Pages

Friday, March 30, 2012

Lawatan Ke Surabaya...Berwisata gitu.

Salam Sejahtera

Lamanya tak menulis...heeeemmm. Hari ni nak beri sikit maklumat berkenaan SURABAYA plak.

Lawatan dilakukan pada  12-15.3.201. Lambat buat laporan sebab dalam mode malas menulis, jadi bila dah mula ni boleh teruskan. 

Kami naik Kapal terbang pada sesi pagi...perjalanan ini diangkotai oleh 4 orang perwakilan. Seorang lelaki dan 3 wanita berhati waja. Ini sikit laporan deh:....

Perjalanan sekitar 2 jam setengah...yer. Jadi kalau tak boleh tidur kenalah beli majalah. Perjalanan kami dipenuhi oleh warga Indonesia sehinggakan pramugari pun orang Indonesia. Tapi nasib baik komunikasi agak sama..."ya bapak, apa boleh bantu". Pengalaman masa naik flight adalah sikit ngeri sebab betul-betul belakang saya ada pulak budak perempuan meroyan. Tah apa penyakit tahulah, lepas tu ada plak yang berlagak macam bomoh. Aduh....kecoh pak jadinya. Akhirnya pramugari yang Air Asia yang cantik jelita + menawan + kacak turut jadi bomoh. Setel....Huh bini aku dah naik cuak, pasal macam-macam orang cerita pasal orang kuat ilmu nih...

Kami turun kat Indonesia sekitar tengahhari...tak ingat pukul berapa sebab masih blur itik lagi.
Oppsss...lupa nak bagi Tip: Jangan lupa bawa pen masa naik flight sebab imigresen Indonesia memerlukan anda mengisi borang masa dalam flight lagi. Lepas turun tu nanti, kena sertakan slip tu bersama pasport untuk Madam Imigresen tengok.  Jangan dilupa juga BOARDING PASS yang ada sticker beg tu simpan memolek sebab kat Airport nanti nak guna. Slip tu minta untuk warga asing punya, sebab ada 2 jenis: Indonesia Citizen dan Warga Asing Citizen...heeemmm. Slip tu ada 2 bahagian, isi keduanya. Kalau tak faham boleh tanya Flight Attendant. Masa kat Imigresen dia akan koyak satu bahagian, satu bahagian lagi simpan memolek sebab nak guna masa pulang ke Malaysia nanti. Lupa nak ambil gambar...Jangan hilang yer, susah plak berjawab bila nak pulang ke Malaysia nanti.

Ok...cerita semula. Bila turun dari flight jer, masa on the way ke Imigresen ada cleaner offer 'sim card' talian tempatan. Kami buat donno jer sebab malas nak layan dan mungkin no yang dijual tu lebih mahal dari beli kat kedai. Masa kat Imigresen semua senang jer..tak seperti yang orang lain dok cerita tu, kira ok jer. Habis kaunter imigresen...adalah cleaner dok pegang troli nak bantu kita KUNUNnye. Disini cerita bermula:
Kalau anda ambil troli yang dihulur maka wajib bagi tips...ingat bukan free dan kebajikan. Jadi aku akan pun buat relak dan ambil troli sendiri jer. Ambil beg dan kemudian letak dalam troli sendiri...sebarang offer murah tak dilayan (kata dalam hati, takut kena hembus....hahaha).
Lepas ambil beg, masa nak lalu tu kena tahan dok orang Air Asia yang kacak bergaya, beliau meminta boarding pas yang ada sticker bag, sebab nak sahkan itu beg kita sendiri. Banyak kes curi beg kot sebelum ni, tapi bagus juga buat macam ni lebih selamat. Kalau kat Malaysia, kalau beg terambik dok orang lain, jawabnya kalau nasib baik boleh ambil kat Balai Polis ler. Sediakan juga pasport untuk diperiksa oleh Bapak Polisi plak(juga kacak bergaya)...kenapa yek kat Airport Juanda nih ramai mamat Indon hensem.

Lepas tu, lalu kawasan awam. Biasalah promosi teksi dan bebagai, tapi kami dah ada Pak Supir Basuki menunggu sebab dah buat penyelarasan sebelum ke Surabaya. Kami ada kawan baik yang bermastautin di Indonesia, maka mudahlah sikit. Kami dibawa dengan Avanza ke Masjid TNI(Tentera National Indonesia). Masa tu sembahyang dan makan tengahari...mulalah acara makan di Surabaya. Gambor sikit:

Masjid TNI

Masa makan plak...hahaha. Best bro, sebab kami makan nasi ayam kremas original Surabaya. Tapi tulis kat situ BEBEK PENYET, bebek maksudnya itik(orang Sarawak tahu nih).

Ini kotaknya



Ginilah rupa ayam kramas


Maka bermula perjalanan yang menakjubkan....menakjubkan sangatlah. Ni aku tunjuk serba sedikit gambar suasana Surabaya.

Gratis=percuma


Ganas nama kedai makan

Ingat adik2

Sesak...Surabaya besar tau.

Baiklah, kita mulakan acara di Surabaya dengan program wajib orang pompuan....SHOPPING. Waduh, kaum lelaki boleh poning kalau gini. Tempat pertama adalah JMP(Jambatan Merah Plaza), tempat wajib untuk orang pompuan shopping batik dan perbagai jenis kain. Harga boleh runding...namun ada juga yang harga pas(harga tetap). Tips: Anda cuba runding harga serendah mungkin, sebab depa memang pandai up harga. Apa yang best, kat sini lebih mesra pelanggan sama macam kat Malaysia. Gambar lagi yek

Dalam kedai batik
 Gambar bangunan tak sempat nak tangkap...sebab blur itik lagi. Masa kat plaza nih nak cuba minum kat KFC tapi tak selera sebab cuma ada air berkarbonat jer. Teh panas takdok. Masa nih jugalah aku beli Handphone Samsung(harga RM50 lebih jer), rupanya kawan aku dah kirim kat supir 'sim card', nasib baik tak beli tadi.
Plaza ni besar lagi cuma tak tangkap gambar...cuma pusing2 kosong. Lepas shopping kat sini, maka bermula perjalanan ke Gunung Berapi Bromo....itu akan masuk topik lain. Sebab takut panjang sangat artikel nih, topik Bromo lebih menarik kerana banyak wayang dan gambar akan dikongsikan. Kepada yang nak melawat teliti betul-betul tip yang akan saya kongsikan....hehehehe. Banyak 'lakonan' untuk anda pelajari nanti.

Inilah cerita serba sedikit berkenaan Surabaya...jadi boleh dijadikan rujukan kepada anda. Jika ada masa lagi saya update yer....Huh payah benar nak habis cerita nih.


Ok itu jer ceritanya...selamat membaca.
Assalamualaikum...

1 comment:

  1. Saya cuba untuk memberi maklumat seterperinci mungkin. Mungkin agak remeh tapi penting untuk yang kali pertama pergi ke Surabaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...