Pages

Tuesday, January 22, 2013

Kad Kredit...0 % Interest

Assalamualaikum...



Setelah lama tak menulis berkenaan kewangan...hari ni saya nak terangkan sikit berkenaan 0 % Interest. Yang mana mungkin kurang diketahui oleh seseorang walaupun dah 10 tahun pakai kad kredit. Perkhidmatan ini disediakan oleh semua bank yang menawarkan kad kredit cuma...haaaaa. Disinilah anda kena nilai kad kredit mana yang terbaik menawarkan perkhidmatan ini.

Syarat utama adalah Bank mana yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara meluas. Maksudnya kad bank tu tawarkan sistem ni di banyak tempat. Kalau kedai kecil, mereka hanya menawarkan 0% beberapa jenis kad sahaja, contohnya hanya kad Bank A,B dan C sahaja yang diorang terima bagi perkhidmatan ini. Manakala Bank X,Y dan Z tidak tersenarai. Jadi jika anda mengunakan kad kredit bank Z maka tak berpeluang nak mengunakan kad tersebut. Kalau nak beli juga, kena % yang tinggi macam along tulah....15% keatas.

Bank apa yang best bab 0% nih....Tiada jawapan yang tepat sebab tak sama setiap kedai. Tapi ini pendapat peribadi aku..

1. MAYBANK
2. CITIBANK
3. AMBANK

Selalunya 3 bank ni senang dijumpai dimana2 kedai yang menawarkan 0%, Tapi tidak semestinya semua kedai ada...kadang tu 3 bank diatas takde, bank lain ada plak. Bank lain pun best juga sebab ada beberapa kelebihan yang tiada pada bank diatas...cuma kena kaji sendiri. Kalau aku 'promote' mana yang terbaik pun bukan BANK nak beri komisyen...huuummmm.

Cuma jika anda pembeli barang elektrik di Seng Heng atau Sen Q, masalah nih takde sangat. Sebabnya kedai besar macam ni terima hampir semua jenis bank yang buat 0%...Hampir semua. Malahan jika anda penguna RHB, ada lebih kemudahan bila membeli belah di Sen Q/Seng Heng, contohnya 'istalment' yang lebih lama, kalau tak silap sesetengah barang sampai 36 bulan...hohoho. Lama weeehh.

Jika anda membeli Pasaraya besar macam Aeon dan Giant pun takde masalah...semua benda boleh 'swipe'. 'Swipe' ni kaedah lama, orang lama tahulah...yang baru pakai 4,5 tahun kad kredit mungkin tak pernah dengar....hahahahaha.

CAJ
Setiap bank dan kedai mengenakan caj yang berbeza mengikut tempoh dan jumlah pembelian...itu kena tanya kedai. Setahu aku sekitar RM40 -RM90. Kalau sampai RM100++ tu dah kira mengarut, kedai nak ambil untung ler tuuuuuu...
Bincang baik2...dengan pihak penjual. Gunakan keseksian atau kejantanan korang supaya boleh dapat murah caj dia...hahahaha. Selamat Berjaya. Jangan buat OK...ada orang muntah kat kedai nanti.

Kredit saya RM5000, saya dah guna kad tu RM4500.
Boleh lagi tak nak guna 0% isntalment untuk barang harga RM400...kan berbaki lagi tuh...
JAWAPANNYA: Selalunya tak boleh Beb...sebab korang kena ada baki yang lebih untuk cukup syarat 0%. Setahu aku dulu. kalau limit kad RM3000, kena ada kosong RM1000. Baru boleh buat 0%, sebab untuk mengelakkan risiko kewangan. Kalu tak boleh 0%, tapi nak juga beli barang tu macam mana. Gunalah cara biasa...tapi caj macam biasa jugalah...mahalllll....looooor.
Itu dulu....kalau nak maklumat terbaru sila 'call' customer service untuk maklumat lebih tepat.

Syarat lain...harga barang tersebut.
Sebagai contoh bank hanya membenarkan isntalment untuk pembelian barang sekurang2 RM1000.
Kalau beli barang RM999, masih belum cukup syarat. Maka tak boleh beli guna 0%...
Sangat jarang bank tawarkan RM500 untuk buat 0%, selalunya RM1000 keatas, ada bank tu sampai RM1500 baru boleh buat 0%. Jadi pandai2 pilih kad yang berkenan dihati.

0% kadang-kala ada promosi juga...itu kena cakna dengan perkembangan semasa. Aku sendiri lama dah tak guna 0%. Kad ni asyik guna beli tiket 'flight' dan Hotel jer...semua tu takde 0%.
Last aku guna pun masa beli kat Seng Heng...itupun 2 tahun lepas.

Itu jelah maklumat yang aku nak kongsi...seperti biasa, mungkin maklumat aku kurang tepat dan tidak mengikut peredaran semasa. Kalau korang nak maklumat tepat gileeerrr...sila hubungi Bank yang berdekatan. Ini cuma perkongsian dan pendapat peribadi, malah 3 bank yang aku cadang tupun takde kaitan dengan kehidupan semasa aku...
Skang aku cuma pakai sekeping kad RHB sebagai kredit...malas nak banyak2. Sakit kepala nanti kalau hutang keliling pinggang.
Kepada orang muda...selamatkan diri anda daripada hutang, bangkrap - lambatlah kawin korang nanti.

Nasihat aku....kalau korang baru kerja dan gaji best gilerrr. Pakailah kereta yang instalment bawah RM700, sebab apa2 terjadi pada karier korang nanti. Sempat lagi minta tolong keluarga atau kerja buruh. Kalau instalment kereta sampai RM1400, dahlah baru kerja....masaklah korang nati.

Ok...Gudbai.

Salam Perjuangan....Peace Yoep.


Wednesday, January 16, 2013

Pakej Penuh vs Pakej 'Ground Price'

Assalamualaikum...

Pening nak memilih jenis pakej yang harus diambil...
Sedikit panduan untuk anda.

PAKEJ PENUH vs PAKEJ GROUND PRICE

Saya akan ambil contoh perjalanan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Pakej Penuh
Naik flght kat LCCT/KLIA...Selalunya travel agent akan urus anda semua kat sini. Cuma tetap kena beratur untuk masuk barang dan sebagainya. Cuma ada orang boleh membantu dan dijadikan rujukan. Kepada yang 'first time' naik flight, pilihan ini perlu dibuat.

Turun flight kat Ho Chi Minh, ada Travel Agent yang jemput dan membawa anda ke hotel.
Anda akan ditunjukkan tempat menarik sekitar hotel.
Pakej meronda telah disediakan mengikut jadual.
Bila pulang Travel Agent akan uruskan sehingga naik flight semula. Mudahkan semua orang uruskan.

Kelebihannya...
Boleh tempah pakej 'last minit'....
Sangat sesuai bagi orang yang 'fist time' naik flght.

Kelemahan
Pakej mahal sebab tiket flight dibeli 'last minit'.



Ground Pakej
Anda kena 'check in' sendiri kat LCCT/KLIA.(situasi ini sangat mencabar kepada yang kali pertama naik 'flight'.
Naik flight dan turun kat Ho Chi Minh

Turun flight kat Ho Chi Minh, ada Travel Agent yang jemput dan membawa anda ke hotel.
Anda akan ditunjukkan tempat menarik sekitar hotel.
Pakej meronda telah disediakan mengikut jadual.
Bila pulang Travel Agent akan uruskan sehingga naik flight semula. Mudahkan semua orang uruskan juga....cuma kat LCCT jer kena urus sendiri.

Kelebihan
Harga murah.
hampir sama dengan pakej penuh...kalau anda jenis ringan mulut boleh jer 'survive' kat LCCT/KLIA. Ini utk sesiapa yang 'first time'.

kelemahan
Kena beli tiket awal, jika saudara anda ada kenduri...'burn' tiket ler jawabnya.
Pakej Ground boleh dibeli 'last minute', apa yang penting beli tiket flight masa murah.
Perancangan awal sangat diperlukan untuk mengelakkan kerugian.

Ok tu jer...seba sedikit maklumat.
Ada soalan sila komen atau pm jer..

Sunday, January 13, 2013

Umrah...Perjalanan Pulang

Assalamualaikum...

Tambahan Maklumat...

Kami bertolak pulang pada hari terakhir...memang sebak beb. Walaupun masa ni teringat kat Malaysia namun pengalaman masa kat Mekah tetap melekat nian di hati...haaaaa.

Tak ingat pukul berapa tapi malam dah...kami makan malam dulu, masa ni Rayhar buat taklimat macam mana nak buat Tawaf Wida'...kira tawaf perpisahanlah. Aku buat dengan bini dan saudara yang lain, kira kami mula selepas sembahyang Insyak. Lepas siap semua naik bilik jap untuk ambil beg. Lepas tawaf wida' tak boleh baring2 lagi tau, kalau tak kena 'dam' nanti sebab dah siap tawaf. Lepas naik bas tunggu sambil selawat. Dipendekkan cerita selepas tunggu lama pasal tunggu jemaah lain maka naiklah drebar bas, mutawif dan wakil Rayhar memberikan kata akhir.

Tiba-tiba...bas pun jalan. Cerita menarik bermula pada ketika itu.

Wakil Rayhar tu nak turun kat hotel sebenarnya, sebab dia sekadar beri talimat jer. Tapi driver tu tutup pintu  dan terus jalan. Kelam-kabut beb masa tu, mutawif dok suruh driver berenti bas pasal Ustaz tu nak turun, maka sesi pertelingkahan mulut pun berlangsung....selepas lebih sekilometer. Bas berenti, muka Ustaz tu dah cuak gile. Inilah sikap sesetengah orang Arab yang anda kena bersabar, memang keras kepala. Memang banyak cabaran lain sebenarnya tapi biarlah kami simpan dalam hati. Turunlah ustaz tu dalam jarak yang agak jauh untuk dia jalan kaki balik ke Hotel, kalau kita yang kena macam mana. Dahlah bahasa arab tak tahu...huhuhu.
Kami pun dah rasa semacam...macam perjalanan pulang ni ada banyak cabaran lagi...
Telahan aku betulll...

Lepas ustaz tu turun, perjalanan diteruskan. Mutawif plak nak turun di pertengahan jalan, selepas dapat call dari sape2 tah. Dia berkeras nak turun, lawan mulut lagi dengan driver...kali ni lebih dramatik, siap main tolak2 lagi. Huuuu...nak gaduh ker nih, aku plak duduk baris kedua. Memang jelas kejadian tu depan mata. Bini aku memang dah cuak, apa nak jadilah. Bila keadaan tegang, driver berhenti kat satu hentian. Mutawif turun.....dan.....kami meneruskan perjalanan ke Airport tanpa mutawif. Sangat berisiko sebenarnya, sebab masalah komunikasi dengan driver. Jem...otak aku. Serah pada Allah jer.

Perjalanan mengambil masa 1 jam...bila dekat nak sampai. Bas berenti lagi, ada wakil Rayhar naik dan minta dokumen senarai nama jemaah untuk masuk ke Airport, sini Airport sangat tegas. Orang yang nak naik Kapal terbang jer boleh masuk...jangan memain. Senarai tu takde kat driver pak arab, kecoh lagi. Mungkin ada pada mutawif  yang turun tadi. Lepas kecoh untuk beberapa minit, seorang jemaah hulur kertas, rupanya mutawif tadi dah beri kat pakcik depan aku...Perrrgghhh. Selamat.

