Pages

Saturday, July 28, 2012

Surabaya Oh Surabaya...selamat tinggal

Assalamualaikum...

Ini adalah tulisan terakhir ketika kami berada di Surabaya. Terharu...sebab terpaksa tinggalkan tempat yang cukup menarik nih. Jalan raya dia pun tak sesesak Jakarta walaupun dikatakan Kota yang kedua terbesar di Indonesia..kali ni kita cerita perjalanan balik. Kami singgah makan dan sembahyang kat Masjid Cheng Ho sebelahnya pulak makan restoran 'Dewa Katak'(Ngelencer).


Singgah sini...sedap makanannya

Masjid Cheng Ho yang merah

Pandangan restoran dari Masjid
Tempat ni aku tak pasti kat mana, cuma ianya tengah perjalanan antara Malang dengan Surabaya. Tapi kalau korang tanya Pak Supir tahulah dia...datang yek, pelik tapi benar. Masa kami makan cuma 1 meja yang ada orang iaitu kami ler...mengikut kata pak supir, masa cuti memang restoran besar macam ni penuh. Entahlah betul ker tidak sebab kami datang waktu sekolah. Walaupun kami rasa harga dia ok jer, tapi bagi kebanyakan warga Indonesia harga ni boleh dikatakan mahal...hanya sebilangan warga Indonesia jer yang mampu makan di restoran besar. Saiz restotan macam ni memang besar...boleh main futsal.

Kemudian kami dibawa ke Permata Tanggulangin...kat sini Pasar Raya barang kulit. Harga Jaket kulit hanya RM300 jer. Jaket full kulit ok...macam geng Bodyguard pakai tu, ala dengan spek Rayban hitam sokmo. Aku takde duit untuk habiskan beli benda macam tu, hanya mampu beli wallet kulit harga RM15 inggit jer. Ok ler sebab survey harga kat KL RM50 juga. Tempat ni wajib anda kunjungi dan ianya HALAL...hahaha, ingat tu. Kalau beli kat Vietnam kena hati2 yek.

Ni depan kedai

Gambar dalam kedai tokleh ambik

Kenderaan kami dan sebahagian barang shopping

Kejap jer kami kat sini sebab dah petang dan nak berkejar ke Surabaya... Kami sampai ke Surabaya dah malam dan terus ke Lambang Kota Surabaya...Asal nama Surabaya ada kaitan jerung dan buaya. Tapi lupa dah macam mana kaitannya.

Tugu ni asal nama Surabaya

Kemudian kami terus ke Masjid Ampel...haaaa. Sini adalah tempat untuk melawat Makam Wali Songo yang pertama. Anda mesti kena tahu apa itu Wali Songo sebelum datang ke Indonesia sebab orang Indonesia amat menghargai pengetahuan korang tu...kira ada ilmu pengetahuan dkit ler. Tunjuklah cerdik sikitkan...
Kat situ paling banyak jubah dan telekung ler...untuk orang perempuan memang best sangat. Aku biasalah buat muka ganas sebab lama sangat menunggu, dasar orang pompuan janji beli satu jer. Lepas tu pujuk nak beli lagi dan lagi dan lagi...mampuih gini....hahahaha. Bila bosan, bawa kamera, meronda sorang2 dan 'snap' dapatlah gambar serba sedikit. Kat sini banyak barangan dari Tanah Arab seperti kurma, kacang2 dan macam2.
Mengikut kata Pak Supir kebanyakan orang yang duduk dan berniaga kat Masjid Ampel ni adalah dari keturunan Pak Arab. Kira kasta tinggi skit...gelak juga aku dalam hati. Ada juga keturunan mulia nih. Cara depa layan pelanggan pun ada sikit lagak...kurang sikit senyum, kasta tinggi kan. Apa yang penting Pak Supir berasal dari sini...HEBAT.

Suasana malam

Telekung yuk

Harga Pas(tetap) payah skit nak 'deal'

Pejabat

Bazar Shopping

Masjid

Pintu gerbang

Lupa nak cerita kat sini ada Makam Wali Songo pertama. Tempat ni memang 24 jam hidup sebab seluruh pelusuk Indonesia datang ke sini untuk berdoa kat depan Makam. Kiranya kalau depan kubur tu memang sepanjang masa penuh orang. Aku ada masuk ke makam tu tapi tak tangkap gambarlah...kuburkan. Bab hukum tak tahu plak...cuma aku takut kena marah jer. Kami menginap hotel disekitar tu jer, kira boleh pergi bila2 untuk shopping. Esok pagi, Puan Sri shopping lagi, kali ni kejap jer sebab dah ada target dan nak cepat pergi Airport. Tapi dia dan rakan datin tetap kuciwa sebab ternampak jubah cantik lagi, tapi masa dah tak sempat.

Lepas tu kami pergi ke Pulau Madura...pusing jer. Takde apa sangat. Akhirnya kami bertolak ke Airport Juanda. Itulah kisah Surabaya...aduih letih juga nak ingat balik memori bulan 3 nih.

KESIMPULAN
Perjalanan kami ke Surabaya boleh dijadikan rujukan kepada pembaca semua. Blog ini turut menyentuh tentang budaya dan cara hidup masyarakat setempat, jika ada kesilapan "MINTA MAAF" ler. Apa yang aku boleh simpulkan:

1-Makanan memang kena dengan orang Malaysia(lazat weh), anda cuma perlu pergi ke restoran besar sebab kebersihan dan keyakinan...hahahaha. Kalau budget pergi jelah gerai, kasi hentam janji murah. Ok jer.
2-Masyarakat Indonesia(Jawa Timur) adalah mesra dan mudah berborak. Tapi kita kena jaga juga tutur kata. Jangan nak marah jer bila tak puas hati. Tapi ingat kalau pergi tempat pelancongan kena keras hati sebab depa akan pujuk sampai korang lembut...Aaawww.
3-Kalau nama makanan tu pelik, tanya pak supir dulu. Apa kebenda tu, jangan pakai hentam jer.
4-Setiap servis kena ada tips, ini budaya diaorang. Jangan kedekut walaupun prinsip anda sama macam saya sebelum sampai Indonesia. Sebab itu kena ada banyak duit 10000 Rupiah, kalau taknak beri. Ikut koranglah, aku nasihat jer. Kita ikhlas anggap sedekah. Tips ini perlu diberi walaupun kita dah bayar servis depa.
5-Pak Supir kami amat membantu dan bermaklumat dan apabila korang dah turun mobil(kereta) kat Juanda Airport, maka beri juga dia tips walaupun kita dah bayar Tokey. Aku beri 200000 Rupiah kerana perkhidmatan dia yang bagus.
6-Aku lupa dah benda lain...nantilah tulis lagi.

7-Kalau nak melawat Indonesia....sini memang best.

Terima Kasih Bapak Verde dan Ibu Rubiah...
Ibu Ruby adalah kawan kami masa kat Universiti, seorang warga Malaysia dan berkahwin dengan anak jati Surabaya Bapak Verde. Diaorang yang uruskan perjalanan kami di Surabaya...skang depa dah jadi Doktor. Laki bini doktor. Kalau korang nak minta nasihat dan minta servis depa boleh email aku di:    
                                                    sebemban@yahoo.com

Sebab ramai yang mesej aku...jadi aku letak terus 'Contact' Pak Verde nih. Senang korang nak berurusan, untuk makluman Pak Verde nih, memang ada buat 'Part Time' agensi untuk melancong...jadi boleh bincang dengan dia. Malahan cara dia bercakap pun dan macam 'Malaysian'. Kalau nak cakap dengan Ibu Ruby pun boleh... asalnya orang Klang.


Nama: Verde Wigid Putra

verde_wp@yahoo.co.id / mu2spirit@gmail.com
12 aug-30 august i was been in malaysia, if want to meet me there you are welccome 

you can also contact me in +6281330595231
or by Facebook (but i dont always update my facebook) prefer by email  or sms




OK...Babai...boboi.







Kota Batu, Malang Indonesia




Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita berkenaan Tanah Malang, Indonesia... Bukan malang tak berbau tapi Malang yang berbaloi. Kalau anda merancang nak berkahwin dan masih mencari tempat 'Honeymoon', ini adalah salah satu tempat yang aku cadangkan. Nyaman dan tenang disamping makanan yang enak dan menyegarkan.

Kota Batu ni juga tanah tinggi tapi taklah sejuk macam Bromo sebab rendah sikit kot, tapi bandar ni lebih maju dan mempunyai banyak kemudahan. Semasa disini kami menginap di Hotel Kusuma Agrowisata.Lupa pulak nak ambil gambar pintu depan...Ini sedikit gambar kawasan Hotel yang nyaman ini. Kami menginap di bangunan ala chalet...tapi ada juga bangunan besar macam resort biasa...


Untuk sarapan jer..bangunan sendiri

Gymnasium

Halaman depan bilik

Foto Wedding

Makan Budok..

Bangunan belakang tu bilik kami

Van ini digunakan untuk angkut penghuni hotel

Pintu depan Lobi

Tempat Makan

Suasana Hotel
Contoh hidangan sarapan


Ini Sedikit gambar berkenaan tempat penginapan kami di Tanah Malang. Hotel yang menarik untuk dilawati disamping pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan. Nak main tenis boleh, nak berenang boleh, Gym pun ada dan paling penting, ketenangan ketika berada disini...memang terbaik. Layanan pekerja dia pun 1st class sebab masa nak angkat beg...berebut pekerja dia beb.
Selepas angkat, tanya lagi apa yang tak cukup. Diaorang boleh uruskan disamping buat muka mesra, tapi yang penting sekali adalah TIPS kena beri ler...10000 rupiah/seorang pun dah cukup, kira2 RM3 kita. Makanan kat sini boleh dikira enak juga...masa sarapan pun kami dah puas hati sebab makanannya, suasana mengadap kolam renang dan berlatar belakangkan gunung...Malaysia takde macam ni.

Sebab apa Agro Wisata..sebab ada kebun epal dan strawberi. Boleh lawat, petik dan makan terus...baguskan. Bila kita check in kat sini dapat pakej lawatan ke kebun dan boleh petik 2 biji/seorang epal. Kalau nak lebih boleh beli sebab bandar ni memang pengeluar epel dan berlambak sekitar bandar nih. Ini sikit gambar.

kebun  strawberi...kebun Cameron cantik lagi

Boleh beli...murah2

Signboard kedai
Jenis epal yang ditanam

Kunci Pintu

Kami cuma tidur untuk semalam..rugi2 betul. Kalau boleh biar 2 atau 3 malam baru berbaloi datang Kota Batu nih. Jadi kami cuma makan malam sekali jer iaitu di...

Sini kami makan
Makanan yang sedap dan ada menyediakan sate berdesir lagi...haaaa, korang kena cuba tu.
Esoknya kami pergi ke SELECTA, kat sini ada taman tema air. Tapi tak berbaloi pun. Cuma mereka ada kebun bunga yang cantik..maaf gambar yang aku upload tak cantik sebab kebanyakan gambar bini aku dok posing jer...jadi tokleh upload ler...Nanti kena karate plak.

Kolam

Air pancut..nak shooting memang cantik

Kolam lagi

Taman tema air

Gerai makanan ringan

Taman tema air yang tak best macam Sunway
Taman Bunga Selecta

Peta

Depan Gerai...mamat ni tengah tunggu bini dia shopping

Kalau anda kesini, sila pergi ker gerai makanan ringan yang menjual pelbagai jenis keropok yang memang asal dari buah seperti epal, nangka, salak dan banyak lagi. Makanan ringan Indonesia memang banyak disini dan dihasilkan di Malang. Masa ni kami beli banyak2 sebab memang susah nak cari.
Habis dah cerita di Malang..kalau ada kelapangan tempat ni Wajib dilawati, malahan aku sendiri akan datang lagi sebab masih belum melawat:
1- Masjid Turen...masjid yang dikatakan dibina oleh Jin.
2-Zoo...sini menarik sebab manusia duduk dalam sangkar, haiwan plak bebas.
3-Beberapa tempat lagi

Dengan kata lain berbaloi...Ok itu jer

Bye.











Monday, July 23, 2012

Restoran Ngelencer....Surabaya



Assalamualaikum...

Ini adalah catatan terakhir berkenaan Makan di Indonesia. Banyak pengalaman yang boleh kami dapati ketika disini yang mana budaya pemakanan mereka lebih luas dan pelbagai resepi. Bagi pengemar makanan ala melayu anda wajib menjelajah ke Surabaya untuk menikmati hidangan yang membangkit selera..

Kali ini kami makan di Restoran Ngelencer..gitulah sebutannya kottt...dah lupa ambee. Restoran ni ada patung Katak, entahlah aku pun tak faham. Tapi restoran Muslim dan kedudukannya sebelah dengan Masjid Cina, nanti aku cerita pasal masjid tu.



Macam udang goreng tepung

Kat Malaysia cuma ada cendol dan Abc...sini perpuluh jenis ada.

Es = Ais di Malaysia

Bak Pio...macam pau tapi mengunakan tepung keledek.
Rasanya memang terbaekkkkk...

Ais apa tah..tapi ada campuran buah

Best


Aku minum Es Ngelencer...berbaloi

Ini Bak Pio tadi

Tempe penyek

Sambal ni terbaik semasa kami di Surabaya

Tag Line Restoren

Ayam Penyet

Sup apa tah

Udang Pasir Mas

Ikan Talapia..nama sana apa yeee?
Serba sedikit hidangan untuk tatapan anda semua...menyelerakan. Sila terus ke Web AirAsia dan tempah. Memang berbaloi makan kat sini, cuma anda perlu tanya pemandu pelancong supaya membawa ke Restoran yang besar dan enak bangat...
Kami berlima sekali makan sekitar RM70...kira ok dah berbaloi sebab memang makan sampai sentap punya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...