Pages

Saturday, July 28, 2012

Kota Batu, Malang Indonesia




Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita berkenaan Tanah Malang, Indonesia... Bukan malang tak berbau tapi Malang yang berbaloi. Kalau anda merancang nak berkahwin dan masih mencari tempat 'Honeymoon', ini adalah salah satu tempat yang aku cadangkan. Nyaman dan tenang disamping makanan yang enak dan menyegarkan.

Kota Batu ni juga tanah tinggi tapi taklah sejuk macam Bromo sebab rendah sikit kot, tapi bandar ni lebih maju dan mempunyai banyak kemudahan. Semasa disini kami menginap di Hotel Kusuma Agrowisata.Lupa pulak nak ambil gambar pintu depan...Ini sedikit gambar kawasan Hotel yang nyaman ini. Kami menginap di bangunan ala chalet...tapi ada juga bangunan besar macam resort biasa...


Untuk sarapan jer..bangunan sendiri

Gymnasium

Halaman depan bilik

Foto Wedding

Makan Budok..

Bangunan belakang tu bilik kami

Van ini digunakan untuk angkut penghuni hotel

Pintu depan Lobi

Tempat Makan

Suasana Hotel
Contoh hidangan sarapan


Ini Sedikit gambar berkenaan tempat penginapan kami di Tanah Malang. Hotel yang menarik untuk dilawati disamping pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan. Nak main tenis boleh, nak berenang boleh, Gym pun ada dan paling penting, ketenangan ketika berada disini...memang terbaik. Layanan pekerja dia pun 1st class sebab masa nak angkat beg...berebut pekerja dia beb.
Selepas angkat, tanya lagi apa yang tak cukup. Diaorang boleh uruskan disamping buat muka mesra, tapi yang penting sekali adalah TIPS kena beri ler...10000 rupiah/seorang pun dah cukup, kira2 RM3 kita. Makanan kat sini boleh dikira enak juga...masa sarapan pun kami dah puas hati sebab makanannya, suasana mengadap kolam renang dan berlatar belakangkan gunung...Malaysia takde macam ni.

Sebab apa Agro Wisata..sebab ada kebun epal dan strawberi. Boleh lawat, petik dan makan terus...baguskan. Bila kita check in kat sini dapat pakej lawatan ke kebun dan boleh petik 2 biji/seorang epal. Kalau nak lebih boleh beli sebab bandar ni memang pengeluar epel dan berlambak sekitar bandar nih. Ini sikit gambar.

kebun  strawberi...kebun Cameron cantik lagi

Boleh beli...murah2

Signboard kedai
Jenis epal yang ditanam

Kunci Pintu

Kami cuma tidur untuk semalam..rugi2 betul. Kalau boleh biar 2 atau 3 malam baru berbaloi datang Kota Batu nih. Jadi kami cuma makan malam sekali jer iaitu di...

Sini kami makan
Makanan yang sedap dan ada menyediakan sate berdesir lagi...haaaa, korang kena cuba tu.
Esoknya kami pergi ke SELECTA, kat sini ada taman tema air. Tapi tak berbaloi pun. Cuma mereka ada kebun bunga yang cantik..maaf gambar yang aku upload tak cantik sebab kebanyakan gambar bini aku dok posing jer...jadi tokleh upload ler...Nanti kena karate plak.

Kolam

Air pancut..nak shooting memang cantik

Kolam lagi

Taman tema air

Gerai makanan ringan

Taman tema air yang tak best macam Sunway
Taman Bunga Selecta

Peta

Depan Gerai...mamat ni tengah tunggu bini dia shopping

Kalau anda kesini, sila pergi ker gerai makanan ringan yang menjual pelbagai jenis keropok yang memang asal dari buah seperti epal, nangka, salak dan banyak lagi. Makanan ringan Indonesia memang banyak disini dan dihasilkan di Malang. Masa ni kami beli banyak2 sebab memang susah nak cari.
Habis dah cerita di Malang..kalau ada kelapangan tempat ni Wajib dilawati, malahan aku sendiri akan datang lagi sebab masih belum melawat:
1- Masjid Turen...masjid yang dikatakan dibina oleh Jin.
2-Zoo...sini menarik sebab manusia duduk dalam sangkar, haiwan plak bebas.
3-Beberapa tempat lagi

Dengan kata lain berbaloi...Ok itu jer

Bye.











3 comments:

  1. uw,,, mantab jalan jalan anda ke Malang.....
    semoga senang dan bisa kembali lagi untuk bulan madu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih...memang dalam perancangan untuk ke Agrowisata lagi...

      Cuma masa belum tiba.

      Delete
  2. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Joom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps sahaja.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...