Turun bas kena ambil troli sebab beg banyak...pergi ambil troli kat stor dia. Bukan ada merata macam kat Malaysia. Satu troli...3 Riyal. Kena bayar...Malaysia Free aje.
Tak tahulah duit tu pergi mana sebab takde resit....sesi menunggu pun bermula. Masa check in memang ramai orang...letih. Lepas selesai masuk beg dan lepas Imigresen...kami pun nak sembahyang Subuh. Apa yang menarik kat 'Boarding Area' tak jumpa plak surau, jadi Jemaah pun sembahyanglah merata2 jer. Ambil air sembahyang kat tandas. Selesai sembahyang kena beratur...Hanya satu kaunter keselamatan dibuka. jadi beratur panjanglah kami.

Selepas tu kami tunggu Kapal Terbang beramai2, Bila dipanggil masuk...kami antara terawal yang masuk flight dan pramugari tu kata 'free seat'. Satu benda yang amat menyeronokkan sebab takyah duduk ikut no tiket. Aku duduk sebelah Datin ler...boleh buat muhasabah diri skit. sebab masa kat Madinah dan Mekah duduk bilik lain. Masa nak balik ni kenalah kenang balik ibadah yang kami lakukan...masa ni berguguranlah air mata...
Apa yang aku perhatikan sikap manusia mula kembali ke asal. Malaslah nak cerita.
Sendiri akan alami nanti...

Itu jerlah.

Selamat Beramal

Sunday, January 6, 2013

Umrah...Mekah

Assalamualaikum...

Kita mulakan dengan menonton video lagi.


Ok...sambung kisah sebelum ni lagi.


Penipuan...
Aku telah didatangi sebanyak 2 kali oleh warganegara dari Asia Selatan. Mereka memberi salam dan menceritakan kesusahan untuk pulang kenegara asal. Isi utama drama ni adalah mereka takde duit nak pulang ke negara asal. Tindakan korang boleh tak layan jer atau buat tak faham bahasa inggeris. Kalau kesian sangat beri jer sikit duit, janji korang ikhlas...boleh juga dapat pahala. Dia betul ker tipu ker itu urusan dia dengan Allah. Cuma nasihat aku janganlah korang beria2 sangat nak tolong...berkadaranlah.
Penipuan lain aku tak tahu plak...tapi memang ada orang pesan berhati2 walaupun kita semua berada ditanah suci. Sebabnya, ada orang yang datang ke Mekah untuk beribadat, ada yang berniaga dan ada yang datang sekadar melancong...ada hadis yang menyentuh bab nih. Tanya ustaz korang deh, bab hadis ni ambe tak pandai.


Makan..
Rayhar punya servis makanan boleh dikira OK lah...kalau nak sedap lagi makan jer kat rumah. Ini tanah arab, jadi kalau kurang kena dengan selera tu adatlahkan. Masakan yang disediakan ala Malaysia cuma rasa macam kat Asrama masa sekolah skitlah. Aku meluat juga dengar orang komplen makan tak sedap macam Malaysia sebab kena faham kekangan yang mereka hadapi. Sape nak makan sedap sila meronda sekitar Safwah Complex atau sekitar hotel kot ada makanan arab yang kena dengan selera anda.
Cuma dalam Safwah tu ada kedai makan Felda....Haaaaa...Felda menuju Global. Adalah makanan ala Malaysia kat situ, rasa biasalah kurang skit berbanding Malaysia. Dalam Safwah ni ada pelbagai jenis gerai, korang pilih jer nak makan citarasa apa. Cuma nasi Arab sila cari kat tempat lain sebab kat atas tu kurang best.
Aku ada pergi satu kedai biasa kat belakang Farmasi, nasi arab situ oklah, tapi tokey dia ambil order macam Ganster...garang gila. Bini aku terkedu nak order minum apa pasal kena sergah. Bila lambat order dia naik suara plak...aku pun terkedu sama. Melopong kami berdua. Last, aku order jer teh utk 2 orang. Kali kedua aku datang, apa lagi keluarlah sikit hantu aku, sebelum sampai kedai aku dah ambil order daripada bini aku. Sampai kaunter jer, aku naik suara terus...hahaha. Baru dia low notes sikit. Memang layanan kurang baik, tapi kedai dia jer yang nasi arab sedap sekitar hotel kami menginap. Jadi redah jer.
Belakang Farmasi tu ada Nasi Arab Best
Tapi tokey dia...Garang gila.

Bayar dulu kemudian tunggu, mereka pantas bekerja.

Kaunter makanan

Nasi Arab...boleh makan untuk 3 orang.

Ini kambing plak

Air jus buahyang pekat...nasihat aku jangan order.
Takut korang mengumpat plak

Menarik susunan dia


Melancong
Kami dibawa melawat beberapa tempat yang menarik. Bab ni memang aku suka sebab boleh belajar sejarah, cuma aku tak tulis secara detail sejarah takut orang yang membaca bosan.
Mula pergi ke Jabal Nur dulu untuk melihat gua Hira', cuma kami tak panjat bukit nak masuk gua Hira' sebab takde masa. Kami cuma lihat bukit dia jer.

Belakang unta tu Jabal Nur
Kemudian Jabal Rahmah plak. Tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa setelah 400 tahun terpisah selepas turun kebumi. Dikatakan Nabi adam diturunkan di India, manakala Hawa diturunkan di Riyard, Arab Saudi. Kat bukit inilah ramai orang buat perkara khurafat berkaitan cinta. Ada ke patut selit gambar 'couples' kat celah batu agar dirahmati tuhan...adoiii.

Pandangan bawah

Ramai orang lepak atas
Kami bawah jer
Mina dan Arafah
Masa ni pusing2 atas bas jer, tempat ni digunakan untuk melengkapkan rukun haji, untuk umrah takde. Punyalah banyak khemah, sayup mata memandang. Malahan kami boleh lihat dari jauh Jamrah untuk melontar batu. Memang tinggi dan kawasan khemahnya pula sangat luas, luas dan luas. Kalau penuh manusia masa musim haji, tak boleh dibayangkan kesesakan yang berlaku.

Dinding masih digulung, masa musim haji jer ianya dibuka.

Ini sebahagian kecil jer
Belakang bukit tu ada lagi


Tempat terakhir yang aku nak cerita...
Ladang unta
Korang minumlah air susu unta tu...enak dan berkrim. Isteri aku tak selera sebab ciri2 kebersihan diragui, aku plak memang hentam jer janji dapat minum susu segar...Susu ni memang belum disteril. Jadi memang berisiko skit nak minum. Kalau nak lebih selamat untuk diminum, sila beli di pasaraya. Bau unta tu korang boleh hilang selera makan...tapi aku tengok orang lain layan jer susu tu. Tukang perah susu pula memang terbaik...hehehe.

Tukang perah...guna tangan jer.
Emmm...enaknya.

Ini jer untanya, tapi baik peel.

Mak dan anak
Itu jer story untuk lawatan kami, ada beberapa tempat lagi cuma tak sempat ambil gambar + lupa. Kalau anda pergi sendiri bolehlah cuba susu tu...lemak berkrim.


Umrah Sunat
Ini adalah tempat bermiqat paling hampir dengan Masjidil Haram...Masjid Tana'im. Kalau sesapa nak buat umrah sunat kena berniat disini dulu. Selalunya agensi akan bawa kesini untuk berniat, jika anda nak buat umrah sunat sebanyak mungkin, paling senang naik teksi. Cuma mahal sikit, kalau nak van sapu murah cuma vannya agak daif disamping pemandu yang ganas. Nasihat aku kalau perempuan berhati-hati. Jangan buat Lone Ranger jer naik van nanti kena marah. Pernah beberapa kes dulu yang diceritakan oleh orang lama. Wanita Malaysia dibawa lari bila naik van. Jadi untuk keselamatan, suami naik van dulu, baru isteri atau warga pompuan. Bila turun, mesti pompuan dulu baru lelaki.
Anda boleh bermiqat di tiga masjid berhampiran:

1- Masjid Taneem - Paling hampir, kalau naik teksi atau van sapu. Mereka bawa anda kesini.
2- Masjid Jaranah - Dekat dengan Mina dan Arafah
3- Masjid hudubiah - Masjid paling old School

Lepas niat baru boleh tawaf dan anda telah terikat dengan pantang larang dia.

Taneem
Teksi yang boleh disewa

Hudaibiah
Maaf tak sempat ambil gambar Jaranah sebab tak turun bas, masa tu tumit kaki sakit jadi tak buat umrah sunat. Saya banyak buat umrah sunat guna van sapu jer...seelok jalan berkumpulan dan ramai lelaki. Tapi kalau anda datang suami isteri, peranan suami amat penting.


Membeli dan Terus Blah
Shopping adalah terapi yang baik terutama untuk kaum perempuan.
Kompleks shopping terdekat adalah SAFWAH. Kat sini semua benda ada, sampai PS3 pun dijual kat sini, malahan harga lebih murah beberapa ratus berbanding Malaysia. Brang memang mahal sikit berbanding kedai tepi jalan tapi kualiti boleh dipercayai. Kami sempat bile sejadah dan batu Akid kat sini. Bini aku plak borong minyak wangi, tu pasal dia wangi sampai hari ni sebab banyak sangat beli. Kalau nak beli batu kat sini Akid, Zamrud atau batu apapun, semuanya dikira dalam gram, harganya pun...pergghh mahal juga terutama Zamrud. Ada zamrud gred 1 tu harga dia 1 ribu riyal untuk segram rasanya. Mak'ai, mahal dari emas lagi.
Kedai emas dia takde armguard, selamat sebab undang2 Hudud. Tapi kualiti emas yang dijual kurang berbanding Malaysia.
Safwah Complex
Depan Masjidil Haram
Sape yang nak beli barang murah skit, boleh beli di bazar sekitar hotel. Harga boleh bincang.
Ok, untuk selingan itu sahaj yang nak aku tulis. Aku pun dah banyak benda lupa.
Kalau ada penambahan atau pembetulan, sila komen.


Sekian Terima Kasih.
Selamat beramal.


Saturday, January 5, 2013

Tips Ronda

Assalamualaikum...

Mulai tahun baru nih saya nak buat Post pendek berkenaan Tips ketika melancong.
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dengan budaya sesuatu tempat dan apa yang dilarang.

Sebagai permulaan:

Seeloknya jika memakai barang kemas, kurangkan ketika melancong walaupun ke Mekah.
Ini kerana perhiasan yang terlampau akan menarik penjenayah.
Bukan kat Malaysia jer ada peragut...luar negara pun banyak.
Jadi berhati-hati.
Lagi baik tinggal jer semua kat rumah...kalau anda kena ragut kat Malaysia boleh lagi repot polis. Kalau luar negara berlagulah...dahlah depa tak faham bahasa kita...lagi meraung.

Sekian..

Umrah....Mekah Satu Perjalanan

Assalamualaikum...

MEKAH....Bumi Suci

Kali ini cerita pasal Mekah...begitu banyak cerita namun aku cuma selit berkaitan maklumat tempat dan perjalanan sahaja. Bab lain tu biarlah simpan dalam hati jer...Hihihi.
Perjalanan ke Mekah mengambil masa banyak jam, 8 jam kot...aku lupa dah. Tapi perjalanan seeloknya diisi dengan puji-pujian pada allah dan membaca Al-Quran. Pergi Umrah kan...takkan nak borak kosong jer...Nasihat jer jangan marah. Sebab utama perjalanan anda akan menempuhi padang pasir dan bukit berbatu. Sikit2 jer pokok dan rumah tinggalan yang akan korang jumpa...Maka normal bagi kita rakyat Malaysia yang berhutan tropika dan penduduk padat akan berasa bosan. Kalau taknak beribadat, eloklah tido jer. Kalau nak layan orang lain ada yang positif ada yang negatif. Yang tak berkenan tu negatif ler...KOMPLEN jer.

