Salam Sejahtera
Hujung bulan 3 hari tu saya bersama keluarga telah melancong Ho Chi Minh, Vietnam. Pengalaman pengembaraan yang mengujakan kerana kali pertama melancong keluar negara. Kami bertolak pada 31.3.2011 dan pulang ke Malaysia 3.4.2011.
Ho Chi Minh merupakan bandar yang terbesar di Vietnam dimana ianya merupakan nadi perindustrian di negara bekas komunis tersebut. Biarpun Hanoi adalah ibu negara Vietnam namun terikan pelancongan masih dimenangi oleh Saigon(Ho Chi Minh).
Sedikit coretan berkenaan Vietnam untuk tatapan anda semua.
Itu saja penulisan untuk kali ini. Jumpa lagi lain masa...
Jika anda ada soalan sila utarakan dalam komen....
Salam
Hujung bulan 3 hari tu saya bersama keluarga telah melancong Ho Chi Minh, Vietnam. Pengalaman pengembaraan yang mengujakan kerana kali pertama melancong keluar negara. Kami bertolak pada 31.3.2011 dan pulang ke Malaysia 3.4.2011.
Ho Chi Minh merupakan bandar yang terbesar di Vietnam dimana ianya merupakan nadi perindustrian di negara bekas komunis tersebut. Biarpun Hanoi adalah ibu negara Vietnam namun terikan pelancongan masih dimenangi oleh Saigon(Ho Chi Minh).
Sedikit coretan berkenaan Vietnam untuk tatapan anda semua.
- Bahasa menjadi masalah ketika anda disini kerana kebanyakan mereka agak lemah berbahasa inggeris jadi anda kena bersedia dengan alamat yang ditulis semasa google internet.
- Anda juga digalakkan buat kajian sebelum datang, paling senang buat kajian masa nak naik flight sebab orang Malaysia memang belambak naik flight ke Vietnam.
- Matawang yang digunakan Dong, masa kami buat tukaran dulu RM1=6900 Dong. Jadi boleh buat tukaran disana. Cadangan saya agar anda menukar USD dulu di Malaysia sebab sekarang USD rendah berbanding RM. Kemudian tukar USD kepada Dong.
- Shopping!!!! terbaik hanya di Cho Ben Thanh Market sebab memang itu kawasan untuk membeli belah.
- Kawasan sekitar Ben Thanh Market juga banyak kedai untuk shopping, namun apa yang penting anda kena pandai menawar. Menawar kat sini macam anda pergi Petaling Street kena kasar sikit dan agresif, namun anda wajib beli jika dah dapat harga. Sebab mereka juga agresif jika anda main2.
- Sikap mereka mungkin ada lagi tempias Komunis dulu. Namun orang mereka cukup mesra jika anda bertanya sesuatu.
- Cuba cari hotel sekitar Market supaya senang nak ulang alik beli barang. Kain memang murah terutama cotton. Bagi lelaki anda boleh beli jersey bola....hahaha, Murah bang..
- Bagi lawatan boleh pegi Mekong, Chu Chi Tunnel, Pejabat Pos, War Muzium dan sebagainya. Maklumat lebih kena Google beb...
- Cuma ada 1 kedai makanan halal berdekatan Ben Thanh market, boleh jalan kaki jer. Nama kedai tu VN Halal. Kedai kedua terdekat Kedai Shamsuddin tapi kena naik teksi. Namun kalau nak banyak pilihan kena pegi Jalan Dong Du. Kawasan Sheraton Hotel.
- Nak pegi Masjid boleh gi Jalan Dong Du juga...kat situ ada masjid dan restoran makanan halal.
- Harga teksi dari Ben Thanh ke Dong Du Street sekitar USD4-5.
- Itu je buat masa ni lain kali tulis lagi berkenaan Vietnam...
Demontrasi suasana Chu Chi Tunnel |
Kereta Kebal di War Museum |
Pejabat Pos Ho Chi Minh |
Kedai makan Halal |
Ben Thanh Market |
Suasana Ben Thanh Market |
Masjid Dong Du Street |
Motosikal di Saigon |
Jika anda ada soalan sila utarakan dalam komen....
Salam
No comments:
Post a Comment