Pages

Thursday, December 3, 2009

kad kredit


Salam Sejahtera

Hari ni kita cerita berkenaan kad kredit pulak.
secara asasnya kad ni digunakan untuk kecemasan atau untuk membeli barang ketika duit dah takde dalam kocek. Disini ada beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk rujukan semua kawan-kawan sekelian, jadikan petikan ini sebagai rujukan dan pengajaran pada masa depan. Kadar interest normal kad kredit adalah 18% setahun lebih kurang 1.5% sebulan, agak tinggi juga sebab cuma along jer yang lebih tinggi, tapi kalau pembayaran cantik selama 1 tahun mungkin interest akan turun mengikut kadar yang ditentukan oleh bank negara. Kalau tak silap sampai 13.5%, cuba rujuk semula pada bank terdekat sebab dah tak berapa ingat. Jika bayaran lewat dari due date maka anda akan didenda mengikut kadaran bank, cuba tanya bank yang anda apply. contoh:
kalau anda telah mengunakan rm1000 dari kad anda maka kad anda akan dicaj 1.5% sebulan. Interest ni dikira pada baki hujung bulan pengunaan kad anda. Jadi rm1000 x 1.5% maka interest yang anda perlu bayar rm15. jadi bulan tersebut anda kena bil rm1015 sebulan, bil mungkin dalam rm50 sebagai bayaran minimum. Namun kalau boleh jangan membuat bayaran minimum kerana anda terpaksa menanggung baki tertunggak. Contohnya rm1015 ditolak rm50 jadi rm965, jadi bulan berikutnya kalau anda tak gunakan kad kredit maka rm965 x 1.5% jadi rm14. Maka bil anda pada bulan berikutnya adalah rm965 + 14 jadi bil anda rm979. Jadi elakkan membayar baki anda secara minimum, jika bil keluar meminta bayaran sebanyak rm100 eloklah anda membayar rm200.
Bank banyak memberikan promosi berkaitan kad kredit tapi anda harus memilih yang terbaik kerana walaupun perkhidmatan yang diberikan hampir sama tapi harus memikirkan perkara berkaitan:
1.percuma seumur hidup.
2.perkhidmatan pelanggan.
3.hadiah semasa nak apply dan mata ganjaran
   dan sebagainya.



Kadar caj adalah hampir sama kerana dikawal oleh bank negara namun perkara diatas harus diambil berat. Ikut statistik bank yang paling banyak pemegang kad adalah citibank diikuti oleh maybank. Kedua jenis ni saya tak pernah pakai namun boleh dipertimbang kerana ramai yang guna kad jenis ni, ikut orang lain kata citibank senang beri hadiah setelah dapat point yang cukup, maybank pulak banyak promosi. Bank lain juga ada menyediakan perkhidmatan yang baik seperti cimb, ambank, rhb, hsbc,hong leong, dan banyak lagi lah. Ini ikut pengalaman saya sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, rhb khidmat pelanggan dia kena baiki, cara layanan ala-ala je(saya memang tegas dalam khidmat pelanggan, masa kita susah kena bantuan khidmat pelanggan) walaupun promosi boleh tahanlah. Maybank pulak nak tembusi talian macam nak tembusi kubu susah juga. Hong leong payah nak lulus, dah 3 kali apply tak lulus juga. Mungkin bank untuk orang kaya. Ambank punya khidmat pelanggan the best untuk bank Malaysia(pandangan peribadi saja, Tan Sri tak bayar saya utk promosi nih...hehehe), mungkin Tan Sri Azman Hashim tegas dalam polisi in, macam aku sekarang pakai ambank realreward(skang dah takde kad ni) sebab free for life dan ada point realreward. Hsbc dan standard chartered pun boleh apply tapi percuma untuk setahun je rasanya. Satu lagi kena tanya pasal free for life sebab lain bank lain syaratnya. Ada yang kena swipe kad sekali sebulan ada yang 2 kali, rasanya ada yang swipe 6 kali je setahun, aku tak ingat dah bank mana cuma tanya kat depa. Tanya diorang maklumat pasal free for life ni betul-betul, jangan rasa tertipu plak nanti, kalau bank tu tak layan sound je pasal setiap application kita dia dapat komisen. Atau cari bank lain.

Islamic kad kredit sesuai untuk orang islam(elakkan riba' Yoppp)

Terbaik apply yang islamic punya, sebab denda dia tak tinggi dan tiada caj berganda anda. Kiranya kalau lambat bayar sebulan tak dicaj 2 kali ganda macam bank konvensional. Bank yang aku rasa ok sikit bank islam,bank rakyat, muamalat dan bank biasa yang ada islamic macam maybank, cimb dan ambank(Bank Rakyat kalau tak silap, setiap kali 'swip' dia akan call, tapi leceh bila nak buat 'internet banking', kena call selalu. Tapi safety memang tiptop kalau macam tu.). Kalau nak senang bayar maybank,cimb dan bank islam. Tapi kerja kl semua senang, tapi bagi saya mana bank yang ada cash deposit mesin kira oklah. Kad yang saya minat sudah tentu bank rakyat, cimb petronas islamic dan cimb islamic , maybank petronas islamic dan maybank ikhwan atau ambank islamic. Bank antarabangsa ok, tapi susah nak bayar sebab cawangan kurang. Payah nak bayar guna IBG sebab kena caj rm2 sekali bayar. Tapi ikut pengalaman, rhb dan ambank paling senang lulus. Apply AEON boleh tapi dia punya tukang kutip hutang kalau anda lambat bayar memang TEGAS. Dia punya call tak henti2 sampai anda fobia nak angkat telefon bila nombor tak kenal. Namun kelebihan pada promosi untuk pinjaman beli baranglah...AEON Credit kan banyak promosi.

Bagi saya PILIH islamic card...selamat dunia dan akhirat.
Sekarang saya bayar guna internet banking jer....mudah banggg(beberapa saat setel).

Syarat nak apply bawa:
1 salinan slip gaji terkini untuk 3 bulan terakhir
1 salinan kad pengenalan
dan lain-lain.

Tu je, tapi ada bank yang buat lawak nak juga salinan kwsp atau borang EA iaitu borang cukai.
selalunya nak slip gaji dan ic, ingat bawak juga yang original. Jadi anda buat kajian sendiri yek...
Nasihat berguna kalau malas nak tunggu lama sangat application dari satu bank ke satu bank. Anda hanya perlu apply semua bank yang anda tahu dalam satu masa. CONTOH ambil cuti satu hari pegi semua bank yang kita tahu, isi semua borang siap dengan copy payslip hantar terus ke bank. Sebab letih juga nak tunggu keputusan satu bank kemudian bila tak lulus, apply plak dengan bank lain, satu application ambil masa 2 minggu minimum untuk lulus. Kalau bank baik takpe, dia hantar surat kalau tak lulus. Ada bank buat bodooo jer bila pelanggan tak lulus. Sebagai pelanggan kena selalu telefon Call Centre, sebab sepupu saya hampir 2 bulan tunggu, tengok tak lulus( Bikin panas line jer) Baik buat sekali gus, kalau lulus 1 kira oklah. Kalau lulus sampai 3, pilih 1 je yang lain kasi POTONG.

Risiko kalau apply banyak nih, kerajaan caj terus RM50 kalau kad lulus. Kalau 10 yang lulus masak anda bayar RM500 terus ke kerajaan...pandai2 merancang dan bermain dengan risiko nih....Heeemmm.
Peringatan 70% kes muflis di Malaysia adalah penguna kad kredit yang berusia muda. Jangan pula anda tergolong dalam golongan ini, susah hidup nanti kena tindakan mahkamah.

 Belanjawan tahun 2010 setiap keping kad kredit akan dikenakan rm50 caj cukai, kalau pakai 4 keping kena cukai rm200 setahun, banyak weh beri duit pada kerajaan. Sebab tu elok pakai sekeping je, dan berkhemah dalam mengunakan kad kredit. Jangan swipe ikut suka kelak kantoi plak. Satu lagi Jangan mengeluarkan cash mengunakan kad kredit sebab akan dicaj lebih setiap pengeluaran tak termasuk interest, interest dia plak ikut hari. Dahsyat nanti anda tengok ada tulis ' late charge'.Bukan anda lambat bayar sebenarnya cuma  'late charge' tu adalah interest untuk pengeluaran tunai mengunakan kad kredit.
Itu je untuk catatan, kalau ada maklumat tambahan akan di kemaskini kemudian. Jika ada soalan sila ajukan kemudian dalam blog, fb atau msg
Maklumat saya mungkin kurang tepat...jika ada tambahan sila perbetulkan. Ini juga adalah pandangan peribadi,  jadi Tokey-tokey bank jangan marah yek...

Maklumat terbaru..anda boleh guna kad kredit 2 jenis bank jer bermula 2012. Jika mahu lebih maklumat sila  google ok sebab kebanyakan tulis dalam bahasa inggeris...saya lemah skit.

Ini pandangan peribadi, takde sesapa pun bayar OK...
Jika menyentuh sesetengah pihak ianya adalah tidak disengajakan.

Sebarang soalan: Email ke      sebemban@yahoo.com
Mana yag boleh jawab saya jawab, mana yang terlalu teknikal sila pergi BANK yang terdekat dengan anda. Saya bukan pegawai bank, cuma guru kanak-kanak riang jer..... :-)@

salam 1 Kuala Lumpur

41 comments:

  1. Bagus info nie..
    terima kasih..
    saya guna Kad Kredit AEON.. tak apply pun..
    AEON yang call tawar kat tu..
    tapi dalam bil.. awal2 dah kena cas RM50.. goverment tax katanya.. hm..
    takpa pah.. tengah tunggu jawapan dari Maybank dengan Bank Simpanan Nasional..
    dapat mana2 kat kredit yang lain.. nak stop la kat kredit AEON nie..
    susah la nak bayar.. kaunter tak banyak.. nak kena buang masa pi Jusco yang ada AEON Centre.. buang duit lagi.. (mdfisol@yahoo.com)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..
    Ada jugha orang yang dapat manfaat atas maklumat ini. Perkongsian pengalaman bekas pekerja yang terlibat dalam industri kad kredit...
    Caj kad kredit rm50 dikenakan apabila kad kita lulus...walaupun mana-mana bank di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Kadar interest normal kad kredit adalah 18% setahun lebih kurang 1.5% sebulan...
    so, pe yg 0% interest fee tu???
    sy mmg xphm..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar 18% setahun atau 1.5% sebulan adalah charge atas baki yg tertunggak shj. Klu anda swipe rm200 sebulan, dan bayar rm200 sebelum bil bulan berikutnya keluar, maka anda tidak akan dikenakan apa-apa charge.
      0% instalment pula adalah belian secara instalment. Sebagai contoh, seandainya anda beli barang berharga rm1200 (menepati terma dan syarat) anda boleh bayar rm100 sebulan selama 12 bulan tanpa ada charge tambahan. Tapi klu rm100 tak bayar pada bulan pertama hingga masuk bulan kedua, rm100 yg tertunggak pada bulan pertama itu akan kena charge.

      Delete
  4. As'salam

    Lambat reply sebab kurang aktif menulis sekarang nih.
    Terima kasih kerana membaca blog nih...dah 4 tahun saya meninggalkan dunia perbankan jadi mungkin maklumat yang saya tulis kurang "update".

    Terima kasih kerana membaca dan memberi reply.
    Kadar normal kad kredit memang pada kadar 18% setahun tp beberapa tahun lepas bank negara ada mengubah dimana jika pembayaran kita baik pada setiap bulan maka ada diskaun pada 'interest' tu. Paling rendah adalah 13.5% setahun. Pembayaran baik adalah bermaksud membayar jumlah minimum yang dibil oleh bank pada 'due date' tersebut. Jadi marilah kita membayar secara berlebihan setiap bulan agar hutang kita makin cepat habis. Maaf kalau saya cakap kad kredit ni macam hantu...selagi ada pada kita mesti nak guna sokmo.

    Pertanyaan saudara:
    0% tu apa? Ni saya nak terang sikit...tapi mungkin dalam post saya beberapa hari lagi. Sebab saya rasa nak menulis semula kerana sokongan anda semua...lagipun kena kumpul sikit maklumat. Lebih kurang macam ni: 0% adalah kemudahan pembayaran ansuran secara bulanan mengikut tempoh tertentu dan 'interest' nyeeee adalah KOSONG%. Anda cuma dikenakan caj fee sahaja sekitar RM30-80 atau lebih bergantung pada bank dan tempoh ansuran. Tempoh ansuran pula adalah antara 3 bulan hingga 3 tahun. Syokkan...sebab boleh beli barang pada harga asal dengan sedikit kos sahaja. Kalau guna kad kredit biasa kena paling murah 13.5% setahun. Ini 0% mesti best sangat...Tapi jangan tertipu dengan penjual, saya ulang penjual barang, BUKAN bank.
    Nanti saya cerita petua dia macam mana nak beli guna 0 persen.
    Nantikan tulisan saya kemudian...Maaf lambat baca komen saudara, pencen menulis kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tulis lagi bab 0%...hahaha.

      Maaf terlupa campur sikit malas..hahahha.

      Nanti saya tulis...sebelum Raya Cina.
      Aduh....

      Terima kasih..

      Delete
  5. Salam Sejahtera...

    Jika anda ada soalan yang agak teknikal sila tulis email anda dalam komen. Saya akan reply bila terbaca komen anda. Namun soalan teknikal yang mudah sahaja sebab saya bukan pakar dalam soal perbankan, kalau nak maklumat yang agak 'advance', sila telefon bank negara sebab ada unit yang boleh melayan pertanyaan anda.
    Silalah bertanya sebab saya gembira membantu...:-}

    ReplyDelete
  6. salam . . sekiranya kita ada 2 kad kredit . .bulan pertama kita hanya guna kas kredit yang pertama . . kemudian . .jumlah wang yg telah kita gunakan untuk kad kredit pertama tu kita bayar dngn menggunakan kad kredit kedua . .bulan seterusnya kita bayar kad kredit yg kedua 2 dengan kad kredit yg pertama dan hanya pusing2 mcmtu jek setiap bulan . .adakah boleh cara mcmtu digunakan . . boleh ke bayar kad kredit yg lain dengan menggunakan kad kredit yg lain . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      Macam mana eekk..
      Saya tak faham soalan sebenarnya...mungkin nak masuk usia tua, lambat pick up.

      Apa yang saudara buat tu sangat berisiko. Kalau buat macam tu boleh pergi bankrup. Sebab saudara cuma menambah hutang kedua jenis kad secara berkala. Hutang kad pertama ditampung dengan kad kedua, bulan seterusnya macam tu juga. Jadi saudara tidak akan mengurangkan sesen pun hutang.

      Menjawab soalan saudara...boleh atau tidak.
      Jawaban saya: TAK PASTI.
      Sebab saya tak pernah cuba lagi teknik ni. Malah ini kali pertama saya dengar. Saya akan usahakan untuk mencari jawaban pada masa akan datang.

      Bagi pihak Bank pula, apabila anda membayar hutang kad kredit dengan kad kredit juga, ianya akan meninggalkan rekod cara pemabayaran.
      Bagi pengetahuan semua, cara anda bayar setiap hutang walau apa jenis sekalipuan akan direkod oleh Bank. Contoh kalau bayar cc(card Credit) dgn cc juga mungkin akan membuatkan Bank curiga...kerana transaksi itu berisiko.

