Pages

Tuesday, December 22, 2009

Sampai Bila Me-layu

Salam Sejahtera

Apa khabar kepada semua, hari ni hujan turun secara renyai-renyai dekat kelantan. Kawasan Rantau Panjang telah semakin pulih dengan masalah banjir. Kiranya bolehlah jalan-jalan kat sana untuk shopping dan mencuci mata. Kat sini suasana perniagaan agak berbeza dengan negeri lain dimana peniaga melayu agak aktif berbanding negeri lain. Maka kita boleh melihat suasana agak meriah dengan hiruk pikuk peniaga melayu. Jika kita pergi ke negeri lain, pergantungan kepada orang cina agak keterlaluan sehingga jika cina menutup kedai maka tak makanlah orang melayu. Sesuatu yang patut kita ubah semenjak tahun 80 an lagi, ketika dasar ekonomi baru di perkenalkan. Ketika itu kerajaan telah cuba menyelaraskan agar ekonomi orang melayu setanding dengan bangsa lain dengan menetapkan 30% kek ekonomi dikuasai orang melayu, namun kini hanya 18% itupun setelah kekalutan ekonomi 1998. Mana peniaga kita, sedangkan kerajaan telah menyediakan tongkat yang begitu banyak untuk peniaga kita. Masakan dasar yang diperkenalkan tidak berjaya sedangkan peniaga kita hanya banyak berpegang kepada Ali Baba, satu konsep moden yang menyenangkan semua pihak. Siapa yang bersalah? Anda sendiri yang memberikan jawaban kerana saya takut penjara ISA.
Disinilah terletaknya tangungjawab kita sebagai umat islam, konsep berdiri atas kaki sendiri seharusnya menjadi pedoman yang penting bagi sebilangan kita. Walaupun ada etika tersendiri mengenai batasan seorang islam untuk berniaga, ianya sepatutnya menjadi  satu wadah atau garis panduan berkenaan perniagaan. Kita sering menyalahkan banyak pihak atas kegagalan orang melayu berjaya dalam perniagaan, namun dimanakah kita sebagai pendokong wadah perjuangan islam. Orang islam sering bergaduh disebabkan oleh politik dan kepincangan agama namun dari sudut ekonomi kita sering hanya melalak menyalahkan orang lain. Sedang kaum cina dan india sedang memanjat tangga ekonomi Malaysia, kita hanya memandang dengan hati senang melihat dan berdebat dikedai kopi. Almalhum Tengku Abdul Rahman pernah berkata orang cina sibuk berniaga, orang india sibuk bercakap, orang melayu sibuk memerhati. Itu telah dinyatakan berpuluh tahun lalu, namun ianya tetap tidak berubah. Dimanakah kita ketika ini, sedangkan globalisasi sedang meratah tubuh bangsa melayu. Kita tetap hanya melihat dengan sabar, agar realiti ini akan berubah mengikut waktu dan kadar yang sesuai. Ketika negara China dan India sedang melabur di Malaysia, apa yang mereka bawa? ya budaya dan rakyat mereka, malahan kurnian melimpah ke bangsa mereka di Malaysia. Kita terus hidup sebagai pekerja bawahan, akuilah sahabatku kita sedang dihimpit oleh bangsa lain. Lihat pada pelaburan dari Jepun, Amerika dan Eropah, majoriti siapa yang menjadi top manager, adakah orang islam.
Sedarlah sahabatku realiti sedang berlegar di depan mata, namun sebagai masyarakat madani kita harus menjaga perpaduan kaum. Benar kaum lain tidak bersalah dalam hal ini, tudinglah jari ke muka kita sendiri kerana kita yang bersalah. Kita yang lalai dan tidak didedahkan secara betul mengenai apa yang patut kita buat. Tahniah kepada orang islam dan melayu yang telah membuka perniagaan biarpun anda dihina dan dikutuk, percayalah sinarnya akan muncul kembali. Sifat malas dan takut masih menebal di hati kita, kikis selagi ada masa. Hasad Dengki harus dibuang jauh, kerana inilah penyakit yang paling hina dalam perniagaan sehingga membawa kepada syirik. Julang semula bangsa kita menjadi kerajaan agung semasa kesultanan melaka. Saya hanya mampu menulis, kerana batasan sebagai penjawat biasa. Namun perniaga yang sedia ada harus bertindak lebih efektif membantu siswazah mengangur dan lepasan spm untuk menjadi orang hebat pada satu masa nanti. Kata pepatah Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh...
Itu sahaja untuk kali ini harapan saya agar tulisan ini dapat mencuit sedikit hati anda.

salam 1 Kota Bharu

Monday, December 21, 2009

Dah lama tak jumpa...

