Ini ada serba sedikit gambar yang boleh saya upload semasa menjalankan aktiviti melancong kat sana. Memang menarik tempat ni, walaupun kali terakhir saya naik ke Cameron Highland pada tahun 1991 tapi suasana masih belum banyak yang berubah terutama ladang teh. Tapi kalau nak dikaji bahagian pembangunan memang banyak sangat perubahan sebab bangunan dah semakin banyak dan ladang sayur juga semakin besar. Cameron adalah satu tempat yang harus anda pergi kerana ianya menyimpan cerita yang perbagai bagi sang pencinta kedamaian. Satu peringatan kepada sesiapa yang nak berhibur, Cameron bukanlah tempat yang sesuai.
Gambar yang saya upload adalah buah strawberi yang masam, gambar di cactus valley dan lawatan ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. Cactus kat situ memang banyak sungguh, kalau ada kelapangan saya akan upload lagi gambar cactus yang perbagai jenis dan warna. Lawatan ke ladang teh boh pula memang mencabar kerana jalan yang perlu dilalui sangat sempit dan berliku, masalah berlaku bila berselisih dengan kenderaan lain. Jalan yang digunakan agaknya dibina pada zaman British dulu yang mana kereta adalah 2 3 biji, diharapkan pihap Boh dapat melebarkan jalan untuk ke kilang mereka. Sepanjang hidup saya,inilah jalan yang paling menyeksakan untuk sampai ke destinasi. Ladang teh mereka memang cantik, malah anda akan mengalami satu kerugian jika tidak sampai kesana. Malah disana anda akan melihat mesin untuk memproses teh yang mana teknologi itu telah digunakan sejak tahun 1935. Satu yang menarik tempat ini adalah, mereka mempunyai pusat penerangan berkenaan teh yang bertaraf KL. Dimana kat situ kita boleh beli teh dan minum di kafe yang tersergam indah.
Lawatan kat situ memang berbaloi sungguh, dalam seminggu ni saya akan menceritakan perbagai kelebihan dan kekurangan Cameron mengikut kacamata pelancong biasa macam saya. Banyak gambar dan cerita yang ingin dikongsikan, diharapkan anda semua boleh memberi pendapat berkenaan apa yang saya tulis.
ok itu saja untuk kali ini.
Salam 1 Tapah
No comments:
Post a Comment