Salam Sejahtera
Apa khabar kepada semua, hari ni hujan turun secara renyai-renyai dekat kelantan. Kawasan Rantau Panjang telah semakin pulih dengan masalah banjir. Kiranya bolehlah jalan-jalan kat sana untuk shopping dan mencuci mata. Kat sini suasana perniagaan agak berbeza dengan negeri lain dimana peniaga melayu agak aktif berbanding negeri lain. Maka kita boleh melihat suasana agak meriah dengan hiruk pikuk peniaga melayu. Jika kita pergi ke negeri lain, pergantungan kepada orang cina agak keterlaluan sehingga jika cina menutup kedai maka tak makanlah orang melayu. Sesuatu yang patut kita ubah semenjak tahun 80 an lagi, ketika dasar ekonomi baru di perkenalkan. Ketika itu kerajaan telah cuba menyelaraskan agar ekonomi orang melayu setanding dengan bangsa lain dengan menetapkan 30% kek ekonomi dikuasai orang melayu, namun kini hanya 18% itupun setelah kekalutan ekonomi 1998. Mana peniaga kita, sedangkan kerajaan telah menyediakan tongkat yang begitu banyak untuk peniaga kita. Masakan dasar yang diperkenalkan tidak berjaya sedangkan peniaga kita hanya banyak berpegang kepada Ali Baba, satu konsep moden yang menyenangkan semua pihak. Siapa yang bersalah? Anda sendiri yang memberikan jawaban kerana saya takut penjara ISA.
Disinilah terletaknya tangungjawab kita sebagai umat islam, konsep berdiri atas kaki sendiri seharusnya menjadi pedoman yang penting bagi sebilangan kita. Walaupun ada etika tersendiri mengenai batasan seorang islam untuk berniaga, ianya sepatutnya menjadi satu wadah atau garis panduan berkenaan perniagaan. Kita sering menyalahkan banyak pihak atas kegagalan orang melayu berjaya dalam perniagaan, namun dimanakah kita sebagai pendokong wadah perjuangan islam. Orang islam sering bergaduh disebabkan oleh politik dan kepincangan agama namun dari sudut ekonomi kita sering hanya melalak menyalahkan orang lain. Sedang kaum cina dan india sedang memanjat tangga ekonomi Malaysia, kita hanya memandang dengan hati senang melihat dan berdebat dikedai kopi. Almalhum Tengku Abdul Rahman pernah berkata orang cina sibuk berniaga, orang india sibuk bercakap, orang melayu sibuk memerhati. Itu telah dinyatakan berpuluh tahun lalu, namun ianya tetap tidak berubah. Dimanakah kita ketika ini, sedangkan globalisasi sedang meratah tubuh bangsa melayu. Kita tetap hanya melihat dengan sabar, agar realiti ini akan berubah mengikut waktu dan kadar yang sesuai. Ketika negara China dan India sedang melabur di Malaysia, apa yang mereka bawa? ya budaya dan rakyat mereka, malahan kurnian melimpah ke bangsa mereka di Malaysia. Kita terus hidup sebagai pekerja bawahan, akuilah sahabatku kita sedang dihimpit oleh bangsa lain. Lihat pada pelaburan dari Jepun, Amerika dan Eropah, majoriti siapa yang menjadi top manager, adakah orang islam.
Sedarlah sahabatku realiti sedang berlegar di depan mata, namun sebagai masyarakat madani kita harus menjaga perpaduan kaum. Benar kaum lain tidak bersalah dalam hal ini, tudinglah jari ke muka kita sendiri kerana kita yang bersalah. Kita yang lalai dan tidak didedahkan secara betul mengenai apa yang patut kita buat. Tahniah kepada orang islam dan melayu yang telah membuka perniagaan biarpun anda dihina dan dikutuk, percayalah sinarnya akan muncul kembali. Sifat malas dan takut masih menebal di hati kita, kikis selagi ada masa. Hasad Dengki harus dibuang jauh, kerana inilah penyakit yang paling hina dalam perniagaan sehingga membawa kepada syirik. Julang semula bangsa kita menjadi kerajaan agung semasa kesultanan melaka. Saya hanya mampu menulis, kerana batasan sebagai penjawat biasa. Namun perniaga yang sedia ada harus bertindak lebih efektif membantu siswazah mengangur dan lepasan spm untuk menjadi orang hebat pada satu masa nanti. Kata pepatah Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh...
Itu sahaja untuk kali ini harapan saya agar tulisan ini dapat mencuit sedikit hati anda.
salam 1 Kota Bharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment