerana perhiasan yang terlampau akan menarik penjenayah.
Bukan kat Malaysia jer ada peragut...luar negara pun banyak.
Jadi berhati-hati.
Lagi baik tinggal jer semua kat rumah...kalau anda kena ragut kat Malaysia boleh lagi repot polis. Kalau luar negara berlagulah...dahlah depa tak faham bahasa kita...lagi meraung.

Sekian..

Umrah....Mekah Satu Perjalanan

Assalamualaikum...

MEKAH....Bumi Suci

Kali ini cerita pasal Mekah...begitu banyak cerita namun aku cuma selit berkaitan maklumat tempat dan perjalanan sahaja. Bab lain tu biarlah simpan dalam hati jer...Hihihi.
Perjalanan ke Mekah mengambil masa banyak jam, 8 jam kot...aku lupa dah. Tapi perjalanan seeloknya diisi dengan puji-pujian pada allah dan membaca Al-Quran. Pergi Umrah kan...takkan nak borak kosong jer...Nasihat jer jangan marah. Sebab utama perjalanan anda akan menempuhi padang pasir dan bukit berbatu. Sikit2 jer pokok dan rumah tinggalan yang akan korang jumpa...Maka normal bagi kita rakyat Malaysia yang berhutan tropika dan penduduk padat akan berasa bosan. Kalau taknak beribadat, eloklah tido jer. Kalau nak layan orang lain ada yang positif ada yang negatif. Yang tak berkenan tu negatif ler...KOMPLEN jer.

Ok...Kami menginap di Hotel Saraya Ajyad. Hotel ni tahap 2 bintang tempat kita...fasiliti asas cukup dah cuma katil tu kalau ambil pakej 4 orang sebilik maka sempitlah sikit. Jangan pentingkan diri masa nih dan hormati rakan sebilik anda. Nasib baik aku dapat rakan sebilik yang baik. 2 orang cikgu dan sorang jual insurans. Paling penting depa bukan perokok...Beb kalau korang dapat sebilik dengan perokok tegar yang merokok dalam bilik aircond. Apa perasaan? Sebab Kota Mekah adalah kawasan larangan merokok tapi nak jumpa penjual rokok haram tu ada jer. Berkabus...

Suasana dalam Hotel

Depan hotel kami ada Aiskrim
Masjidil Haram terletak sebelah kiri hotel. Kat sini ramai penjual aiskrim, dengan cuaca sangat panas maka aiskrim kat sini sedap sangat. Rumusan juga telah aku buat ramai jemaah sakit tekak atau batuk sebab minum air sejuk dan kuat makan aiskrim, dengan izin Allah. itu teori aku jer. Teori doktor mungkin lain plak.

Kita cerita pasal Masjid plak...
Daripada hotel ke Masjid cuma 10 minit jer jalan kaki. Pintu masuk kami adalah no 1. Tolong ingat kita masuk pintu mana sebab masjid ni besar, berlaku kesesatan adalah perkara biasa dimana jemaah lupa masuk pintu mana sebab sekeliling masjid ni ada hotel, yang mana ianya boleh mengelirukan.
Oleh sebab kami dah berniat di Bir Ali, maka terus buat umrah sambil mengikut mutawif. Jangan bimbang kalau tak tahu sebab mutawif akan membawa anda membuat umrah wajib dulu...hok sunat tu kena buat sendirilah.
Peringatan...masa buat kali pertama ikut mutawif rapat2 sebab masa pusing kaabah tu orang terlalu ramai dan bermacam2 perangai. Sebab tu kalau anda pergi umrah atau haji, anda akan diberi stiker untuk dijahit atau tag nama untuk mengelakkan sesat. Selalunya kalau perempuan jahit kat atas kepala telekung untuk memudahkan sesi pengenalpastian.Masa tawaf ni macam2 COBAAN, Dilanggar perkara biasa. Kalau tiba2 rasa besi langgar betis kita daripada belakang maksudnya tukang tolak wichair tu ganas. Kalau bawa keluarga, jalan biar rapat. Kalau suami isteri, suami pegang telekung isteri agar tak terpisah. Kalau anda bodybuilder pun kat sana, anda kecil jer. Kena dengan orang eropah dan pak Arab, tu dia. Bawah ketiak dia jer. Paling kesian, kaum wanita kita...kiut2 jer lalu bawah geng Pak Arab nih. Orang Malaysia sopan santun maka agak mencabar nak survive, warga India dan Pakistan kecil juga tapi mereka hebat. Setakat badan macam Malik Noor tu diorang menyelit jer...semua orang kena tolak.


