Pages

Saturday, July 21, 2012

Ronda Pulau Pangkor

Assalamualaikum...


Kali ni nak cerita pasal Pulau Pangkor puleerrr....
Percutian ni dirancang secara ad-hoc jadi tak banyak benda nak cerita. Kalau nak pergi pulau ni kena naik kat jeti Lumut...ala tempat tempat tentera laut tu. Kalau nak parking memang senang sebab banyak dan bertingkat lagi....Kuala Perlis pun takde.
Kat jeti ni pun ada bermacam gerai makan dan cenderahati...maaf tak tangkap gambar sebab 'rushing' pasal dah waktu maghrib...tapi ada gerai CENDOL yang best kat situ. Taraf atuk dan Nenek yang jual, rasa 'legend' jugalah.

Best cendol ni..legend rasanya.


 Lepas turun feri, adalah van sewa yang akan ambil korang hanar terus ke chalet, hari tu aku berdua kena RM18 hinggit sevan. Kalau ramai lebih sikit jer kot...harga biasa jerlah.


Kami menginap di Sunsetview chalet, harga dia kira sederhana bagi sebuah chalet. Keadaan  bilik pun sekadar boleh tidur dan selesa bagi aku golongan marhaen nih. Kalau anda seorang yang cerewet, tempat ni tak sesuai sebab hanya ada kemudahan asas jer.
Suasana chalet

Lorong tengah chalet

Unik di Pulau Pangkor ada burung Enggang

PERSOALANNYA sekarang bukan pasal tempat tetapi cara owner dia berurusan dengan pelanggan; FIRST CLASS LOWER. Aku malas nak tulis panjang lebar pasal orang...kiranya tempat nih ok jer lah.
Ni gambar sekitar Pulau Pangkor.

Lorong ke Chalet

Kedai makan

Pantai waktu malam

Suasana ketika malam
Surau yang jarang digunakan

MAKAN
Pulau Pangkor memang sesak masa cuti bulan 12 hari tuh...bukan sesak jalan atau tempat shopping. Tapi sesak kedai makan. Kekurangan kedai makan amat dirasai sebab bila nak dapat kerusi kosong tu memang susah dan kalau ada pun mesti lama menanti. Kesabaran harus ditingkatkan terutama ketika makan malam.
Bila nak sarapan lagi susah, kena sewa motor nak cari nasi atau beli jer nasi lemak bungkus kat tepi pantai. Itu pun sorang jer jual, pukul 6.30 kena cari dah takut habis. Tu je untuk tajuk makan sebab takde yang spesial...

AKTIVITI
Snorkeling-Biasa jer, tak nampak batu karang. Cuma adalah satu kawasan kecil nak tengok ikan, berebutlah ramai2 masa waktu puncak. Aktiviti ini dijalankan kat pulau kecil dan hanya ada satu gerai burger kat pulau kecil nih..kira ok juga rasanya selepas penat mandi.

Tengah 'deal' harga bot

Gerai burger yang sempoi tapi sedap.

Lepas tu aku dan isteri sewa kayak plak...RM20,katanya sejam. Aku hentam tah berapa jam sambil menunggu keluarga aku mandi.
Last aktiviti naik bot laju, RM90 inggit untuk satu bot. Pusing tak sampai 10 minit kat sekitar lagun tuh, lepas tu dia tinggalkan kat pulau kecil...mandilah korang macam mandi kat pantai Port Dickson cuma kos nak pergi RM90. Pada aku tak berbaloi BEB...Aktiviti air yang boleh aku puji cuma kayak jer sebab murah dan Brader tu tak kisah berapa jam..

LAWATAN
Van teksi...boleh sewa bila nak ronda2
Kat sini takde kereta sewa macam Langkawi..cuma motosikal sewa disediakan, sewa RM30 lebih kurang. Aku tak sewa sebab owner chalet beri pinjam percuma untuk beli nasi. Kalau nak melencong pun boleh ambil van sewa, kira ada drebarlah. Sewa sekali lawatan dah lupa plak...murah jer.


Tempat lawatan:
1-tempat buat makanan ringan berasaskan ikan. Kat sini ada beberapa produk perikanan yang sedap juga, tempat tokey cina tapi ada sijil halal dan pekerja majoriti melayu. Kalau makcik dan nenek nak beli ikan masin kat sini memang berbaloi. Murah dan sedap rasanya...isteri aku cakaplah. Aku cuma pandai makan jer.

Keropok ikan pedas

Ikan bilis pelbagai pilihan

Gamat kering...buat sup sodap

Suasana kedai...bellilah pasti berbaloi

1 lagi tempat menarik ialah..jeng jeng jeng. Kota Belanda. Kota tinggalan yang memang nampak ditinggalkan. Cuma ada tapak dan dinding jer...kalau nak tengok tinggalan sejarah lebih baik tengok kat Melaka. Cuma kalau nak ambil gambar tu masih berbaloi. Van tu ada meronda kat tempat lain juga cuma permandangan biasa bagi aku iaitu kampung nelayan dan pekan kecil.

Kota Belanda...shoot model boleh!!!

Ini aku nak pesan: Duit bawak cukup2 sebab kat Teluk Nipah, kawasan banyak Chalet takde ATM=mesin duit. Kena pergi pekan baru ada Bank.


Tempat nak shopping pun takde sangat cuma nak beli cenderahati tu bolehlah...pulau ni cuma nak rehatkan minda. Tapi orang ramai giler, tak tahu minda korang relaks atau tidak. Kalau aku rasa nak balik cepat adalah....hahaha. Jnagan marah orang Pulau Pangkor sebab pisang goreng korang sedap juga...Bab goreng pisang pun satu hal, nanti cerita.


Cenderahati..banyak juga pilihan


KESIMPULAN
Aku cuma akan datang sekali jer ke Pulau nih sebab takde apa yang spesial bagi akulah. Kepada yang seronok tu silakan datang lagi sebab ada beberapa perkara yang menarik seperti pantai yang indah dan permai lagi sepoi2 bahasa, ikan talang kering yang best, chalet yang mendamaikan serta boleh melihat Pengkalan TLDM. Makanannya pulak kira oklah terutama goreng pisang yang aku hutang hari tu...Lepas makan lupa plak nak kira. Maka menjadi kewajipan aku untuk naik feri semula dan tidur semalam kat PULAU PANGKOR sambil membayar hutang.

Ini ada no telefon sebahagian chalet yang aku tangkap....senang utuk menjadi rujukan pembaca semua. Aku tangkap gambar terus sebab tak bawa pensel...huhuhu.









Ok bye kawan-kawan

3 comments:

  1. Kedai makan kureng, lama plak tunggu pad tu rega.. pelancong hu3

    ReplyDelete
  2. Betul kat Lumut kedai makan kurang...

    Kami kena berdiri sebelah meja untuk tunggu 'turn' makan.

    Kerajaan Perak kena atasi masalah ni, sebab kawasan tumpuan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...