Ok...Kami menginap di Hotel Saraya Ajyad. Hotel ni tahap 2 bintang tempat kita...fasiliti asas cukup dah cuma katil tu kalau ambil pakej 4 orang sebilik maka sempitlah sikit. Jangan pentingkan diri masa nih dan hormati rakan sebilik anda. Nasib baik aku dapat rakan sebilik yang baik. 2 orang cikgu dan sorang jual insurans. Paling penting depa bukan perokok...Beb kalau korang dapat sebilik dengan perokok tegar yang merokok dalam bilik aircond. Apa perasaan? Sebab Kota Mekah adalah kawasan larangan merokok tapi nak jumpa penjual rokok haram tu ada jer. Berkabus...

Suasana dalam Hotel

Depan hotel kami ada Aiskrim
Masjidil Haram terletak sebelah kiri hotel. Kat sini ramai penjual aiskrim, dengan cuaca sangat panas maka aiskrim kat sini sedap sangat. Rumusan juga telah aku buat ramai jemaah sakit tekak atau batuk sebab minum air sejuk dan kuat makan aiskrim, dengan izin Allah. itu teori aku jer. Teori doktor mungkin lain plak.

Kita cerita pasal Masjid plak...
Daripada hotel ke Masjid cuma 10 minit jer jalan kaki. Pintu masuk kami adalah no 1. Tolong ingat kita masuk pintu mana sebab masjid ni besar, berlaku kesesatan adalah perkara biasa dimana jemaah lupa masuk pintu mana sebab sekeliling masjid ni ada hotel, yang mana ianya boleh mengelirukan.
Oleh sebab kami dah berniat di Bir Ali, maka terus buat umrah sambil mengikut mutawif. Jangan bimbang kalau tak tahu sebab mutawif akan membawa anda membuat umrah wajib dulu...hok sunat tu kena buat sendirilah.
Peringatan...masa buat kali pertama ikut mutawif rapat2 sebab masa pusing kaabah tu orang terlalu ramai dan bermacam2 perangai. Sebab tu kalau anda pergi umrah atau haji, anda akan diberi stiker untuk dijahit atau tag nama untuk mengelakkan sesat. Selalunya kalau perempuan jahit kat atas kepala telekung untuk memudahkan sesi pengenalpastian.Masa tawaf ni macam2 COBAAN, Dilanggar perkara biasa. Kalau tiba2 rasa besi langgar betis kita daripada belakang maksudnya tukang tolak wichair tu ganas. Kalau bawa keluarga, jalan biar rapat. Kalau suami isteri, suami pegang telekung isteri agar tak terpisah. Kalau anda bodybuilder pun kat sana, anda kecil jer. Kena dengan orang eropah dan pak Arab, tu dia. Bawah ketiak dia jer. Paling kesian, kaum wanita kita...kiut2 jer lalu bawah geng Pak Arab nih. Orang Malaysia sopan santun maka agak mencabar nak survive, warga India dan Pakistan kecil juga tapi mereka hebat. Setakat badan macam Malik Noor tu diorang menyelit jer...semua orang kena tolak.


