Assalamualaikum...
Hari ni kongsi tips pelancongan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Jika anda ingin melancong ke Vietnam tanpa mengunakan agensi pelancongan, maka pengunaan teksi tidak dapat dielakkan. Teksi di Ho Chi Minh senang didapati, malah lebih mudah daripada Kuala Lumpur. Ho Chi Minh adalah bandar yang sesak dan mempunyai lanskap yang agak sama antara satu-satu jalan.
Tips mengunakan teksi di Ho Chi Minh:
1. Pilih jenama 'Vinasun' sahaja, kalau nak guna jenama 'Minh' pun boleh. Cuma pengalaman aku memang guna Vinasun sahaja. Banyak blog yag menulis berkenaan teksi yang menipu di Ho Chi Minh, termasuklah dikenakan caj US50 untuk perjalanan 5 minit. Jadi tambah sikit ilmu anda untuk mengelakkan ditipu. Teksi disini mengunakan meter, tapi biasalah minta lebih...kita pula pelancong, takut ler.
2. Sediakan duit kecil semasa hendak membayar. Selalunya mereka tidak mempunyai duit kecil atau belakon takde duit kecil. Kami memang tak pernah dapat semula duit baki semasa di Ho Chi Minh, jadi kalau naik teksi memang bersedia. Baki sikit-sikit tu halal jelah. Kalau anda hanya ada 100k Dong camne nak bayar. Haaa....pandai-pandailah.
3. Bahasa memang masalah besar kepada pemandu teksi di Ho Chi Minh. Jadi untuk mengatasinya anda perlu meminta bantuan orang hotel untuk menulis alamat tempat yang korang nak pergi. Selalunya orang hotel boleh cakap inggeris sikit-sikit, macam aku jugalah. Anda hanya perlu tunjuk alamat dan akan dibawa ke tempat yang dituju.
4. Jika anda tak pandai cakap inggeris dengan baik dan orang hotel pun ting-tong bab bahasa. Maka anda digalakkan donload gambar tempat yang hendak dituju. Tunjukkan pada orang hotel dan minta mereka tulis alamat tempat tu. Kadang dalam hotel ada internet jadi tunjukkan jer tempat tu, aku guna teknik ni masa nak pergi masjid di jalan Dong Du', Ho Chi Minh. Senang je sampai...
5. Cuba elakkan melancong pada lewat malam sebab kita tak tahu negara orang. Ho Chi Minh boleh dikatakan bandar yang selamat cuma kita sebagai pelancong kena berhati-hati. Malam ni banyak sikit setan jadi cuba berada sekitar hotel sahaja dan elakkan mengunakan teksi....kalau ketagih sangat nak shopping, sambung esok jer. Malam-malam gi tido.
6. Walaupun anda kaki berborak dan sangat mesra rakyat. Kalau anda cuba berborak dengan pemandu teksi, anda akan kecewa sebab mereka tak faham apa yang anda bebelkan. Malahan mereka agak kurang mesra dengan pelancong yang dibawa. Saya pernah cuba berkomunikasi dengan pemandu teksi namun mereka hanya angguk jer...Last aku pun diam.
7. Sila simpan namecard hotel tempat anda menginap sebab bila nak balik nanti susah plak. Ini sangat penting sebab jika anda sebut nama hotel, ianya berbeza bunyi sebutan dengan bahasa vietnam. Pening anda nanti, nak balik jalan kaki lagi masak...Jika anda tinggal di sekitar Ben Thanh Market senang sikit sebab guna jer nama Ben Thanh Market, teksi boleh hantar ke situ. Cuma jika anda duduk jauh daripada Ben Thanh Market...susah sikit.
Ok...sikit tips teksi di Ho Chi Minh, Vietnam.