Ini contoh Rayhar punya
Selepas tawaf 7 kali, kita akan dibawa ke Saie plak....haaaa. Masa nilah aku dan keluarga hampir terpisah dengan kumpulan besar. Tengok kat depan depa dah keluar dari tawaf dan menuju ke tempat saei, kami sikit lagi nak habis. Sudah...
Apabila kami tamat tawaf, kumpulan besar dah sayup mata memandang...maka sesi kejar menhejar pun berlangsung. Masa tu aku lead kat depan, pakai ikut kata hati jer sebab jejak kumpulan besar dah lenyap (mcm novel plak tulis). Lari anak juga kami.....Akhirnya jumpa.
Mulalah rukun seterusnya Saei...iaitu berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Ulang alik 7 kali.
Satu masjid ada Tong Air Zam Zam

Saei tingkat bawah

Bukit Safa
Masa dalam masjid ada banyak tong air Zam zam. jadi bab minum jangan bimbang. Depa pagar bukit safa sebab ada orang suka memanjat dan itu membahayakan orang lain. Namun apabila sampai bukit Marwah, ada sikit lagi batu untuk dipijak. Depa simen blaka untuk keselesaan jemaah. Jadi bentuk asal batu kat bukit tu dah lain. Lepas tamat Saei baru rukun last skali. Tahlul, iaitu memeotong sikit bulu masa kat Bukit Marwah. Haaaaa...bulu paling lebat kat ner. RAMBUT ok.
Tolong bawa gunting kecil untuk itu, kalau tak bawa kena pinjam kat entah sapa2. Kalau tak bawa juga ada tukang guntingkan...Helah disini. Kalau anda terima khidmat mereka, maka kena bayar beb. 1 riyal kalau tak silap, hanya untuk gunting sejemput rambut. Kalau korang tak bayar depa akan minta dengan cara kasar, siap tolak2 lagi. Jadi untuk kaum lelaki selepas habis saei, jangan biarkan rambut anda digunting oleh seseorang yang tiba2 datang nak berkhidmat. Takut anda tak setuju dengan harga nanti. Depa ni, nampak orang habis jer terus datang nak gunting tanpa berkata sepatah pun. Jangan ingat semua orang dalam masjid tu baik, pencuri pun ada. Jaga2 alatan dan duit...

Kalau perempuan nak gunting macam mana yek...ambil gunting dan selak sikit kain telekung tu. Gunting jer. Bulu korang tu boleh buang dalam tong sampah yang disediakan. Disebabkan orang terlalu ramai, kadang2 tong sampah tu terhadang. Ada tongnya kat tepi dinding.Kalau botak macam mana plak, ambil gunting tu, buat2 macam mengunting kat kulit kepala....Cukup

Saei tingkat bawah selalunya ramai skit orang, kalau nak selesa sila saei tingkat 2. Memang takde orang. Aku pun selalu juga buat kat tingkat atas sebab kurang orang. Sape yang uzur atau kurang upaya kaki boleh mengunakan khidmat penolak wilchair atau pakai wilchair automatik. Sekali tak pasti plak berapa harga. Wilchair Automatik tu macam best, tapi aku kuat lagi maka tak cubalah. Yang aku tgk ramai warga tua yang guna, driver dia warga muda iaitu kaum keluarga ler.

Ini tempat Saei tingkat atas...takde orangkan.
 Rasanya dah habis cerita bab Ibadah Umrah.
Bab lawatan ke tempat bersejarah saya akan cerita lain kali...bab shopping juga saya akan cerita lain kali...bab manusia cuba menipu pun ada...Bab lain2, nanti cerita.
Kita layan gambar dulu.

Banguna lain tu semua hotel dan shopping Complex

Suasana subuh

Pintu utama masjid

Suhu waktu subuh...panas kering

Bhagian depan masjid.

Hotel terdekat..apa nama tah. Tapi mahalll

Kaabah

Tingkat 3, lelaki sahaja, beratap langit
Best juga kat sini

Pandangan dari tepi

Air zam zam
Suam dan Sejuk
Cuma nasihat aku banyak minum suam utk tekak

Jambatan tu menghala ke tempat saei tingkat 2

Laluan ke tempat sembahyang tingkat atas

Tepi waktu siang
Tak puas menatap gambar...
Kali ni special aku beri...Hak cipta terpelihara.
Ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...