Ini contoh Rayhar punya
Selepas tawaf 7 kali, kita akan dibawa ke Saie plak....haaaa. Masa nilah aku dan keluarga hampir terpisah dengan kumpulan besar. Tengok kat depan depa dah keluar dari tawaf dan menuju ke tempat saei, kami sikit lagi nak habis. Sudah...
Apabila kami tamat tawaf, kumpulan besar dah sayup mata memandang...maka sesi kejar menhejar pun berlangsung. Masa tu aku lead kat depan, pakai ikut kata hati jer sebab jejak kumpulan besar dah lenyap (mcm novel plak tulis). Lari anak juga kami.....Akhirnya jumpa.
Mulalah rukun seterusnya Saei...iaitu berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Ulang alik 7 kali.
Satu masjid ada Tong Air Zam Zam

Saei tingkat bawah

Bukit Safa
Masa dalam masjid ada banyak tong air Zam zam. jadi bab minum jangan bimbang. Depa pagar bukit safa sebab ada orang suka memanjat dan itu membahayakan orang lain. Namun apabila sampai bukit Marwah, ada sikit lagi batu untuk dipijak. Depa simen blaka untuk keselesaan jemaah. Jadi bentuk asal batu kat bukit tu dah lain. Lepas tamat Saei baru rukun last skali. Tahlul, iaitu memeotong sikit bulu masa kat Bukit Marwah. Haaaaa...bulu paling lebat kat ner. RAMBUT ok.
Tolong bawa gunting kecil untuk itu, kalau tak bawa kena pinjam kat entah sapa2. Kalau tak bawa juga ada tukang guntingkan...Helah disini. Kalau anda terima khidmat mereka, maka kena bayar beb. 1 riyal kalau tak silap, hanya untuk gunting sejemput rambut. Kalau korang tak bayar depa akan minta dengan cara kasar, siap tolak2 lagi. Jadi untuk kaum lelaki selepas habis saei, jangan biarkan rambut anda digunting oleh seseorang yang tiba2 datang nak berkhidmat. Takut anda tak setuju dengan harga nanti. Depa ni, nampak orang habis jer terus datang nak gunting tanpa berkata sepatah pun. Jangan ingat semua orang dalam masjid tu baik, pencuri pun ada. Jaga2 alatan dan duit...

Kalau perempuan nak gunting macam mana yek...ambil gunting dan selak sikit kain telekung tu. Gunting jer. Bulu korang tu boleh buang dalam tong sampah yang disediakan. Disebabkan orang terlalu ramai, kadang2 tong sampah tu terhadang. Ada tongnya kat tepi dinding.Kalau botak macam mana plak, ambil gunting tu, buat2 macam mengunting kat kulit kepala....Cukup

Saei tingkat bawah selalunya ramai skit orang, kalau nak selesa sila saei tingkat 2. Memang takde orang. Aku pun selalu juga buat kat tingkat atas sebab kurang orang. Sape yang uzur atau kurang upaya kaki boleh mengunakan khidmat penolak wilchair atau pakai wilchair automatik. Sekali tak pasti plak berapa harga. Wilchair Automatik tu macam best, tapi aku kuat lagi maka tak cubalah. Yang aku tgk ramai warga tua yang guna, driver dia warga muda iaitu kaum keluarga ler.

Ini tempat Saei tingkat atas...takde orangkan.
 Rasanya dah habis cerita bab Ibadah Umrah.
Bab lawatan ke tempat bersejarah saya akan cerita lain kali...bab shopping juga saya akan cerita lain kali...bab manusia cuba menipu pun ada...Bab lain2, nanti cerita.
Kita layan gambar dulu.

Banguna lain tu semua hotel dan shopping Complex

Suasana subuh

Pintu utama masjid

Suhu waktu subuh...panas kering

Bhagian depan masjid.

Hotel terdekat..apa nama tah. Tapi mahalll

Kaabah

Tingkat 3, lelaki sahaja, beratap langit
Best juga kat sini

Pandangan dari tepi

Air zam zam
Suam dan Sejuk
Cuma nasihat aku banyak minum suam utk tekak

Jambatan tu menghala ke tempat saei tingkat 2

Laluan ke tempat sembahyang tingkat atas

Tepi waktu siang
Tak puas menatap gambar...
Kali ni special aku beri...Hak cipta terpelihara.
Ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...