Salam Sejahtera
Apa khabar kepada semua, hari ni saya menulis setelah lama tak berbuat demikian. Kenduri pun dah lepas jadi legalah sikit kami sekeluarga. Pagi yang damai membuatkan hati rasa sungguh tenang, tapi banjir telah melanda Kelantan buat kali keempat. Inilah terjadi bila pencemaran bumi diambil sinis oleh manusia, maka yang menerima akibat adalah manusia yang lain. Sekarang berada di Kelantan, sebab lama tak menulis blog kerana lambatnya internet di Temerloh, menyakitkan hati je, kalau nak ikutkan nak tukar pada streamyx tapi tak boleh nak bawa kehulu dan kehilir. Cerita pun takde sangat sebab idea tak datang lagi, nanti kalau ada idea yang bernas bolehlah kita berkongsi lagi. Itu je untuk hari ini

salam 1 Tanah Merah

Thursday, December 10, 2009

Kenduri Adik

Salam Sejahtera

Dah lama tak update blog, sebab sibuk dan line internet macam hampeh kat kampung saya. Nilah yang perlu ditanggung jika mengunakan celcom broadband yang cuma sampai edge.Kalau kat Kelanatan hari tu ada 3G jadi adalah laju sikit je, tapi masih tak puas hati. Minggu ni ada kenduri kat rumah ni, adik saya yang ke 3 dah nak kahwin jadi sibuklah sikit. Sebab tu kena taip blog pada awal pagi kerana line masih ok dah masa adalah sikit.
Cerita Cameron nantilah saya update dari masa ke semasa, buat masa ni masih belum ada kesempatan lagi untuk menulis. Kejap lagi operasi untuk mengemas akan bermula jadi perlukan banyak tenaga dan pengorbanan masa dan tenaga.
ok itu saja untuk hari ni.

slam 1 Batu 4

Friday, December 4, 2009

Cameron Highland prt 2 cactus valley

Salam Sejahtera

Hari ni nak beri fokus kepada kaktus yang banyak tumbuh meliar kat dalam kedai apek. Tumbuhan ni selalunya berada di kawasan yang panas, namun ada juga jenis yang duduk kawasan sejuk. Kiranya boleh jumpa dimana-mana pokok ni yang mana mempunyai beberapa ciri yang menarik. Bab yang paling saya suka adalah pokok ni tak payah siram sangat kerana memang dah jenis dia tak payah guna air banyak. Kalau tanya kenapa? dah memang tuhan jadikan macam tu nak buat macam mana. Pokok ni tak perlu penyelengaraan yang berkala seperti pokok yang berdaun. Tapi kat Cameron ni, jenisnya perbagai dan ada antaranya memberi pandangan yang agak menarik terutamanya apabila jenis yang berbunga. Kat sini memang banyak jenis, jikalau anda peminat kaktus maka tempat ni memang wajib dilawati seantero keluarga.



Satu lagi tempat wajib anda pergi adalah strawberi farm, ini memang wajib pergi. Kat sini memang banyak buah beri yang korang selalu tengok dalam TV. Walaupun buahnya agak masam, malah indah rupa dari rasa tapi ada nilai eksotik dimana bentuknya agak menawan untuk dimakan bersama krim dan coklat. Mungkin bentuk dia yang menyebabkan orang suka tengok sambil mengelamun. Saya ada pergi satu ladang strawberi yang bernama raju hill, tempat ni kat atas bukit dan mempunyai pandangan yang menarik. Kat situ makan aiskrim, strawberi cream, strawberi cake dan strawberi shake. Rasanya oklah, tapi aiskrim memang best apabila dimakan dengan strawberi. Saya pun keliru macam mana tengah sejuk kat sini, macam mana orang malaysia masih boleh makan aiskrim. Pengalaman yang menarik untuk diceritakan pada anda semua, kepada sesiapa yang tak pernah pergi bolehlah pasang angan-angan nak naik kat atas bukit ni. Pasti anda berpuas hati bila sampai kat sini. Kos boleh dikatakan berpatutan, hotel bawah rm 100 semalam banyak wujud disini, makanan halal dan murah pun ada, harga sayur murah gilo dan segar babas. Kalau siapa pencinta sayur mehlah datang sini anda pasti suka bangat. JOM MAKAN AISKRIM

Itu jelah untuk hari ni, lain kali cerita lagi. Lupa nak beritahu, saya last sampai Cameron pada tahun 1991 bukan 1993. Ada kesilapan fakta disitu, masa tu baru darjah 4, naik bukit guna bas dan muntah tahap dewa gunung punya. Masa tu, sejuknya mengalahkan aircorn pejabat, tapi sekarang dah kurang pasal pemanasan global, jadi hargailah alam sekitar semasa ianya masih lagi ada. INGAT jangan main air banjir

salam 1 Ipoh


Cameron Highland prt 1





Salam Sejahtera

Ini ada serba sedikit gambar yang boleh saya upload semasa menjalankan aktiviti melancong kat sana. Memang menarik tempat ni, walaupun kali terakhir saya naik ke Cameron Highland pada tahun 1991 tapi suasana masih belum banyak yang berubah terutama ladang teh. Tapi kalau nak dikaji  bahagian pembangunan memang banyak sangat perubahan sebab bangunan dah semakin banyak dan ladang sayur juga semakin besar. Cameron adalah satu tempat yang harus anda pergi kerana ianya menyimpan cerita yang perbagai bagi sang pencinta kedamaian. Satu peringatan kepada sesiapa yang nak berhibur, Cameron bukanlah tempat yang sesuai.
Gambar yang saya upload adalah buah strawberi yang masam, gambar di cactus valley dan lawatan ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. Cactus kat situ memang banyak sungguh, kalau ada kelapangan saya akan upload lagi gambar cactus yang perbagai jenis dan warna. Lawatan ke ladang teh boh pula memang mencabar kerana jalan yang perlu dilalui sangat sempit dan berliku, masalah berlaku bila berselisih dengan kenderaan lain. Jalan yang digunakan agaknya dibina pada zaman British dulu yang mana kereta adalah 2 3 biji, diharapkan pihap Boh dapat melebarkan jalan untuk ke kilang mereka. Sepanjang hidup saya,inilah jalan yang paling menyeksakan untuk sampai ke destinasi. Ladang teh mereka memang cantik, malah anda akan mengalami satu kerugian jika tidak sampai kesana. Malah disana anda akan melihat mesin untuk memproses teh yang mana teknologi itu telah digunakan sejak tahun 1935. Satu yang menarik tempat ini adalah, mereka mempunyai pusat penerangan berkenaan teh yang bertaraf KL. Dimana kat situ kita boleh beli teh dan minum di kafe yang tersergam indah.
Lawatan kat situ memang berbaloi sungguh, dalam seminggu ni saya akan menceritakan perbagai kelebihan dan kekurangan Cameron mengikut kacamata pelancong biasa macam saya. Banyak gambar dan cerita yang ingin dikongsikan, diharapkan anda semua boleh memberi pendapat berkenaan apa yang saya tulis.
ok itu saja untuk kali ini.

Salam 1 Tapah

Thursday, December 3, 2009

kad kredit lagi

Salam Sejahtera

Semalam saya dah poskan satu artikel berkaitan kad kredit, namun ada sedikit kesilapan dalam penulisan. Jika anda mengeluarkan wang tunai mengunakan kad kredit maka akan dicaj 5% bukan rm50 seperti yang tertulis. Maaflah pada catatan yang tak betul sebelum ni. Ada juga perkara yang positif dalam pengunaan kad kredit iaitu ada program 0% instalment, yang mana anda boleh membeli barang tanpa dikenakan sebarang interest, cuma sedikit caj perkhidmatan lebih kurang rm50-rm80 bergantung pada bank. Kiranya kita beli macam bayar cash tapi dibuat secara ansuran, Tapi bergantung pada bank tempoh masa bayaran contohnya ambank perlu membuat pembelian rm1000 keatas dan tempoh masa bayaran selama 12 bulan, tak boleh kurang atau lebih. Ianya turut bergantung pada kedai tersebut yang mana ada menyediakan 0%instalment atau tiada. Ada kedai yang cuma menerima kad kredit tertentu sahaja untuk 0% instalment di kedai mereka. Namun jenis yang selalu diterima adalah citibank,maybank,cimb,rhb dan public bank. Rujukan mudah adalah kat kedai barangan elektrik macam seng heng. Kedai ni banyak terima 0% instalment, tapi pakej pembayaran bergantung pada bank.


Selalunya maybank,rhb dan Public boleh buat instalment selama 18bulan hingga 24 bulan, kiranya bulanan murah sikit tapi bayaran lama sikit. Setiap bank berbeza pakej had limit bayaran dan jumlah bulan, anda kena survey sendiri kat kedai tersebut. Contoh kalau nak beli TV, banyak kedai dan tengok dia punya 0% instalment. Pastikan pakej terbaik untuk anda, jangan dengar cakap jurujual kerana depa banyak bohong dan kadang-kala mengenakan caj tambahan pada anda. Jangan tertipu deh, pastikan harga yang mereka cakap sama dengan caj dalam kad kredit anda. Kalau guna Instalment AEON kadangkala memang banyak tipu jurujual ni. Memang pengalaman saya banyak berhadapan dengan mereka ni, mula cakap harga TV rm850, tapi bila proses dengan AEON mereka cakap rm940. Pelanggan hanya tahu bayar instalment saja, tak tahu jumlah yang dicaj pada kad kredit anda.

Sama juga nasib dengan 0% plan, nada perlu tahu berapa harga barangan sebenar dan berapa harga yang dicaj dengan bank. Pastikan anda jangan tertipu dengan tipu daya mereka, kelak merana.
Itu jelah untuk hari ni.. bye

Salam 1 Kota Bharu

kad kredit


Salam Sejahtera

Hari ni kita cerita berkenaan kad kredit pulak.
secara asasnya kad ni digunakan untuk kecemasan atau untuk membeli barang ketika duit dah takde dalam kocek. Disini ada beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk rujukan semua kawan-kawan sekelian, jadikan petikan ini sebagai rujukan dan pengajaran pada masa depan. Kadar interest normal kad kredit adalah 18% setahun lebih kurang 1.5% sebulan, agak tinggi juga sebab cuma along jer yang lebih tinggi, tapi kalau pembayaran cantik selama 1 tahun mungkin interest akan turun mengikut kadar yang ditentukan oleh bank negara. Kalau tak silap sampai 13.5%, cuba rujuk semula pada bank terdekat sebab dah tak berapa ingat. Jika bayaran lewat dari due date maka anda akan didenda mengikut kadaran bank, cuba tanya bank yang anda apply. contoh:
kalau anda telah mengunakan rm1000 dari kad anda maka kad anda akan dicaj 1.5% sebulan. Interest ni dikira pada baki hujung bulan pengunaan kad anda. Jadi rm1000 x 1.5% maka interest yang anda perlu bayar rm15. jadi bulan tersebut anda kena bil rm1015 sebulan, bil mungkin dalam rm50 sebagai bayaran minimum. Namun kalau boleh jangan membuat bayaran minimum kerana anda terpaksa menanggung baki tertunggak. Contohnya rm1015 ditolak rm50 jadi rm965, jadi bulan berikutnya kalau anda tak gunakan kad kredit maka rm965 x 1.5% jadi rm14. Maka bil anda pada bulan berikutnya adalah rm965 + 14 jadi bil anda rm979. Jadi elakkan membayar baki anda secara minimum, jika bil keluar meminta bayaran sebanyak rm100 eloklah anda membayar rm200.
Bank banyak memberikan promosi berkaitan kad kredit tapi anda harus memilih yang terbaik kerana walaupun perkhidmatan yang diberikan hampir sama tapi harus memikirkan perkara berkaitan:
1.percuma seumur hidup.
2.perkhidmatan pelanggan.
3.hadiah semasa nak apply dan mata ganjaran
   dan sebagainya.



Kadar caj adalah hampir sama kerana dikawal oleh bank negara namun perkara diatas harus diambil berat. Ikut statistik bank yang paling banyak pemegang kad adalah citibank diikuti oleh maybank. Kedua jenis ni saya tak pernah pakai namun boleh dipertimbang kerana ramai yang guna kad jenis ni, ikut orang lain kata citibank senang beri hadiah setelah dapat point yang cukup, maybank pulak banyak promosi. Bank lain juga ada menyediakan perkhidmatan yang baik seperti cimb, ambank, rhb, hsbc,hong leong, dan banyak lagi lah. Ini ikut pengalaman saya sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, rhb khidmat pelanggan dia kena baiki, cara layanan ala-ala je(saya memang tegas dalam khidmat pelanggan, masa kita susah kena bantuan khidmat pelanggan) walaupun promosi boleh tahanlah. Maybank pulak nak tembusi talian macam nak tembusi kubu susah juga. Hong leong payah nak lulus, dah 3 kali apply tak lulus juga. Mungkin bank untuk orang kaya. Ambank punya khidmat pelanggan the best untuk bank Malaysia(pandangan peribadi saja, Tan Sri tak bayar saya utk promosi nih...hehehe), mungkin Tan Sri Azman Hashim tegas dalam polisi in, macam aku sekarang pakai ambank realreward(skang dah takde kad ni) sebab free for life dan ada point realreward. Hsbc dan standard chartered pun boleh apply tapi percuma untuk setahun je rasanya. Satu lagi kena tanya pasal free for life sebab lain bank lain syaratnya. Ada yang kena swipe kad sekali sebulan ada yang 2 kali, rasanya ada yang swipe 6 kali je setahun, aku tak ingat dah bank mana cuma tanya kat depa. Tanya diorang maklumat pasal free for life ni betul-betul, jangan rasa tertipu plak nanti, kalau bank tu tak layan sound je pasal setiap application kita dia dapat komisen. Atau cari bank lain.

Islamic kad kredit sesuai untuk orang islam(elakkan riba' Yoppp)

Terbaik apply yang islamic punya, sebab denda dia tak tinggi dan tiada caj berganda anda. Kiranya kalau lambat bayar sebulan tak dicaj 2 kali ganda macam bank konvensional. Bank yang aku rasa ok sikit bank islam,bank rakyat, muamalat dan bank biasa yang ada islamic macam maybank, cimb dan ambank(Bank Rakyat kalau tak silap, setiap kali 'swip' dia akan call, tapi leceh bila nak buat 'internet banking', kena call selalu. Tapi safety memang tiptop kalau macam tu.). Kalau nak senang bayar maybank,cimb dan bank islam. Tapi kerja kl semua senang, tapi bagi saya mana bank yang ada cash deposit mesin kira oklah. Kad yang saya minat sudah tentu bank rakyat, cimb petronas islamic dan cimb islamic , maybank petronas islamic dan maybank ikhwan atau ambank islamic. Bank antarabangsa ok, tapi susah nak bayar sebab cawangan kurang. Payah nak bayar guna IBG sebab kena caj rm2 sekali bayar. Tapi ikut pengalaman, rhb dan ambank paling senang lulus. Apply AEON boleh tapi dia punya tukang kutip hutang kalau anda lambat bayar memang TEGAS. Dia punya call tak henti2 sampai anda fobia nak angkat telefon bila nombor tak kenal. Namun kelebihan pada promosi untuk pinjaman beli baranglah...AEON Credit kan banyak promosi.

Bagi saya PILIH islamic card...selamat dunia dan akhirat.
Sekarang saya bayar guna internet banking jer....mudah banggg(beberapa saat setel).

Syarat nak apply bawa:
1 salinan slip gaji terkini untuk 3 bulan terakhir
1 salinan kad pengenalan
dan lain-lain.

Tu je, tapi ada bank yang buat lawak nak juga salinan kwsp atau borang EA iaitu borang cukai.
selalunya nak slip gaji dan ic, ingat bawak juga yang original. Jadi anda buat kajian sendiri yek...
Nasihat berguna kalau malas nak tunggu lama sangat application dari satu bank ke satu bank. Anda hanya perlu apply semua bank yang anda tahu dalam satu masa. CONTOH ambil cuti satu hari pegi semua bank yang kita tahu, isi semua borang siap dengan copy payslip hantar terus ke bank. Sebab letih juga nak tunggu keputusan satu bank kemudian bila tak lulus, apply plak dengan bank lain, satu application ambil masa 2 minggu minimum untuk lulus. Kalau bank baik takpe, dia hantar surat kalau tak lulus. Ada bank buat bodooo jer bila pelanggan tak lulus. Sebagai pelanggan kena selalu telefon Call Centre, sebab sepupu saya hampir 2 bulan tunggu, tengok tak lulus( Bikin panas line jer) Baik buat sekali gus, kalau lulus 1 kira oklah. Kalau lulus sampai 3, pilih 1 je yang lain kasi POTONG.

Risiko kalau apply banyak nih, kerajaan caj terus RM50 kalau kad lulus. Kalau 10 yang lulus masak anda bayar RM500 terus ke kerajaan...pandai2 merancang dan bermain dengan risiko nih....Heeemmm.
Peringatan 70% kes muflis di Malaysia adalah penguna kad kredit yang berusia muda. Jangan pula anda tergolong dalam golongan ini, susah hidup nanti kena tindakan mahkamah.

 Belanjawan tahun 2010 setiap keping kad kredit akan dikenakan rm50 caj cukai, kalau pakai 4 keping kena cukai rm200 setahun, banyak weh beri duit pada kerajaan. Sebab tu elok pakai sekeping je, dan berkhemah dalam mengunakan kad kredit. Jangan swipe ikut suka kelak kantoi plak. Satu lagi Jangan mengeluarkan cash mengunakan kad kredit sebab akan dicaj lebih setiap pengeluaran tak termasuk interest, interest dia plak ikut hari. Dahsyat nanti anda tengok ada tulis ' late charge'.Bukan anda lambat bayar sebenarnya cuma  'late charge' tu adalah interest untuk pengeluaran tunai mengunakan kad kredit.
Itu je untuk catatan, kalau ada maklumat tambahan akan di kemaskini kemudian. Jika ada soalan sila ajukan kemudian dalam blog, fb atau msg
Maklumat saya mungkin kurang tepat...jika ada tambahan sila perbetulkan. Ini juga adalah pandangan peribadi,  jadi Tokey-tokey bank jangan marah yek...

Maklumat terbaru..anda boleh guna kad kredit 2 jenis bank jer bermula 2012. Jika mahu lebih maklumat sila  google ok sebab kebanyakan tulis dalam bahasa inggeris...saya lemah skit.

