selamat datang
Apa khabar pada semua rakan, semoga sihat seadanya, hari ni ada perancangan nak pergi ke Cameron Highland dengan keluarga mertua. Nanti saya akan upload gambar untuk tontonan semua, kalau ikutkan saya dah melancong seluruh negara kecuali sabah. Tapi tak pernah upload gambar tempat menarik, satu masalah lagi dulu jalan-jalan je takde kamera. Kini boleh ler tangkap gambar pasal dah beli kamera panasonic lumix, kira puas hati jugalah kualiti gambar kamera digital nih. Pegi Cameron yang kali terakhir saya jejak kaki pada tahun 1993 dulu masa lawatan sekolah. Sekarang nih tak tahu macam mana perubahan, selalu tengok tv je pasal kes pencemaran. Saya memang tak berkenan sungguh dengan orang yang kuat mencemar alam ni, patut sula secara live pasal telah merogol alam sekitar.
Kat sarawak pun lebih kurang je, tapi kerajaan negeri hanya melibatkan balak je. Masalahnya Cameron ni tempat pelancongan maka kalau dok gondol bukit tu maka tak sejuklah tempat yang terkenal sejuk. Tah apa yang difikir tokey sayur ni, kalau boleh boikot sayur Cameron, makan kangkung dengan pucuk paku je.
Tu je catatan sebelum pegi Cameron, hari lain tulis lagi
Nak bertolak dah...
tapi ada gambar lampiran ketam yang saya beli kat sarawak, harga rm18 je sekilo kat sana. Kat sini tak tahulah mungkin mahal lagi kot. Ini baru gambar penyepit je, kalau badan dia al-maklumlah.
Salam satu Cameron Highland
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment