Pages

Saturday, March 31, 2012

Lawatan ke Gunung Berapi Bromo

Salam Sejahtera

Menulis semula saya malam ni...Tulisan akan cuba diringkaskan untuk mengelakkan anda menguap masa meneliti karya sastera nih.

Part 1
Perjalanan ke Bromo mengambil masa kira 4 jam juga dari Surabaya, itu termasuk makan, singgah kedai, makan dan sembahyang. Masa nih baru saya belajar sesuatu tentang Indonesia: Walau kat mana pun anda parking pasti ada orang akan kutip caj parking. Biarpun kedai kawasan kampung, sebabnya itu memang punca pendapatan mereka. Bayaran dikenakan sekitar 1000 hingga 2000 rupiah. Semasa perjalanan kami singgah makan plak...huhuhu. Best sangat sampai bini aku cuma makan lauk jer...meenye tidak diusik. Best tak mee nih:

Tak ingat mee apa
Aku plak hanya minum sebab masih kenyang makan ayam kremas petang tadi...lepas tu perjalanan diteruskan ke Gunung Bromo. Maka acara mendaki macam Cameron Highland bermula, ditambah pulak kabus yang menyelubungi...takut weh.

12.00 tengah malam
Kami sampai penginapan....Ni gambarnya

Hotel  Cemara Indah

Tugu peringatan Hotel
Inilah hotel yang tertinggi di Gunung Bromo. Masa kami sampai jer, terus warganya datang menyerbu dengan barangan untuk dijual. Barang yang dijual adalah:

a) Snow cap - 20000 rupiah
b) Muffler - 30000 rupiah
c) Sarung tangan - 10000 rupiah

Barangan yang disewa plak:
a) Kasut(elok kalau anda datang Bromo dengan kasut sukan/kasual) - 20000 rupiah
b) Baju Sejuk(jenis PVC) 30000 rupiah

Semua harga atas tu saya tak berapa ingat, tapi lebih kurang jerlah: Biasalah, malayu mudah lupe..

Tips:
1.Elok anda bawa jer baju sejuk kat rumah tu, tapi kat sini memang sejuk. Kalau tak tahan lebih baik sewa.
2.Bawa kurang2 4 pasang stoking, supaya anda tido lebih nyenyak(sejuk sangat).
3.Pakai kasut yg sesuai untuk mendaki.

Rumusannya baik anda beli jer sendiri masa kat Surabaya atau bawa jer dari Malaysia, rasanya harga yang diaorang jual agak mahal. Inilah yang menyebabkan budget kami meningkat. Cara mereka di Bromo nih adalah dengan memujuk supaya kita beli, aduiihhh letih den nak melayan. Cara memujuk plak, macam paksa  secara lembut..huh.
KUDA.....hah. Ini pun topik menarik. Masa promote malam tu dia offer naik kuda kat Lindungan Pasir(kawah gunung) 125k rupiah. Mahal plak rasanya sebab member kata sekitar 100k jer(ni kes nak sembelih ler). Dahlah bebagai aku beli tadi, nak juga kikis lagi. Pujuk punya pujuk, lepas tu pujuk lagi aku. Jadi aku cakap keputusan esok pagi jer, tapi dalam hati memang taknak dah. Habis episod malam.

4.00 pagi
Kami bangun tido..dan bersiap untuk mendaki Gunung Bromo. Maka Pak Kuda datang semula nak promote lagi. Aku jawablah tak mahu....dan.....dia pujuk lagi kata jauh nak jalan kaki. Pujuk lagi...pujuk lagi ....pujuk lagi dan pujuk lagi. Tewas jua imanku dengan Orang tua yang kacak bergaya tu. Maka ambillah kuda dengan harga tawaran 115k.

Kami memulakan perjalanan sekitar 5.00 pagi, naik Land Rover zaman perang...terus ke puncak untuk tengok SUNRISE. Sampai situ...ada promotion lagi rupanya. KUDA lagi, rupanya yang malam tadi kat tempat lain. Kuda yang ni plak kena bayar 200k rupiah untuk turun naik. Maka aktiviti pujuk bermulah, masa ni kami taknak ambil dah sebab rasa kena tipu. masa tengah naik tu, diaorang duk ikut skali kiri dan kanan...sambil tu...............pujuk.................supaya kami ambil perkhidmatan KUDA. Masa ni bini aku dah sesak nafas sebab sejuk sangat, maka naiklah kuda tu takut jauh lagi puncaknya. Maka kami yang lain turut ambil kuda. Ingat jauh...hampeh punya provokasi, dekat amat jer. Ada warga tua daripada Malaysia dan budak tak sekolah lagi boleh jalan kaki. tertipu lagi aku.

Nasihat/Tips: Jangan ambil kuda jika hendak ke puncak untuk SUNRISE, sebab dekat jer(tak sampai 300 meter rasanya). Cuma rasa jauh sebab mendaki bukit.

Bila sampai puncak takde rezeki plak sebab matahari tak muncul, cuma kabus menyelubungi.

Makanan yang dijual atas gunung

Saya dan kuda
Suasana memang sangat berkabus...

7.00 pagi.
Kami turun dari puncak gunung...maka adalah mamat yang jual baju Bromo. Dia offer 4 helai 100k, ingat nak beli dah. Tiba-tiba............ada sorang pakcik dari Malaysia sampuk..."5 helai 100k dia tipu tuh". Perghh...ganas pakcik nih, pakai sound jer. Maka dapatlah kami 5 helai.

Lepas tu kami ke puncak lain plak nak tengok kawah gunung berapi plak.

Masa sampai sini kuda dah menanti...kuda yang kami tempah pagi tadi. Sampai tempat tu memang mengkagumkan. Indahnya ciptaan tuhan...sekeliling kawah cuma tanah kehitaman dan berpasir. Malas nak cerita...tengok gambar jelah, masa ni kami naik kuda lagi sebab memang jauh. Mungkin sekitar 2 kilometer gitu...

Tips: Anda jangan tempah kuda tu. Bila jip anda sampai ke kawasan tu, mesti ada kuda tengah sedia. Anda cakap jer nak jalan kaki sebab geng Mat Saleh banyak jalan kaki jer(jauh tua dari aku). Nanti dia orang akan ikut sebab pujuk naik kuda. Lepas 1/4 perjalanan baru ambil kuda dan negotiate harga. Minta jer 50-70k, keputusan atas anda sendiri...tapi perjalanan memang jauh.

Gambar Best...

Pemandangan Gunung Bromo

Tangga ke puncak

Bermula dari situ anda kena jalan kaki ikut tangga

Itu kuil Hindu, jip parking kat situ(jauh)

Kawah gunung

Pelancong Malaysia

Puncak lagi...kalau jatuh pakat sembahyang jelah 

Pemandangan dari hotel, yg blakang tu kawahnya

Kobis

Banyak kobis

Bila turun dari kuda dan naik jip untuk pulang hotel......rupanya kena bayar 'Tip Kuda' plak. Hampehnyer, cara minta lembut jer sambil gurau2. Tapi memang jelaslah nak duit lagi, untuk mengelakkan sebarang kejadian mengarut maka kami bayar 20000 rupiah sorang. Ada member bayar 5000 rupiah(siap boleh sound lagi "mana cukup"). Hek'eleh tip tu kira sedekah weeeeeehhhhh....hilang ikhlas aku.

Tips: Jangan tempah kuda kat Hotel sebab bila sampai kawan nanti kena bayar 'tip kuda' plak. Jadi anda ambil kuda masa kat Kawah Gunung jer, lepas tu tanya ada caj tambahan lain ker. Kalau dia sebut ada 'tip kuda' jangan layan. Pandai2 berunding, jangan gaduh sudah.

Itu sahaja cerita daripada Gunung Bromo. Apa yang penting  makanan kat sini tak berapa best. Mandi air sejuk dan cuaca agak mengigit. Bak kat bini aku, datang sekali cukuplah sebab takde benda nak shopping...heeemm. Bagi aku kalau melawat Surabaya...wajib datang sini. Lagi 1, kat Gunung Bromo ni memang makan duit secara 'terlindung'. Maka jika anda baca artikel saya, ambillah panduan.


Ok...selamat berjumpa lagi.

Asslamualaikum....


Friday, March 30, 2012

Lawatan Ke Surabaya...Berwisata gitu.

Salam Sejahtera

Lamanya tak menulis...heeeemmm. Hari ni nak beri sikit maklumat berkenaan SURABAYA plak.

Lawatan dilakukan pada  12-15.3.201. Lambat buat laporan sebab dalam mode malas menulis, jadi bila dah mula ni boleh teruskan. 

Kami naik Kapal terbang pada sesi pagi...perjalanan ini diangkotai oleh 4 orang perwakilan. Seorang lelaki dan 3 wanita berhati waja. Ini sikit laporan deh:....

Perjalanan sekitar 2 jam setengah...yer. Jadi kalau tak boleh tidur kenalah beli majalah. Perjalanan kami dipenuhi oleh warga Indonesia sehinggakan pramugari pun orang Indonesia. Tapi nasib baik komunikasi agak sama..."ya bapak, apa boleh bantu". Pengalaman masa naik flight adalah sikit ngeri sebab betul-betul belakang saya ada pulak budak perempuan meroyan. Tah apa penyakit tahulah, lepas tu ada plak yang berlagak macam bomoh. Aduh....kecoh pak jadinya. Akhirnya pramugari yang Air Asia yang cantik jelita + menawan + kacak turut jadi bomoh. Setel....Huh bini aku dah naik cuak, pasal macam-macam orang cerita pasal orang kuat ilmu nih...

Kami turun kat Indonesia sekitar tengahhari...tak ingat pukul berapa sebab masih blur itik lagi.
Oppsss...lupa nak bagi Tip: Jangan lupa bawa pen masa naik flight sebab imigresen Indonesia memerlukan anda mengisi borang masa dalam flight lagi. Lepas turun tu nanti, kena sertakan slip tu bersama pasport untuk Madam Imigresen tengok.  Jangan dilupa juga BOARDING PASS yang ada sticker beg tu simpan memolek sebab kat Airport nanti nak guna. Slip tu minta untuk warga asing punya, sebab ada 2 jenis: Indonesia Citizen dan Warga Asing Citizen...heeemmm. Slip tu ada 2 bahagian, isi keduanya. Kalau tak faham boleh tanya Flight Attendant. Masa kat Imigresen dia akan koyak satu bahagian, satu bahagian lagi simpan memolek sebab nak guna masa pulang ke Malaysia nanti. Lupa nak ambil gambar...Jangan hilang yer, susah plak berjawab bila nak pulang ke Malaysia nanti.

Ok...cerita semula. Bila turun dari flight jer, masa on the way ke Imigresen ada cleaner offer 'sim card' talian tempatan. Kami buat donno jer sebab malas nak layan dan mungkin no yang dijual tu lebih mahal dari beli kat kedai. Masa kat Imigresen semua senang jer..tak seperti yang orang lain dok cerita tu, kira ok jer. Habis kaunter imigresen...adalah cleaner dok pegang troli nak bantu kita KUNUNnye. Disini cerita bermula:
Kalau anda ambil troli yang dihulur maka wajib bagi tips...ingat bukan free dan kebajikan. Jadi aku akan pun buat relak dan ambil troli sendiri jer. Ambil beg dan kemudian letak dalam troli sendiri...sebarang offer murah tak dilayan (kata dalam hati, takut kena hembus....hahaha).
Lepas ambil beg, masa nak lalu tu kena tahan dok orang Air Asia yang kacak bergaya, beliau meminta boarding pas yang ada sticker bag, sebab nak sahkan itu beg kita sendiri. Banyak kes curi beg kot sebelum ni, tapi bagus juga buat macam ni lebih selamat. Kalau kat Malaysia, kalau beg terambik dok orang lain, jawabnya kalau nasib baik boleh ambil kat Balai Polis ler. Sediakan juga pasport untuk diperiksa oleh Bapak Polisi plak(juga kacak bergaya)...kenapa yek kat Airport Juanda nih ramai mamat Indon hensem.

Lepas tu, lalu kawasan awam. Biasalah promosi teksi dan bebagai, tapi kami dah ada Pak Supir Basuki menunggu sebab dah buat penyelarasan sebelum ke Surabaya. Kami ada kawan baik yang bermastautin di Indonesia, maka mudahlah sikit. Kami dibawa dengan Avanza ke Masjid TNI(Tentera National Indonesia). Masa tu sembahyang dan makan tengahari...mulalah acara makan di Surabaya. Gambor sikit:

Masjid TNI

Masa makan plak...hahaha. Best bro, sebab kami makan nasi ayam kremas original Surabaya. Tapi tulis kat situ BEBEK PENYET, bebek maksudnya itik(orang Sarawak tahu nih).

Ini kotaknya



Ginilah rupa ayam kramas


Maka bermula perjalanan yang menakjubkan....menakjubkan sangatlah. Ni aku tunjuk serba sedikit gambar suasana Surabaya.

Gratis=percuma


Ganas nama kedai makan

Ingat adik2

Sesak...Surabaya besar tau.

Baiklah, kita mulakan acara di Surabaya dengan program wajib orang pompuan....SHOPPING. Waduh, kaum lelaki boleh poning kalau gini. Tempat pertama adalah JMP(Jambatan Merah Plaza), tempat wajib untuk orang pompuan shopping batik dan perbagai jenis kain. Harga boleh runding...namun ada juga yang harga pas(harga tetap). Tips: Anda cuba runding harga serendah mungkin, sebab depa memang pandai up harga. Apa yang best, kat sini lebih mesra pelanggan sama macam kat Malaysia. Gambar lagi yek

Dalam kedai batik
 Gambar bangunan tak sempat nak tangkap...sebab blur itik lagi. Masa kat plaza nih nak cuba minum kat KFC tapi tak selera sebab cuma ada air berkarbonat jer. Teh panas takdok. Masa nih jugalah aku beli Handphone Samsung(harga RM50 lebih jer), rupanya kawan aku dah kirim kat supir 'sim card', nasib baik tak beli tadi.
Plaza ni besar lagi cuma tak tangkap gambar...cuma pusing2 kosong. Lepas shopping kat sini, maka bermula perjalanan ke Gunung Berapi Bromo....itu akan masuk topik lain. Sebab takut panjang sangat artikel nih, topik Bromo lebih menarik kerana banyak wayang dan gambar akan dikongsikan. Kepada yang nak melawat teliti betul-betul tip yang akan saya kongsikan....hehehehe. Banyak 'lakonan' untuk anda pelajari nanti.

Inilah cerita serba sedikit berkenaan Surabaya...jadi boleh dijadikan rujukan kepada anda. Jika ada masa lagi saya update yer....Huh payah benar nak habis cerita nih.


Ok itu jer ceritanya...selamat membaca.
Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...