Ini pandangan peribadi, takde sesapa pun bayar OK...
Jika menyentuh sesetengah pihak ianya adalah tidak disengajakan.

Sebarang soalan: Email ke      sebemban@yahoo.com
Mana yag boleh jawab saya jawab, mana yang terlalu teknikal sila pergi BANK yang terdekat dengan anda. Saya bukan pegawai bank, cuma guru kanak-kanak riang jer..... :-)@

salam 1 Kuala Lumpur

Wednesday, December 2, 2009

Pulang dari Camneron Highland

selamat datang

Semalam kami telah memulakan perjalanan pulang ke Machang dengan membawa kenangan manis di Cameron Highland. Banyak perkara menarik yang hendak di ceritakan namun tidak dapat dituliskan pada hari ini kerana kesuntukan masa. Perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat dimana hujan turun sekali-sekala semasa dalam perjalanan. Cuaca pulak lebih banyak mendung dari cerah, jadi tak boleh pandu laju-laju untuk sampai cepat ke destinasi.
Cuaca kat sana memang sejuk, ditambah dengan musim tengkujuh yang menyebabkan ketar seluruh badan. Ada orang kata Cameron tak sesejuk dulu, kenyataan tersebut memang betul namun kesejukan seka,rang pun masih tidak tertampung oleh orang kita. Kain tuala tu, memang payah nak kering kalau dijemur dalam rumah. Gambar masih belum dimasukan dalam komputer jadi tak boleh nak upload, nanti saya akan tunjukkan gambar menarik.
Kesimpulanya Cameron Highland memang tempat yang menarik untuk dilawati bagi seisi keluarga. Namun kalau nak cari hiburan, ini bukan tempat yang sesuai untuk anda.

salam 1 Cameron Highland

Sunday, November 29, 2009

melancong bersama keluarga

selamat datang

Apa khabar pada semua rakan, semoga sihat seadanya, hari ni ada perancangan nak pergi ke Cameron Highland dengan keluarga mertua. Nanti saya akan upload gambar untuk tontonan semua, kalau ikutkan saya dah melancong seluruh negara kecuali sabah. Tapi tak pernah upload gambar tempat menarik, satu masalah lagi dulu jalan-jalan je takde kamera. Kini boleh ler tangkap gambar pasal dah beli kamera panasonic lumix, kira puas hati jugalah kualiti gambar kamera digital nih. Pegi Cameron yang kali terakhir saya jejak kaki pada tahun 1993 dulu masa lawatan sekolah. Sekarang nih tak tahu macam mana perubahan, selalu tengok tv je pasal kes pencemaran. Saya memang tak berkenan sungguh dengan orang yang kuat mencemar alam ni, patut sula secara live pasal telah merogol alam sekitar.

Kat sarawak pun lebih kurang je, tapi kerajaan negeri hanya melibatkan balak je. Masalahnya Cameron ni tempat pelancongan maka kalau dok gondol bukit tu maka tak sejuklah tempat yang terkenal sejuk. Tah apa yang difikir tokey sayur ni, kalau boleh boikot sayur Cameron, makan kangkung dengan pucuk paku je.

Tu je catatan sebelum pegi Cameron, hari lain tulis lagi
Nak bertolak dah...
tapi ada gambar lampiran ketam yang saya beli kat sarawak, harga rm18 je sekilo kat sana. Kat sini tak tahulah mungkin mahal lagi kot. Ini baru gambar penyepit je, kalau badan dia al-maklumlah.



Salam satu Cameron Highland

Wednesday, November 25, 2009

muka comei orang sarawak












selamat datang

Inilah antara muka orang melayu sarawak, yang mana mempunyai iras melayu semenanjung. Namun kalau diperhatikan dengan lebih jelas mungkin ada sedikit perbezaan. Wajah comel yang menghiasi penulisan ini hanya sebagai rujukan untuk kita lebih mengenali bangsa 1 Malaysia. Walaupun jauh dimata namun dekat dihati.
Sekolah Kebangsaan Sebemban merupakan salah sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Betong, Sarawak. Ianya merupakan sebuah sekolah bertaraf skm B yang mana terletak di tepi sungai. Kedudukan yang berhampiran sungai mencantikkan lagi persekitaran, namun begitu setiap bulan air sungai akan naik menghampiri sekolah. Menjadi kelaziman air akan naik setiap bulan mengikut tarikh yang tertentu. Suasana sekolah ini masih lagi agak ketinggalan namun tahap kebersihan masih lagi dijaga, walaupun agak buruk namun selesa untuk sesi pembelajaran.
Aku mengajar di tahun 1, kira lebih kepada KIA2M yang mana menumpukan kepada membaca dan menulis. Bini aku pun mengajar kat sini, fokus kepada sains dan english. Kami sama-sama mula mengajar kat sini sebagai guru baru. Mengajar kat sini kira okeylah sebab tak tension macam KL, kat sini relaks je sebab ibu bapa tak gila-gila pasal pelajaran anak. Cuma kita sebagai guru yang perlu lebih bertekad untuk membantu mereka.

Kat sini murid agak lambat menerima pengajaran, namun ada juga individu yang boleh mencapai kecemerlangan jika diberi tumpuan yang lebih baik. Jika persekitaran pembelajaran seperti sekolah sebelah semenanjung, mungkin sekolah ni boleh melahirkan pelajar 5A. Sebab murid dia bukan bodoh pun, cuma persekitaran yang kurang menyumbang kepada akademik menyebabkan mereka agak ketinggalan.

Bercerita sedikit berkenaan populasi kaum di Sarawak, penduduk Melayu tidak sampai 1/3 dari penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan majoriti kat sini yang mana kebanyakan menganut agama kristian. Kat Sarawak ni majoriti penduduk adalah kristian merangkumi iban, cina, bidayuh, kenyah, kelabit, melanau, orang ulu dan sebagainya. Namun ada juga antara mereka yang menganut islam. Manakala cina masih ramai yang buddha, hindu plak rasanya agak kurang penduduk bangsa india kat sini.

Bangsa melayu kat sini dikenali sebagai melayu sarawak, mereka ni macam kitalah, sama

dalam semua sudut. Cuma mungkin ada sikit perbezaan budaya dan adat resam. Nama orang kat sini pun unik-unik juga contohnya sahda, lapok, jules, gersak dan macam-macam lagi. Namun nama ikut islam pun ramai macam shafiq, mohamad, rizal dan sebagainya. Biarpun berjauhan namun kita semua harus sedar persaudaraan antara kita harus diteruskan untuk bangsa dan agama.

Itu jelah untuk hari ni, kalau ada apa-apa nanti aku akan update kemudian. Mungkin akan memaparkan video pertama dalam blog ini, spesial punya sebab aku ada banyak video berkaitan kebudayaan. Cuma belum masa untuk ditayangkan kepada umum sebab saje-saje.

Kepada semua blog ini menyokong kepada program jalan-jalan cari makan, maka jika ada cadangan atau pertanyaan boleh email je. Kalau Bandaraya Kuching tu rasanya bolehlah cerita sikit-sikit macam mana nak melancong secara budget, sebab aku taulah tempat murah dan yang paling penting makanan halal.(kalau nak selamat makan je kat kfc dan mcd) Maklumlah kat sini kurang kedai makan halal.

Jadi berhati-hati ketika memilih kedai makan

Itu je untuk kali ni,lain kali jumpa lagi. Kat Kelantan cuaca cerah, mungkin banjir akan surut lagi. Tak lupa kepada semua Selamat Hari Raya Haji.

salam 1 kelantan

Monday, November 23, 2009

duit dimana kau duit

salam 1 kelantan

Ingin memiliki duit yang banyak:
senang tapi sabar. Caranya ada tapi kena ada sedikit usaha dan banyakkan bersabar serta berjimat.

Melalui SIMPANAN!Simpanan bermaksud anda menyimpan wang diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun!
Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan
(Tahukah anda masa adalah musuh utama kerana ianya bakal menentukan sama ada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika anda bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus,anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!
Tetapi jika anda leka dan telah berumur55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai65 tahun!Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun
Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)
Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!(Anda rugi RM106,066!)
Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!(Anda rugi RM428,224!)Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang,inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan.

ini hanya sebagai renungan untuk semua maka hendaklah berfikir sejenak apa yang telah direncanakan diatas. Kita berhak untuk hidup senang lenang, namun orang yamng menafikan hak kita adalah diri sendiri.

ok itu saja untuk hari ni...

salam banjir dari machang

Sunday, November 8, 2009

Hujan Yang Pasti







Hari yang berbahagia.






Beginilah jalan ke sekolah pada waktu hujan, pagi ni hujan tak berhenti turun memberi satu cerita untuk kita semua. Mesti kereta comot tahap gila lepas ni, itulah nasib guru kat sarawak kena hadapi dengan tekun. Dugaan yang datang harus ditempuhi untuk mendidik anak pertiwi


. Ni ada gambar untuk kita semua renungkan betapa beruntungnya anak semenanjung mendapat kemajuan dari limpahan ekonomi yang mampan. Jika sebelum ini ahli parlimen sabah dan sarawak asyik bising je, nilah pasal. Belum lagi cerita kena naik bot panjang beberapa jam. Malah ada yang melibatkan kos rm1000 untuk satu perjalanan dari sekolah ke bandar. Syukurilah apa yang kita ada, jadi belajarlah rajin-rajin adik ku semua. Satu lagi nasihat berguna dari koi.



Rasanya itu sajalah untuk hari ni sebagai satu renungan untuk semua, ingat dimana bumi dipijak langit dijunjung maka teruskan perjuangan untuk hidup. Hari ni rasanya bosan lagi kot, sebab kena ajar budak darjah 1 membuat persembahan. Letih juga den macam ni, budak kecik nak ajar buat macam orang besar amatlah susah. Kena banyak sabar dan tekun untuk mendapat sesuatu, jadi renung-renungkan.



Kepada penduduk yang menghadapi banjir, banyakkan bersabar dengan malapetaka yang diturunkan. Sebagai peringatan untuk kita semua, hidup ini hanya sementara maka perlu lebih berusaha melihat alam secara spiritual. OK, itu sajalah untuk pagi yang sejuk ini. Pegi sekolah pulak dengan bini yang baru nak bersiap ( orang dah lama siap nunggu dia ). Nasihat saya datanglah awal ke sekolah untuk prestasi yang terbaik dari Guru Besar anda (kipas-kipas tak main ok)



Selamat Beramal, Cau









Wednesday, November 4, 2009

minggu membaca 1 malaysia

Minggu ni dok sibuk buat persedian untuk murid-murid megharungi minggu membaca. Ada banyak aktiviti telah dirancang dan memerlukan penglibatan semua murid. tapi aku ada masalah dengan kamera jadi tak dapat nak tunjukan gambar. Hari ni berjalan seperti biasa, takde apa yang nak dibincangkan sangat. Pagi ni ada program kuiz untuk biak-biak jadi guru relaks je sampai lihat-lihat diaorang menjawab soalan yang tak berapa susah. yang bagusnya kat sekolah ni setiap acara adalah pertandingan jadi banyak hadiah untuk budak. Kat sini bagi buku tulis pun cukup tak macam semenanjung kena hadiah besar-besar, materialistik sungguh.

20 hb ni aku aku pulang ke semenanjung untuk bercuti selama sebulan lebih, seronok juga jadi cikgu boleh cuti lama-lama, orang lain jangan jeles deh. Setiap pekerjaan ada baik buruknya cuma kita yang mencorakkanya. Persedian untuk balik pun dah buat, cuma ala kadar sebab duit dah hampir kering maka kena ikut budgetlerr..

Berbalik pada 1 malaysia, banyak benda positif yang akan dilaksanakan mengikut perancangan, aku cuma tolong sikit-sikit. harap budak sebemban akan berubah menjadi seorang yang rajin membaca buku dan pandai menulis. Diaorang ni slow sikit, jadi guru yang perlu bekerja lebih kuat untuk melahirkan generasi cemerlang.

ok itu jelah untuk hari ni. Nak pegi sekolah plak, jalan dahlah enduro.
jumpa lain kali
salam 1 malaysia dari sebemban, sarawak

Friday, October 16, 2009

menulis setelah tidur


hai,

dah lama tak menulis dalam ruangan ni.

pada masa catatan ini ditulis syawal hampir pada penghujungnya. kat sekolah pun dah habis UPSR, jadi semua guru cuma relak-relaks je. Guru besar pun pergi kursus.

itulah coretan saya kat Sarawak

punyai secebis pengalaman berada di ' overseas', tempat yang menyimpan perbagai cerita dan kata. ni ada sikit gambar yang menceritakan pengalaman di Sarawak,

Bangunan yang menjadi nadi
pentadbiran daerah betong, ada perbagai lagi cerita cuma masih belum dapat digambar pada ketika ini.
Bagaimana dengan yang lain, lama dah tak mendengar cerita. Kalau ada pun cuma secebis cerita sama. berbeza budaya dan agama namun kekal dalam satu Malaysia.
Itulah saja catatan kali ini.
harap berjumpa lagi
kaber sahabatku

Wednesday, July 29, 2009

hari yang cerah

Matahari terus menyinar memanasi setiap inci kehidupan. walau kita lupa pada ciptaan tuhan namun suasa jua kenal erti persahabatan. manakan lupa isi dan kulit kalau bukan rasa tercipta. kita telah dibina oleh kehidupan yang lampau namun masih kurang memahami, kewajipan sebagai seorang insan.
Dewasa ini masyarakat tterus berlari mengejar sebuah kehidupan yang terbaik, biarpun ada garis pemisah namun hakikatnya kita tidak lagi mendapat sebuah kecintaan yang sempurna. Noktahnya apabila menghembuskan nafas yang terakhir, biarpun kita leka namun masa akan berjalan mengikut arus perdana

Wednesday, July 15, 2009

selamat datang

apa khabar semua,
bermula hari yang indah dengan harapan berdebunga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...