      OK, selepas memikir beberapa minit ada rumusan yang saya boleh buat :-) ...saya beri satu situasi:
      JIka saudara bayar CC1(Card Credit 1) pada bulan januari mengunakan CC2(cARD cREDIT 2). Maka CC2 saudara pada bulan januari tidak berbayar sebab saudara mengunakan untuk membayar CC1. Apabila sampai Due Date CC2, bank akan telefon untuk menjelaskan bil. Jika anda tak bayar juga CC2 sekitar tengah bulan Februari maka Bank CC2 akan BLOCK. Bila dah kena block jadi susahlah. Rekod anda sudah tercemar di mata bank...hihihi.

      Contoh: 1(bayar) 0(tak bayar)

      Kad Kredit 1 Kad Kredit 2
      Januari 1 0
      Februari 0 1
      Mac 1 0
      April 0 1
      Mei 1 0
      Jun 0 1

      Jadi corak pembayaran anda bersilang...ini contoh mudah maksud soalan saudara. Tapi rasanya bulan Mac bank CC2 dah pelik dengan cara pembayaran.
      Kesimpulannya...Jangan sesekali mengunakan teknik itu sebab akan memudaratkan saudara. Balik kepada naasihatt saya sebelum nih...Pakai HANYA 1 keping Kad Kredit.


      Kalau ada soalan lagi boleh tanya...

      Saya sekarang seorang guru, jadi tak terlibat lagi dalam dunia perbankan...namun oleh sebab minat, saya masih membuat kajian berkaitan kewangan. Jika ada tersilap maklumat, mohon diperbetulkan.

      Sekian Terima Kasih..

      Delete
  7. wahhhh berinformasi btl...sedikit sbnyk dpt la jgk info wlupun ada jgk yg xbrapa fhm...tp xpela nt sya nk gna sya rujuk pegawai hanif sndr laaa....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang mana yang tak faham tuh...
      Sila tulis dalam komen.
      I akan terangkan seringkas mungkin.

      I sibuk sangat sekarang sebab banyak Meeting tergempar...itu belum meeting Pilihanraya lagi..jadi takde masa terluang.

      Hahahaha...U nak tanya 'direct' pun boleh...cuma ada service caj.

      Terima kasih sebab baca blog nih.

      Delete
  8. Sangat informative. Saya nak tanya, jika seseorang tu telah settled dan clear bankrapsi dia boleh ke dia apply Kad Kredit? Berapa lama dia kena tunggu selepas clear? Tujuan nak kad kredit hanyalah untuk keluar negara atas urusan kerja mengelakkan risiko membawa wang tunai yang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...

      Saya tak mampu nak jawab soalan tu kerana kurang mahir dalam undang-undang bankrapsi.

      Sepengetahuan saya..
      Kalau kita apply kad kredit, Bank akan check CTOS(agensi swasta) dan CRISS(Bank negara punya).

      Jsdi kalau 'clear' keduanya maka takde masaalah. Namun begitu bank juga ada sistem dalaman yang mana ada pengkalan data sendiri berkenaan 'blacklist'. Selalunya orang ni ada rekod buruk dengan bank tersebut, tetapi bank lain ok jer.

      Sebab tu kadang kita pening...CTOS dan CRISS ok jer...tapi bank 'reject' juga.
      Jika jadi gitu...pergi jer bank lain.

      Soalan yang tuan tanya tadi...maaf saya tak boleh jawab.
      Sebab memang tak pandai...tp kalau tuan nak kepastian, cuba call bank negara berkenaan soalan nih..

      Delete
  9. Terima kasih diatas informasi diatas.

    ReplyDelete
  10. kereta sy pernah kena tarik, tapi cepat2 setelkan bayar dlm masa 3 hari lepas tu. skg ada satu bulan terlebih dlm bayaran installment kereta tu. sbb masa tu ada msalah kat tempat keje.
    so skg dah keje tempat baru gaji RM2500. 3 bulan. nak apply kad kredit Islamik (Bank Islam atau AM Islamic) utk emergency. loan kereta sy under AmBank. rasa2 boleh lulus ke?

    email sy : zerochasis@yahoo.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya saya jawab kat sini sahaja...boleh kongsi dengan yang lain.

      Jika kereta tuan kena tarik maksudnya sekurang-kurangnya dah 3 bulan kereta tuan tak bayar. Ini akan menjejaskan rekod CCRIS tuan di Bank negara. Rekod CCRIS akan kekal selama setahun, jika rekod CCRIS tuan dah buruk dalam tahun ni susahlah nak lulus sebarang pinjaman atau kad kredit.

      Rehat setahun daripada 'apply' sebarang pinjaman.
      Lepas habis pantang baru 'apply'...sabar yeeerr. Sistem perbankan Malaysia memang kejam.

      Delete
    2. Lupa nak tanya...berapa bulan tak bayar. Kalau setakat 1 atau 2 bulan, masih ada harapan nak lulus. Sebab sebahagian bank masih boleh pertimbangkan.

      Namun kalau 3 bulan keatas...sakit sikitlah Broo.

      Balik ke nasihat saya...REHAT SETAHHUN

      Delete
  11. salam..nak tanya sikit boleh? apa pndgn saudara ttg kad kredit united overseas bank( uob)? ada ejen promote kad ni & sy apply sbb tertarik..da lulus tp bila pkr2 balik rasa mcm nak cancel sebab nk byr susah coz takde banknya..kena guna maybank..cmne ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...

      UOB tak banyak cawangan kat Malaysia jadi susah sikit nak bayar. Jalan penyelesaian gunakan MEPS, sebab saya gunakan kad RHB tapi tiada cawangan RHB berdekatan sini. Jadi guna CIMBclicks dengan caj 50 sen kalau tak silap. Cuma kalau berkira bab caj kena tukar kad lainlah.

      Pandangan berkenaan kad tu....OK jer. Semua kad kredit hampir sama fungsinya, cuma ada beberapa perkara yang melebihkan sesuatu produk. Kalau cik nak cancel pun boleh dan kalau nak guna pun boleh, cuma nasihat saya jangan terpengaruh dengan PROMOSI sesuatu kad sebab yang kena bayar cik juga.

      Setiap kad kredit lebih kurang jer.
      Apa yang penting cara kita mengunakannya.

      Semoga bermanafaat.

      Delete
  12. Salam,

    Terima kasih utk info di atas. Saya memang tengah cari info pasal credit card ni. memang mbantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'Salam

      Terima Kasih kerana membaca. Jika ada sebarang pertanyaan, sila komen kat blog ni sahaja

      TQ

      Delete
    2. Saya pemegang baru cc.boleh saya tahu tempoh hari yang di kenakan bayar balik,oleh bank untuk elakkan dari di charge

      Delete
    3. Contoh saya swep card pada 25/9/14 bila tarik yang perlu saya bayar balik agar tidak di charge lewat bayar..?

      Delete
    4. Setiap BANK berbeza tarikh dia...cuba encik tengok kat Bil belah atas tu tarikh dia buat bil.

      Ada..selalunya atas belah kanan kalo tak silap. maksudnya encik kena bayar sebelum tarikh tu. Ini kerana caj interest dikenakan atas baki akhir bulanan.

      Jadi elok jika bayar terus sebelum tarikh.

      Kad saya selalunya bil dibuat 22hb setiap bulan...bank lain tak tahu pula. Cuba try and error jer, bayar sebelum tarikh bil dibuat.

      Kalo kena caj juga cuba awalkan lagi bayaran.

      Jika jawapan saya kurang tepat...maaf sebab buat bil kad kredit di bahagian lain. Pengalaman saya lebih kepada membuat penilaian loan sahaja
      .(((melulus atau mengagalkan)))

      Terima kasih

      Delete
  13. Saya ada satu kemusykilan. Dulu saya ada guna kad kredit visa dan saya convert ke kad kredit mastercard di bawah bank yang sama. Yang visa ni saya ade terbayar lewat sebab saya byr ke akaun mastercard yang baru. (Visa nak tutup akaun)So yg visa tu bank kenakan late caj dan saya da byr. After 1 year, bank suddenly naikkan interest fee dgn alasan saya ada lewat byr utk mastercard. Soalan saya, bank boleh naikkan fee utk kad kredit mastercard sbb dulu ade problem masa guna visa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak boleh jawab sebab tak tahu situasi sebenar dari pihak bank.

      Penukaran Visa dan Mastercard takde kaitan dengan peningkatan fee, mungkin ada salah faham sebab lambat bayar maka bank naikkan fee.

      Tuan perlu rujuk semula dengan bank berkaitan fee tersebut sebab melibatkan polisi bank itu sahaja. Setiap bank memopunyai polisi yang berbeza jadi untuk jawapan khusus telefon customer service adalah terbaik..

      Kalo pergi cawangan kadang kala jawapan dia kurang info.

      TQ

      Delete
  14. hi tuan.. sy pemegang kad kredit AEON Bank.. boleh kha sy membayar loan kereta dengan menggunakan kad kredit AEON. loan kereta sy Am bank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti bab itu...tiada pengalaman.

      Tapi saya nasihatkan jangan dibuat begitu kerana interest kad kredit 18% setahun...manakala kereta sekitar 3-5% setahun sahaja.
      Banyak perbezaan bayaran nanti.

      Kalau encik mempunyai masalah kewangan pembayaran kereta...cuba delay sebulan sahaja. Ya, cukup sebulan sahaja. Jangan lebih-;lebih. Takut bank tarik pula.
      Namun seeloknya saya cadangkan cuba cari sumber kewangan lain untuk cover loan itu dahulu seperti meminjam dari keluarga atau kawan.

      Terima kasih.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. hi tuan saya ingin memohon cc ikwan maybank..tp setelah membuat semakan criss sy dapati mempunyai tunggakan pinjaman kereta 1 bln..rekord bnk negara menunjukan angka 1 pada 6bln berturut turut..soalan sy adakah mybank akan menerima permohonan dan akan meluluskan permohonan kad kredit sy itu..

    ReplyDelete
  17. hi tuan saya ingin memohon cc ikwan maybank..tp setelah membuat semakan criss sy dapati mempunyai tunggakan pinjaman kereta 1 bln..rekord bnk negara menunjukan angka 1 pada 6bln berturut turut..soalan sy adakah mybank akan menerima permohonan dan akan meluluskan permohonan kad kredit sy itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Maaf lambat balas.

      Setiap bank berbeza polisi, jika rekod criss tuan hanya ada No 1, bank masih boleh mempertimbangkan permohonan tuan.

      Namun semuanya ergantung kepada Maybank. Jika permohonan tidak berjaya, tuan boleh membuat permohonan ke bank lain. Jika Criss hanya 1, masih ada peluang untuk lulus.

      Namun semuanya bergantung kepada polisi Bank.

      Tq

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Suami saya tiada rekod di ccris(tiada hutang) tapi permohonan kad kredit kt bsn tak lulus..gaji kasar 3200..hairan ni..nape ye...

    ReplyDelete
  20. Postingannya cukup bermanfaat. :D
    Numpang Promosi ya

    Anda Pengusaha/Manager Bank Perkreditan Rakyat (BPR) atau Koperasi tetapi
    pencatatan data-data masih manual?
    Atau anda sudah memiliki Sistem Informasi Bank Perkreditan Rakyat (BPR)
    atau Koperasi tapi masih kurang puas dengan sistem yang sudah ada?
    Atau mau buat Sistem Informasi baru tapi dana terbatas?
    Kami Solusinya..!!! Hubungi FERNANDES - HP : 083834375641 / BBM : 75286D3B
    / WEBSITE : cvelecomp.com

    ReplyDelete
  21. nak tanya, kalau setahun 18%, bersamaan sebulan 1.5% kan....
    kalau pinjam RM3,000 interest bersamaan RM1,620 utk 3tahun kan?
    kalau pinjam RM3,000 interest bersamaan RM540 utk setahun(12bulan) kan...
    dan bulanan RM295 ... kan? kan?

    ReplyDelete
  22. Nk tanya,boleh ke kad kredit aeon credit witdraw wang cash kt mesin atm maybank?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...